Assalamualaikum.
Waktu bulatan gembira yang lepas [a quick one perhaps], saya dan seorang sahabat tiba-tiba menawarkan diri untuk menjadi instant faci untuk program di sebelah malam HARI YANG SAMA, tanpa mengetahui salasilah dan tentatif program tersebut.
"Keindahan BersamaMu."
Mungkin nama event itu sendiri menarik perhatian saya, dan sahabat, dan golongan target itu yang sangat menarik perhatian.
Pelajar sekolah menengah. Form 5.
Jujur, saya bukanlah seorang yang begitu mesra dan spontaneously boleh beramah mesra tanpa rasa awkwardnya dengan adik-adik. Masih merangkak-rangkak nak develop attitude dan perasaan itu, sewajarnya. Eh.
Oleh kerana sifat jujur yang tersemai dalam diri tu, maka tidak mahu tidak semua perasaan dan sikap akan mudah dihamburkan dalam bentuk riak wajah dan gesture.
Allah.
Identiti. Sikap. Nak ubah nak ubah!
S, sahabat sefikrah mula memerhati dari tadi, merapatkan diri dengan saya.
"Anis, okay tak ni?"
"Errr. Kenapa S? Kita nampak pelik ke?"
"Takdelah. Takde pape."
Sahabat kan, memang tugasnya 'mengaburi' kelemahan kita. Tapi, hofkos la kita nak tau jugak asbab pertanyaan dia tu, kat tengah-tengah orang ramai pula.
:)
"Kita nampak stress eh?"
Senyum. "Agaklah."
*Sigh. "Takpe2, kita okay je. " Sambil senyum dibuat-buat. Maigad, fake.
Dalam hati, Allah je yang tahu. Istighfar semampu boleh, nak kuatkan keyakinan.
Adik-adik form 5 sedari tadi asyik menoleh ke belakang je.
Cikgu cikgu yang menyambut, tak jemu bertanya soalan femes,
"Dari UIA ke?"
"Ambil Medic ke?"
Lagilah berdebar. Expectation tinggi kot.
Rileks. Senyum je.
Bayangkan. Menjadi faci di sebuah sekolah yang kita first time pergi, di negeri lain pula, dengan teammates yang tak dikenali, objektif dan matlamat program haruslah tak tau, tentatif tak tau, KESEMUANYA.
Start from scratch.
To be honest, ini kali kedua menjadi faci di sekolah, sebagai student UIA.
First time dulu, masih segar dalam ingatan. Di sekolah rendah. Tapi berhampiran rumah [takdelah 'hampir' sangat]. Ajakan seorang sahabat sefikrah jua :) [minta tlg sebenarnya]
Heh.
Tapi saya yakin, semua keputusan inshaAllah guided by Allah. Mungkin ini salah satu doa yang dimakbulkan Allah, setelah melihat dengan mata kepala saya sendiri, tentang gejala yg dihinggapi adik-adik sekolah masa kini.
Bercerita tentang simulasi. Walaupun banyak miscommunication berlaku [iyelah, tak prepare segala macam] tetapi, Allah menunjukkan hikmah ketika program hampir berakhir.
Peringatan. Yang saya kira tak dapat di mana-mana, sekiranya saya bukan student sekolah lagi T_T
Antara slot yang memerlukan kami pulang lambat pada hari terbabit. Tapi sangat tidak sia-sia kot!
Slot Sakaratul Maut.
Di mana dewan digelapkan. Pelajar di separate kan. Ada simulasi oleh pihak komiti IKRAMteens yang komited.
Saya sebagai AJK instant, dikehendaki merenjis air kapur barus pada adik-adik.
Bau air kapur barus dah cukup mengingatkan kita kepada kematian. Allah.
Merenjis air pada adik-adik yag sudah mula menangis, lagilah menguji kekuatan. Pada pukul 12 lebih TENGAH MALAM pula.
Pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan, seolah-olah Malaikat yang sedang bertanya, menginsafkan diri yang mendengar.
Waktu itu terfikir, "Bersediakah aku?"
"Apa aku nak jawab kalau ditanya macam ni?"
Air mata laju. Sumpah laju. Kalah air terjun nuh.
Tapi disebabkan title 'AJK', maka saya kaverkan sendu2 nak menangis tu :) Tapi kelajuan air mata memang tak boleh nak handle, saya biarkan je, kebetulan dewan gelap. Memang tak nampaklah kan :)
Itulah. Pengalaman.
Rasanya Allah bagi petunjuk, untuk sentiasa ikhlaskan niat bekerja keranaNya.
Rasa 'uneasy' terus hilang. Balik UIAM senyum2 tanpa rasa gentar dengan pak guard yang menjaga gate.
Balik lambat kot. Pukul 2 pagi sampai UIAM.
Apa ada hal, Allah kan ada?
Serius, pak guard tak heran pun kenapa kami balik lambat.
Bila Allah kata, "Kun!"
:)

No comments:
Post a Comment