Monday, February 28, 2011

hatiku milikMu..




bismillahirrahmanirrahim.


tipikal kan tajuk entri tu? macam biasa tgk je kat semua poster :p
tapi apa-apa pun, itu antara wadah nak menarik minat pelajar ke talk2 or ta'alim. harapannya, berkesan :)


"Jauhi maksiat, bercouple@apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani menderhakai Allah. Dosa semalam pasti menjadi IGAUAN hari ni, esok dan selamanya.."-Ustaz Hasrizal.


nauzubillah. takutnya kalau dosa yang kita tanggung, di delay2 kan sampai kita meninggal. tak mahu.

oleh yang demikian, akak2 ICC 4th year Pmacy telah mengadakan taalim bertajuk seperti entri yang di atas, tadi. kat lecture hall KOP. speaker by my beloved akak naqibah, Kak Shima, medic 2nd year :)

1st, kita kena kenal dulu dengan manusia. siapakah mereka, apakah potensi mereka?

  • nafsu
  • akal
  • jasad
semua tu memainkan peranan penting dalam menentukan aspek dan hal keperibadian manusia. begitu juga dengan hati. ada 3 jenis hati, tanpa kita sedari.

  • qalbun mayyit [hati yang mati]
  • qalbun sahih [hati yang sihat]
  • qalbun maridh [hati yang sakit, bukan sakit hati]
boleh rujuk ayat 88 hingga 89 dari surah as-Syua'ara..


penting kan hati ni? betapa pentingnya kondisi hati kita, sampai setiap ta'alim kebanyakannya akan membincangkan perihal hati. hati manusia. kenapa? sebab dengan hati, akan menentukan tindak tanduk kita.

so, nampak bosan, tapi harapannya, tajuk kupasan pasal hati ni dapat mere-new dan muhasabah balik kondisi hati kita yang selalu gi kelas je nih. :)

ada banyak racun yang menyumbang kepada penyakit hati. contohnya banyak bicara, tak menjaga pandangan [sigh], banyak makan [sigh sigh], berkawan dengan teman yang tak berapa nak baik.

tapi tu lah, sunnatullah kan. Allah turunkan penyakit, mesti Dia turunkan penawar jugak. :)

sebab tu lah ada wording, Tazkiyatun Nafs.

derived from word za-ka-wa, yang bermaksud :-
  • membersihkan sesuatu yang kotor
  • untuk meningkatkan
antara tazkiyatun nafs yang Kak Shima cadangkan [dan seperti yang kita baca dan belajar] :-

  1. taubat dan istighfar
  2. solat
  3. puasa
  4. baca Quran dan maknanya
  5. perbanyakkan zikir
  6. muraqabah [takut buat salah]
  7. berteman dengan yang soleh/solehah
  8. sucikan hati [sedar diri kita sebagai penuntut ilmu, perlu hati yang suci lagi bersih]
Ibrahim bin Adham berkata, "...sesungguhnya kemaksiatan itu jauh dari orang yang lapar dan dekat dengan orang yang kenyang..".

bab kita sebagai penuntut ilmu, jangan sampai kita jadi istidraj. buatlah maksiat sebanyak mana, kejayaan tetap menimpa.
Allah tutup hati kita sepenuhnya! tak mahu!

:(

selain daripada menerapkan kesucian hati ketika belajar, hati yang bersih sangat penting untuk menguatkan semangat pemuda, dan izzah kepada agama.




semoga kita thabit ye. amin.


No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...