Assalamualaikum.
Erm, I hate this feeling. *sigh
***
Setiap kali menghadapi 'masalah' ni, saya mesti spill kat ibu dan adik saya. 2 persons yang paling saya percaya kat dunia nih. saya mesti tanya pendapat, apa yang saya perlu buat, then tunjukkan segala sms bagai dari 3 pihak yang kononnya. oh entah :(
dan pada waktu itu jugalah, ibu saya akan nasihat saya untuk sentiasa TEGUH PENDIRIAN DAN INTEGRITI. jangan mudah mengalah dengan ajakan yang berbaur 'dipergunakan'. yup, DIPERGUNAKAN. sedih kan?
saya bukan tak nak husnu zhon. i have. tapi ibu dan adik kuat mengsupport dengan mengatakan saya dipergunakan semata mata.
kalau betul lah saya dipergunakan, maka, enough is enough.
dunia sekarang ni, macam-macam. orang sanggup lakukan APA SAHAJA demi kepentingan peribadi. *sigh
hanya IMAN yang membezakan. keteguhan. keperibadian.

pada masa saya husnu zhon, saya ikhlas, nak pergi, nak rapatkan ukhuwwah. nak update dengan teman lagi 2 orang. nak menunjukkan rasa hormat, suka.
tapi bila dah macam ni, rasa macam betrayed pun ada. dan saya tak tau kenapa, hati saya mengatakan "jangan pergi jangan pergi!".
mungkin, dah sampai saatnya kot. saya lebih matang.
"I'm not changed. I just found myself" :)

"ya Allah, ampuni dosa kami, dan dosa-dosa kami yang terdahulu. sesungguhnya kami adalah hambaMu yang pelupa." T_T
bila berubah sikit, orang mesti pandang pelik sikit kan?
biasalah tu. tapi saya rasa orang tak pandang pelik sangat kot. sebab ini lebih kepada pendirian. bukan imej atau pakaian.
saya tak mudah menerima ajakan picisan yang tak membawa erti apa2 kepada saya.
apatah lagi kalau pertemuan tu sekadar memenuhi kehendak peribadi seseorang. pastu disertai yang BUKAN MUHRIM pulak tu. ada pulak yang saya tak kenal.
lunch? jap, bukan untuk saya kot. dah terang lagi nyata, anda nak belanja orang lain, kenapa nak ajak saya skali?
saya tak nampak MOTIF di situ.
bila menolak ajakan orang, saya rasa 'bad' jugak kadang2. apatah lagi dari orang yang tersayang, ye lah, kawan2 kan. tapi, kalau MOTIF nya kabur, hanya sekadar lunch, menghabiskan duit minyak nak pergi tempat jauh hanya untuk lunch, maka, saya rasa tak perlu kot. lagipun, tanpa redha ibu, saya takutlah nak pergi.
baik duduk rumah. terjaga sikit gaze2 nih. mulut pun terjaga. kalau jumpa, sure gosip punya :(
baiklah. saya tak pergi. insyaAllah ini keputusan terbaik.
p/s : saya tak HADAP sangat. peace no war.

No comments:
Post a Comment