Friday, February 25, 2011

ni yang makin thabit nih.. :)



bismillahirrahmanirrahim.

subhanallah. alhamdulillah. Allahu akbar.

firstly, say deepest SORRY to Shazlenna Puteh for dissappointing her about those name appear on my YM. duh, sorry sorry sorry. seriously it WAS my fault. ok, deepest concern here. i'll treat you in Kuantan. insyaAllah :)


secondly, safely arrived at home. :)
after a musings day at Gombak, a night where i had a heavy meal before sleep. chit chat with UKS and HZA. with HZA's roomies. ouh semuanya sangat best.

ceritanya begini ye.

perjalanan Kuantan-KL [Gombak specifically] mengambil masa 2 jam. bertolak pukul 1 petang, dan alhamdulillah selamat sampai kat tol Gombak pukul 3 petang. hujan rahmat yang teramat lebat menyambut ketibaan kami kat situ. wah. ayat. :)

seronok Bushra yang teman perjalanan saya. seronok sampai Gombak. seronok sampai Selangor. meninggalkan negeri Pahang yang terchen-.

masuk je gate Gombak, excited tak hengat boleh. sangat rindu. last mai sini, November lepas. memorable *winks*

then, sebab hujan yang sangat lebat, tak tau nak stop kat mana. ingatkan HZA pergi kelas yang katanya sampai pukul 7 petang. then tawaf Gombak 2 kali, semata-mata nak cari parking, nak lepak mana-mana, before HZA or UKS habis kelas. sebab habaq kat dorang je yang saya mai Gombak. tiba-tiba tengah tawaf, SK mesej, cakap terjumpa orang sejibik macam saya. best2. she got instinct yang saya datang Gombak ke?

lepas tu call UKS. dia sedari tadi dok mesej kat mana kat mana. call2, dia suruh fetch dia kat Engine. ha sudah. kene tawaf sekali lagi sebab saya kat HS waktu tu. takpela, alang2 hantar dia balik bilik teruih.

jumpa UKS yang memang asyik connected kat FB je. teehee.

lepas tu, pusing sekali lagi, sebab nak ke IRK, nak drop Bushra yang nak jumpa kawan dia kat masjid. bagus anak mak. lepas drop Bush, terus g bilik UKS kat Mahallah Asiah. best kot. bilik besar.

hujan kat luar masih menderum. tak menunjukkan bukti yang kukuh nak berhenti.

then, story mory la dengan UKS. bukan mengumpat ye. masing2 meng-update cerita masing2, life masing2, kat dua kampus UIA yang berbeza. sama tapi tak serupa. itulah kami :)

then, tanya UKS pasal kawan-kawan lain, especially our beloved teammates, tapi UKS cakap dia jarang jumpa dorang. sobs. ok fine takpe. tapi.....

"aku jumpa FA! selalu jugak. hari tuh aku join Charity Works kat hospital selayang.. sekali dia perasan aku.. dah lama, baru perasan aku kat situ... etc etc etc etc" you know her bila dia dah bukak cerita :)

I can't help myself, I can't stop smiling. sangat.

saya sangat teruja mengenai HOSPITAL ye. everything about medical related thingies, memang menjadi minat saya. sebab harapan terbesar adalah end up kerja kat bahagian2 situ pun.

what do you expect bila orang buat charity works kat hospital? bahagian PAEDIATRIC pulak tuh? buat theatre kat budak-budak?

SUBHANALLAH ♥.

FA pulak tuh. ya Allah. *mengucap panjang*

ye, saya belittle dia before. saya cakap dia macam tak friendly dengan budak-budak, walaupun disangkal oleh teman baiknya sendiri. *wiping tears*

"FA baik. dia sangat baik. dia baik sangat. sangat-sangat baik... etc etc etc" ucap UKS. saya harap dia niat dia baik untuk cakap macam tu. well, macam mana dia ada instinct yang tau saya nak latest update pasal FA? :)

tak tau lah kan. itulah words yang keluar dari mulut dia. kalau betul, alhamdulillah. kalau salah, innalillah.

ok, lepas habis chatting dengan UKS, saya terus ke bilik HZA. dia tak pergi kelas sebab hujan yang amat lebat itu. itulah kekurangan Gombak, kalau lebat sikit je, students dia jarang gi kelas. hehe.

