Tuesday, March 6, 2012

Osem :)



Assalamualaikum :)

Minggu lepas was a hectic week. Hectic weekend pun ia, tapi inshaAllah, bermanfaat untuk diri :)

Semester 2 ni banyak mengajar erti tarbiyyah dalam diam. Err, what should i call this, tarbiyyah dzatiyyah pun iye kot :) Semua yang saya buat, akan dibalas setimpal. Secara lansung atau tidak, akhirnya saya akan perasan sendiri hikmah nya.


Tanggungjawab didik rasa sabar

Previous week, hari Khamis, saya telah mengukir sejarah untuk diri sendiri dengan 'berjumpa adik adik' di Musolla Mahallah Tabari. Segala kekuatan dikumpul sejak kami berjumpa pada Mass Lecture yang lepas. Kekuatan juga dikumpul bila jumpa Chief Faci yang sporting :D

Saya cuba sedaya boleh untuk menyediakan SEMUANYA, well, the first impression is always the crucial time for me, or US :) Sebab, saya sendiri MUDAH untuk menilai sesuatu melalui first impression ('',) Tak berapa bagus sebenarnya, jangan tiru.

Masih ingat beberapa grup study circle sedari di CFS PJ, sampailah ke UIAM Kuantan, detik-detik perkenalan dengan kakak naqibah, semuanya masih tersemat di memori. Dan alhamdulillah, semuanya saya jadikan panduan untuk 'bertemu' dengan adik adik kini :)

Berdebar? Of course, tapi taklah berdebar macam nak bertemu bakal suami [eh?]

Tak tau kenapa relax je hari tu, mungkin sebab Allah permudahkan kot. ('',)

Saya mula menyemak kembali segala notes yang boleh dijadikan panduan, sewaktu kursus yang disediakan murabbi dulu.

Dan yang paling penting, makanan :)

Kita, dengan izin Allah, nak bagi makanan rohani, yang kita set kan masa within 2 hours. Memang masa berjalan separa laju. Tapi jangan lupa untuk sediakan makanan fizikal juga ;)

I always believe nak tarik perhatian dan 'pancing' hati seseorang, adalah melalui makanan :D Siapa yang akan tolak, tell me?

Tak salah rasanya sekadar menyumbang RM10, untuk harga sebuah ukhuwwah yang diingati, dan boleh jadi bermanfaat untuk orang lain kan? Kita tak pernah tau seseorang itu lapar, melainkan dengan memberi dia makan :D

Ok, makan makan tak habis habis.

Semoga ukhuwwah kita berkekalan ye adik adik : Fafa, Fatimah, Aini, Shafila, Afiqah, Idawiyah, Izyan, Nail, Nabilah :)


Macam ni rupanya jadi ketua -.-


Saya manusia yang sedang belajar, bear with me ok?

Sebelumnya, saya hanya tahu datang meeting, buat minit meeting, forward mesej, taip surat bla bla bla itu je lah kerja saya. Oh, lebih kepada menunggu kata dari orang atasan. Oh, whatever.

Bila diberi taklifan untuk menjadi orang yang in charge untuk sesuatu biro, yang menghadapi kerenah orang atas dan bawah saya, baru saya mengaku, susah rupanya nak handle biro ni -.-

Nak nak pula, saya takde pengalaman memegang jobscope ni [erk!] ditambah pula tidak pernah mengetahui gerakerja orang atas saya bagaimana. Senang cakap, saya tak kenal ketua saya sebelum ni.

Khair, tapi itu bukanlah masalah besar sepatutnya untuk saya.

Baru saya sedar, penting nya kemahiran berkomunikasi dan flow komunikasi itu dengan betul.

komunikasi antara orang bawah dan orang atas.

Bukan bertindak biased, wujudkan jurang pemisah antara atasan dan bawahan, tidak. Itu semua sedia maklum, jobscopenya haruslah berbeza. Hanya define melalui jurang jobscope sahaja.

Dan lebih memilukan apabila ada dua group of perceptions datang bertimpa.

Yang satu, expect the most. Katanya, mempunyai pengalaman. Diharap dapat membantu kepada yang kurang pengalaman untuk bekerja.

Yang satu lagi, terlalu memandang enteng. Seperti dirinya sahaja yang paling aktif di UIA PJ dan Kuantan.

Dalam menghadapi dua situasi ekstrem di atas, saya cuba untuk berlapang dada dan husnu zhon semampu mungkin.

Kedua duanya, adalah sumber tarbiyyah saya, inshaAllah.

Bukan orangnya, tapi didikannya, yang bersumberkan Allah :)

Saya tak hebat lansung, kalau ada kejayaan yang dapat dilihat sewaktu berpersatuan itu bukan datangnya dari saya, tapi ahli lain yang sangat mantap pengurusannya :)

Dan saya juga bukanlah lansung tidak berpengalaman, sampaikan segala tindak tanduk kerja biro saya perlu dicurigai -.-

#notedthat

Tarbiyyah Allah sangat mahal. Precious.

Apa sahaja yang berlaku, saya kira didikan dari Allah. Kita tak mampu nak menanggung derita kalau Allah didik kita macam Allah didik para orang terdahulu, dengan menurunkan azab bagi sesiapa yang melanggari hukum hakamNya.

Tapi bila Allah bagi silent warning macam yang kita selalu dapat dalam kehidupan kita, we need to appreciate them :)

Kita takkan rasa TERPAKSA appreciate bila kita faham kenapa Allah bagi tarbiyyah itu ini kepada kita, especially bila Allah tunjukkan HIKMAH yang TERLAMPAU best selepas kita bersabar dengan ujianNya ^__^ Sumpah sweet dan osem <3

'Ibrah nya?

Stay positive and berlapang dada serta bersangka baiklah dengan segala yang ditentukan Allah <3





No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...