Saturday, July 9, 2011

clean.


assalamualaikum.


Seriously, saya tidak menukar profile pic FB, apatah lagi meng'update' segala bagai newsfeed dan status serta updates mengenai perhimpunan yang katanya tak berapa halal ni.

Status saya masih statik mengenai kehidupan semasa, bukan isu semasa. Tiada provokasi.

tapi HOME saya, pergh!

Entahlah. Lontarkan apa sahaja, saya masih tidak bersandar pada mana-mana pihak. KEAMANAN penting untuk saya.

Bukan tidak ambil peduli tentang politik. Saya ambil tahu je. Tapi, apa bezanya saya dengan orang yang GEBANG pasal Bersih kat dalam FB je, tapi tak pergi pun perhimpunan tu?

Sekadar mendakwa diri menyanjungi, menyokong, dengan lantang mengutuk orang2 tertentu, tapi, sekadar dalam internet. Provokasi dalam talian, apa kes?

Apa sahaja, asalkan tidak menyusahkan, merugikan, orang lain. Sebab kalau menyusahkan orang lain, membuatkan orang lain rugi pun, Allah dah janjikan balasan kan?






Terpulang.

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...