
"Beriman. Yakin dengan setiap butir asma' Allah yang dituturkan. Yakin dengan kuasa Allah, inshaAllah, semuanya akan dimakbulkan. Dipermudahkan."
Itu pesanan ustazah Wan Masri dalam forum last week.
Yakinlah wahai telinga telinga yang mendengar. Ucapkan, doakan dengan keyakinan yang utuh dalam hati. InshaAllah! :)
Saya berani taip, sebab saya dah cuba. Allah tunjuk kekuasaanNya yang paling simple untuk saya, dan it works! :')
Kad ATM saya tidak boleh digunakan sejak minggu lepas. Tak tahu kenapa. Of course ianya MEPS and supposedly boleh guna di mana sahaja ATM yang disukai. Well, UIA Kuantan ni terhad pulak ATMnya -.-
Nak kata faulty, tidaklah terang-terangan faulty nya.
Sepanjang minggu lepas, tak boleh nak keluarkan duit. ya Allah, sangat bersyukur dikurniakan sahabat2 yang 'berebut-rebut' nak bagi pinjam duit. Terharu rasanya :)
Semalam, saya mencuba lagi. Dengan penuh rasa mengharap kat ATM di Kuliyyah of Medicine.
Tiba-tiba teringat kata-kata ustazah tu. "Sebut dengan rasa yakin dengan asma' Allah. Yakin dengan kekuasaanNya."
Sambil masukkan kad, saya sebut perlahan-lahan.
Alhamdulillah boleh! ^_____________________^
Peringatan juga untuk diri sendiri. Beriman dan mengamalkan asma' Allah ni, bukan time susah je. Allah dah bagi hint tu, pandai2 lah manfaatkannya T.T
What say you? :)
No comments:
Post a Comment