so, Bushra amik barang2 dia, then balik bersama kakak dia. then saya terus naik Mahallah Asma' terchen-. buka cerita sikit, bagi muqaddimah. lepas tu ke HS cafe yang kononnya nak makan roti nan and tandoori, tapi tak jual pulak hari tuh. takpelah. takde rezeki. saya end up makan roti telur dan HZA makan tosai. puas hati? balik bilik balik.

balik bilik, memang riuh sungguh la hai. dengan HMH, MAR and NAFMN lagi. mereka-mereka ni amat sporting and kelakar. HMH buat Shake Party dengan Coach Herbalife dia. habis satu bilik makan Herbalife. minum shake bagai. huhu.

saya pulak, dok baca notes MGT memandangkan nak exam minggu depan. wuhu. mereka2 dok explain pasal Herbalife kat targeted customers. ouh, macam2. biarkan mereka. kemudian, saya dan HZA hantar HMH dan coach dia ke stesen putra, sebab dorang nak g LCCT, nak ke Terengganu hari ni.

ok, move on to hari Jumaat ye.

pagi hari dimulakan dengan bismillah. target hari ni, nak jumpa SK. dan FA kalau boleh :)

kami mulakan dengan menapak ke Azman Hashim Complex. huhu. biasanya orang tau kot kenapa ke bangunan tersergam ni :)

lepas tu menapak kembali ke bahagian tengah masjid SHAS, dikenali dengan Student's Bazaar. ronda-ronda, dapat belikan sepasang jubah untuk ibu. sangat happy, impian termakbul, sempena gaji kerja sekejap kat UIA harituh. alhamdulillah.

kemudian, jam menunjukkan pukul 11 pagi. terus bergerak ke AIKOL. tau2 je la, bila gi AIKOL mestila jumpa SK. sekali dapat pakej jumpa NFMS sekali. tapi SRAB tak dapat join. kesian. dia ada kuiz. takpe dik.

tiba-tiba SK bukak topik pasal FA. again *sighs

saya buat muka biasa. buat muka tak ada apa-apa jadi. aduih. penat la dengar nama ni. agaknya dah takde nama lain kat UIA nih. =.="

[ceh, tadi suka, ni benci pulak. ouh, hati manusia.]

tak tahu kenapa SK galak bukak cerita pasal FA. ok fine tak kisah. tapi saya kisah bila HZA pelik je dengar kami usik2 pasal FA. woah. goosebumps.

bila nampak lain macam je, saya react macam KAKAK ok. HZA terus tanya saya nak jumpa FA ke? [takkan cakap tak?] saya kata boleh jugak. then dia suruh saya call FA sebab FA memang ajak jumpa semalam pun.

then call. ouh tidak. FA takde kat Kuliyyah ****************, dia kat bilik. ada test sekejap lagi. only available after 2pm. ok.

*muka redha takde rezeki*

keluar AIKOL, kami masuk library. *garu-garu kepala*

then kami adjourned kat library je.

masjid pun dah bergema dengan orang mengaji, menandakan panggilan untuk Friday prayers. saya dan HZA berlalu balik ke bilik.

lepas packing, saya terus ke bilik besties kat PJ, Farahin Latiff. alhamdulillah dapat jumpa dia. seronok sangat. saya rindu sangat2 kat dia. selalu teringat2. wah, macam orang bercinta. begitulah kuatnya ukhuwwah fillah.

"kalau kau ting toing kat kuantan, or having second thoughts, call la aku, ok?"

sweet la dear ♥ i will insyaAllah.

lepas tu terus berlepas ke rumah.

sweet sangat. masa berlalu amat pantas. fast pace life kat Gombak. semoga sahabat2 saya cemerlang kat bumi tu, amin.




jaga diri. jaga diri. jangan sampai kena fitnah. jangan hampiri perkara2 yang menimbulkan fitnah. kejar kejayaan. jalan luas terbentang di hadapan mata. brush up your abilities. kembali bermuhasabah about your disabilities. jaga hati. jaga hati. jihad lawan nafsu.

kalau begini lah hikmah yang terselit setelah bersabar selama 4 bulan, apakah agaknya hikmah yang Allah nak beri sekiranya saya bersabar untuk 4 tahun?


insyaAllah. thabit.




No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...