Assalamualaikum.
Sabtu yang lepas, merupakan hari yang 'agak' ditunggu-tunggu oleh saya, mungkin sejak setahun yang lepas. Hehe. Orang yang lain yang tunang, orang lain pulak menunggu2. Ape lah anis nih =.=
Sebab Sabtu lepas merupakan hari perkahwinan/ walimatul urus antara sepupu saya yang paling rapat, Kak Sarah :) Kitorang se'geng' la, walaupun berbeza umur. Saya dengan dia, hampir 5 tahun kot :) Dia antara yang tua lah dalam 'geng' kami. Apa yang buat saya rapat dengan dia dan keluarganya adalah kerana saya rapat dengan ibu Kak Sarah ni. Dia ibu susuan saya juga. :)
So, kami adik-beradik susuan la kiranya :)
Disebabkan ayah ada hal kerja, jadi kami sekeluarga tak dapat pulang lebih awal dari tarikh sebelumnya. Walaupun saya sangat merindui Johor sangat sangat sangat~ Tak puas rasanya kalau balik hari begitu shj :| Tapi nak buat macam mana, kena tabahkanlah hati jugak kan.
Perkahwinan berlansung kat Taman Universiti, di mana pernah menjadi rumah saya dibesarkan sekejap. Taman Universiti merupakan taman perumahan yang paling dekat dengan UTM Skudai, Johor :)
Semua suku sakat kaum kerabat balik Johor. Yang berada di Kelantan pun datang. Kira havoc jugaklah :) Bila tgk balik gambar2 yang di 'snap' oleh adik pengantin, rasa macam tak percaya pun ada. Ye lah, sepupu yang dahulunya main, tidur, makan, dan hampir segalanya, membesar bersama2, dah bernikah.
Bila dikira2 balik umur, rupanya dia dah 25 tahun. Wah, memang patut kahwin pun! :D
Walaupun dia busy as pengantin, tapi dia tetap layan je saya macam dulu kala. Yang paling saya tacing, impian yang pernah kami share tentang perkahwinan dulu menjadi kenyataan. Saya masih ingat lagi kami baring di atas satu katil yang sama [share hampir 5 orang!] untuk tidur malam, dan masing2 menyatakan impian warna baju pengantin dan pelamin. Dan saya ingat lagi dia nak pakai warna ungu :') Akhirnya impian dia termakbul, walaupun bukan ungu lilac seperti yang dikatakan dulu.
Semoga bercinta hingga ke syurga. Amin~~~~~~

Momen pernikahan. Tema=silver.

1 comment:
ehem2. :)
Post a Comment