Tuesday, February 1, 2011

at the end of the day..

bismillahirrahmanirrahim.


mode : undefined. *ceh*

pernah tak dengar english saying yang mengatakan, "at the end of the day, you will end up with people who loves you the most, not the people who you loves the most.." ?

kalau tak, ha, itulah dia. we will end up with people that loves us the most. wah. [blinking eyes]

bunyi macam best kan. memang best pun.

so, kenapa ramai orang masih berdukacita, bermuram durja, resah gelisah, sebab benda yang asas ni?

termasuk lah saya pun. kadang-kadang. admit.

bear in mind, ayat ni bukanlah mengungkit spekulasi, tapi boleh di defined dengan kaca mata berbeza. dari segi persahabatan, pasangan suami isteri, apa2 sahaja yang boleh dihubungkan.

bagi saya, cukup dengan persahabatan.

awan KL yang mendung, ditambah pula dengan deruan angin macam tepi pantai Teluk Chempedak, membuatkan hati penduduk2nya bertambah ragu dan sedih. baju yang tak kering, jalan raya berlecak dan sebagainya. tapi kalau anda menghantar mesej smiley, ":-)" kepada rakan baik anda, dan mengharapkan something yang positif akan di balas, tetapi dibalas dengan pertanyaan, sepatutnya anda rasa tertipu.

sekiranya anda looking forward untuk cuti mid sem yang seminggu cuma ni, tapi akhirnya tiada apa yang berlaku, maka tiada siapa yang patut dipersalahkan. yep, tiada siapa.

lepas tu, kalau anda berada di situasi begini, anda akan berasa sedih, selain daripada husnu zhon.

akhirnya, kita akan end up dengan orang yang selalu menyayangi kita sepenuh hati, our beloved parents and family.

itu kalau kita terlalu 'menduga' dalam persahabatan. dalam konteks yang kecil horizon nya.

tetapi kalau kita semakin menjauh dengan ibu bapa dan keluarga, misal kata, dah bekerja. mungkin kehidupan kita bakal dikelilingi oleh sahabat, atau lebih tepat, kita lebih bergantung kepada diri sendiri, kepada siapa pula?

yup, kepada Allah S.W.T, yang always and forever loves us the most. itu konteks yang luas, dan asas. mana tahu, kita tak terfikir untuk yang kecil tadi ^__^

so, kita tak selalunya dapat apa yang kita nak. atau mahukan. kita mahukan A, Allah bagi F [contoh]. kita rasa H terbaik untuk kita, Allah bagi F, sebab F yang sebenarnya baik untuk kita.

merasa diri kita tidak disayangi, adalah salah sama sekali. for some people, we are the world for them. tapi kadang2 kita tak sedar. atau buat2 tak sedar. sebab apa? sebab sudah merasa PUAS dan SELESA.

**

berbalik kepada English saying seperti dinyatakan di atas. saya tak mahu hurai lebih lanjut, sekadar brief. situasi ini sering berlaku.

akan ada waktu kita rasa kagum kepada Allah kerana sifat dan identiti hambaNya yang satu ini. bijak, berkaliber, berkarisma, aktif bersukan, hebat berpidato, kacak/lawa lagi, alim pula, terjaga pekertinya, dan seribu satu sifat yang sememangnya tidak setanding dengan Allah. kita mula noticed. bila kita noticed, sahabat yang rapat juga akan noticed, maka, kita akan mula diusik.

bila diusik, kita akan menjadi malu dan minta diberhentikan usikan2 nakal itu. tapi dalam hati, tersemat seribu satu harapan supaya apa yang diusik rakan itu, menjadi kenyataan. itu fitrah. siapa yang tak nak kepada yang berkenan di hati kan?

oleh kerana ingin menjaga hati, kita pun 'meletakkan' batas syariat. walaupun 'jalan' ke arah untuk-tidak-menjaga-syariat itu terbentang luas, tapi kita bermujahadah, pilih untuk tidak berkomunikasi, secara lansung. menjaga hati, kerana Allah, kerana kita masih menuntut ilmuNya. tak mau hati gelap sebab dosa. dosa berhubung dengan bukan muhrim.

dalam pada kita menjaga hati, kita masih merisik khabar perihal orang itu. sudah berpunyakah? baikkah orangnya? bertanggungjawab kah? pandai memasak kah [kalau perempuan]? bagaikan mahu bagi list soalan minta di jawab. tapi kerana menjaga hati, dan percaya tentang qada' dan qadar, maka, soalan itu hanya tergantung begitu sahaja. mana yang boleh dijawab rakan, akan di jawab. yang tidak, tidaklah.

tup tup, ketika hati ini di jaga, orang yang kita berkenan itu sedang 'looking forward' yang lain. atau lebih menyedihkan, sudah berpunya. bagaimana reaksi kita sewaktu itu? di mana letaknya rasional akal ketika itu? siapa yang perlu dipersalahkan? diri sendiri, sebab tidak memberi SIGNS di awal perkenalan dahulu?

atau rakan2? kerana tidak GALAK mengusik kita, lalu memberi signals yang kukuh buat orang tadi?

atau ketentuanNya, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita?

fuh. nafsi. nafsi.

nafsu ni, kalau dicampak dalam api neraka pun, tidak akan terbakar. begitu hebatnya nafsu.

di sinilah kewajaran akal diperlukan. hikmah, segalanya berhikmah.

ujian=hikmah.

bukan saja2 Allah turunkan ujian tuh, Dia minta kita fikir sat. "mungkin dia bukan yang terbaik untukku..".

atau

"ada yang lebih baik. insyaAllah."

semudah itu? tidak. perlu memotivasikan diri sendiri.. ingatlah, "at the end of the day, you will end up with people who loves you the most, NOT THE PEOPLE WHO YOU LOVES THE MOST..". boleh jadi kedua-duanya, tapi akan ada yang lebih dari satu pihak.

macam,

ALLAH S.W.T ^____^



p/s : biarkan mereka ghairah mengejar cita-cita mereka.

p/ss : jangan biarkan saya beralih arah. i don't distracted easily, so buckle up.

1 comment:

pensel kayu said...

mari belajar contohi semut dalam Tawakkal 'alALLAH :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...