Wednesday, July 27, 2011

Bermanfaat untuk orang lain.



Assalamualaikum :)


Bermanfaat untuk orang lain atau nafi'un lighorihi [correct me if i'm wrong] adalah satu salah satu drpd 10 muwasofat tarbiyyah yang dipelajari dalam jalan tarbiyyah menerusi sistem usrah :)

hehe.

kenapa bentang satu je, tak bentang semua? :) sebab rasanya yang satu ni macam lebih bersifat universal gituh. adalah connection hablum minannas kan.

kalau cakap bab bermanfaat, mesti nak expect 'benda' atau 'perkara' besar2 je kan? kena lah contribute as committee dalam program, kalau boleh memegang peran yang besar macam programme coordinator gituh. nak join pulak event yang besar je, national level, UIAM level, yelah, yang contribute to masyarakat kan, dah kata manfaat untuk orang lain??

baiklah, kalau macam tu, mesti hubungan kita dengan orang terdekat macam jiran tetangga, saudara terdekat, mantop kan?

family sendiri?

hehe :D


kenapa kita digalakkan untuk menjadi yang bermanfaat bagi yang lainnya? jawapannya mudah, supaya kita senang nak menyentuh hati2 yang lainnya, senang untuk kita 'berdakwah', menyampaikan yang haq. dan seumpamanya.

cubalah kalau kita tak bermanfaat untuk orang lain, menyusahkan lagi ada. apa respon mereka? suka? semakin sayang kepada kita? nak dengar cakap kita? err. susah sikit kot. melainkan kalau kita amat 'penting' untuk mereka :)

macam mana bermanfaat ni sebenarnya? apa sahaja yang memudahkan urusan orang lain.

belog pun boleh jadi salah satu wadahnya jugak ape :D

apa lagi, status di facebook, sharing information. itu secara virtual, reality pun boleh.

dari sekecik-keciknya, hingga sebesar-sebesarnya. tapi baik kita pedulikan yang kecik, sebab effect dia lebih bermakna, dan menyengat <3

sebagai contoh, tolong ibu memasak di dapur, seminggu sekali, basuhkan kereta ayah, mengangkat baju jiran tatkala hujan-dan-mereka-takde-kat-rumah. bagi orang2 veteran atau ibu mengandung atau orang yg lebih memerlukan, duduk dalam public transport. semuanya nampak mcm simple dan sebelah mata, tapi kalau kita prektis buat, insyaAllah, Allah jualah yang memberi balasan pahala, dan mereka yang kita tolong, pasti akan merasai 'manfaat' kita sewajarnya :)

pastu, baru lah senang nak menyebarkan kebaikan. lagi best, kalau kita menjadi qudwah. sudahlah pandai, baik, comel, rajin, berpengetahuan agama etc etc. sejuk perut ibu mengandung :)


sebenarnya nak cakap, kita tak perlu menunggu next Baktisiswa untuk menabur bakti dan manfaat kepada orang lain. stop, stare, tengok sekeliling, semuanya memerlukan manfaat kita. tinggal kita je, NAK BUAT tau TAK! ^-^


selamat beramal.




















Ramadhan Kareem! :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...