Thursday, July 7, 2011

Bila pucuk di cita, salad mendatang :)

Assalamualaikum.


wee ^^

eh silap silap! Alhamdulillah. Syukur ^^


Saya rasa dah banyak kali saya taip mengenai peluang, cari peluang, jangan ambil peluang, tawakal, redha, jangan berharap etc etc before ni. Saya rasa isi utamanya sama.


Jangan terlalu berharap. Give your VERY best. Chill2. Tawakal. Berserah bulat2 kepada Allah ^^

Dan, alhamdulillah sekali lagi. kerana dalam umur 21 tahun ni, banyak juga perkara2 sebegini MENGAJAR saya. inshaAllah semakin matured 'sikit' menghadapi kehidupan. hehe.

Dengan peristiwa yang baru berlaku dalam hidup saya ni, saya bertambah YAKIN dengan janji Allah. bukanlah bermaksud sebelum ni tak yakin, yakin. tapi kali ni BERTAMBAH TAMBAH yakin. Allah tunjukkan jalan kepada saya. Haa. camni Anis kalau nak berjaya. Bukan takat usaha melimpah, tapi tak doa, tak jadi juga. Doa melimpah, tak usaha, jangan harap apa2 lah.

Tapi sifirnya,

USAHA, DOA, TAWAKAL. kalau waktu darjah 6 nak UPSR dulu ada formula DUIT. Doa, Usaha, Istiqamah [kot, lupa!] Tawakal.

itu basic. at least basic ni kena ada. tapi bila dah 21 tahun ni, kena tambah sikit. biar lagi mantop!

tambah dengan IMPIAN+KEYAKINAN :)

tapi kalau nak tambah dua ni, kena berani sikit la. berani mengambil risiko. maksudnya, keyakinan kepada Allah kena tinggi. tak boleh mudah putus asa. kena pandai mengambil hikmah, just in case, kalau yang di cita, tak kesampaian pula.

peh, memandai la Anis ni ye.

tak tahu lah ntuk orang lain. tapi setakat ni, untuk 2 perkara yang AGAK besar untuk saya, decision yang saya buat, alhamdulillah berkesan dan respon positif :)






And and, saya suka dialog kat atas ni. SANGAT TERKESAN untuk diri saya. Saya pernah bertanyakan the same thing to myself dulu.

Banyak sangat perkara yang unexpected berlaku kat diri saya, khususnya, dan mungkin orang lain juga, umumnya. Yang unexpected tu, alhamdulillah, ada yang best dan tak berapa best :D dan of course yang tak best tu, datang daripada diri sendiri. Semua reflections sifat2 negatif diri ini, maka, result nya pun negatiflah kan.

Yang best2 :) sweet sangat. hehe. dan sebagai satu habit saya, saya tak mudah menceritakan unexpected things kat orang. same goes for my impian. sebab saya belajar something untuk diri saya..

"Don't say it, or you will ruin it."


Dah sebati jugalah phrase tu untuk saya. Sebagai contohlah kan, saya nak basuh baju pada sebelah petang tu, pada sebelah pagi tu, saya cakap kat roommate, "Weh, aku ingat nak basuh baju lah petang ni..". KONFEM! petang tu mesti banyak betul 'halangan' menimpa. Mesti dan2 nak tidur lah, ada assignment lah. Hehe. Roommate saya dah SEBATI dengan habit saya nih.

ataupun situasi semasa, nak pergi program :P

Saya beriya2 lah update itu ini pasal program tersebut. Dah siap janji2 dengan kawan nak pergi sama2. Dalam bahasa kampung, dah gebang satu FB lah kan >.<

Tiba pada hari kejadian, atau hari2 sebelumnya, tak dapat permission parents. Ataupun, ada family matters sekian2.

Punah lagi harapan nak pergi.

HAHA [gelakkan diri sendiri].

atau situasi yang lebih moden, orang bercouple.

Beriya2 lah dok couple bertahun2 kan. Dah gebang satu dunia, inilah calon isteri/suami idaman. Last2, kahwin dengan orang lain. Adeh, tak ke malu tu?


Pengajaran yang saya dapat, toksah lah dok kecoh2 nak buat, nak berangan itu ini, tapi let them happens smoothly. Sebab, siapalah kita nak merancang dan mengKONFEMkan kejadian pada masa hadapan kan? Allah jualah sebaik-baik perancang.

So, untuk tidak kecewa tak kena gaya dan masa, biarlah masa yang menentukan segalanya. Kita dah selalu diingatkan supaya mengaccomplishkan apa yang depan mata [present], dan menggunakan sebaiknya masa sekarang. Jangan diungkit hari yang dah lepas, jangan dok berkira2 apa yang akan berlaku apa yang akan berlaku pada masa hadapan ^^

Sebab saya pernah terbaca dalam Solusi, kalau kita dok berkira2 pasal masa hadapan yang tak pasti, kita seolah-olah TAK YAKIN dengan Allah, dengan janjiNya. Dengan takdirNya.

Untuk jadi hamba yang taat, maka, tenanglah. biarkan masa menentukan.

Tapi, nanti mesti ada orang cakap, "Salahke menjadi orang yang optimis?".

Of course lah tak salah! Tapi, bertempat. Orang yang optimis, dia merancang, menyusun strategi. Selalunya di apply oleh orang bekerja. Seolah2 bekerja seribu tahun lagi. Dalam beribadah, seolah2 mati esok hari.

Orang mukmin memang optimis. Dalam pada mereka menyusun strategi, segala PERGANTUNGAN tetap pada ALLAH. bukan pada hari esok, bulan depan, atau tahun-tahun hadapan. Maka, takdelah kecewa.

Yang salah ni, bila terlalu bergantung harap untuk impian menjadi kenyataan, tapi bila tak jadi kenyataan, mulalah nak rasa DOWN, FRUST sume.

Hmm.

Islah diri balik.









Panjang nya mukadimah. Saya nak share rasa di hati je ^^

Saya tak tahulah saya patut gembira atau sedih dengan mesej yang saya terima semalam. [ceh, macam benda mustahak je!] Of course lah, mesej tu terkait jugaklah dengan perkongsian kat atas.

Bila difikir2kan, rasa berdosa pun ada.

Again, unexpected things happen. Mula-mula saya yakin, tapi bila kena reject, keyakinan tu menurun sikit. Tapi tak tahu kenapa, tak turun sampai ke Ground Level.

Maksudnya, ada impian sikit lah di situ.

Ok lah kan, walaupun peranan se'ciput' je. Ahh, bukan besarnya peranan yang menjadi igauan, tapi PENGALAMAN.

Dahlah sekadar memenuhi ruang kosong je. Fine. Takpelah, asal kan ada peluang kan?

Bila dah ada peluang, tiba-tiba di'offer' ke satu peranan yang tersangatlah besar sampai tak terfikir pulak oleh saya =.=

Dan, orang yang meng'offer' tu beriya2 pulak suruh saya terlibat sama. Mak aihh.

Tapi saya tolak cara baik. Berhemah. Saya tak layak, serius, tak layak.

Tapi, if you see those specialty in me, I don't mind. Seriously :)

Heheh. berangan lagi cik Anis. sudah! biar masa menentukan segalanya!





thank you Allah for giving me chances ^^




1 comment:

Unknown said...

salam. anis, akak tak de FB... jd akak tak fahamla program ape.. huhu

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...