Saturday, February 5, 2011

hai sepupu.

bismillahirrahmanirrahim.

akhirnya sampai di UIAM terchenta. alhamdulillah.

mode : antara Kelantan dan tak-puas-duduk-rumah.

p/s : nak puas sgt, duduk je rumah. :p

alhamdulillah. dapat jugak balik bilik 4.2 ni. ingatke, dah tak jejak lagi [maksudnya tak tahu masih hidup ke tak]. bersyukur Allah masih bagi hidayah nak belajar, nikmat kaki dan tangan nak berjalan dan menulis dan akal untuk berfikir. terpulang kat kita nak guna atau tak je. hmm.

cuti mid sem first as an undergrad student. tersangat bermakna. bermakna sebab hari-hari biasa kat UIAM sangat memenatkan. tapi bila fikir, orang2 veteran selalu cakap, "antara zaman paling best ialah ZAMAN STUDENT.. takde buat apa, belajar je. takyah fikir kerja, nak cari duit bayar itu ini bla bla bla..", maka mulalah rasa nak MEMAKNAKAN zaman student ni, so rasa nak cepat-cepat balik UIAM. bila dah sampai pintu gerbang UIAM yang chantek kat depan tuh, tekadkan balik azam2 masa kat CFS dulu. "YA, NAK BELAJAR!".

[walaupun dihinggapi possibilities nak dapat result mid sem. aduh. kuatkan semangatku ya Allah!]

walaupun banyak perkara yang di duga untuk berlaku, TIDAK LANSUNG berlaku untuk cuti mid sem yang berbaki sehari lagi je ni, tapi takpe. Allah tarik yang itu, Dia bagi yang ini. sunnatullah. DIA tak bagi saya jumpa kawan-kawan yang saya SANGAT rindukan wajahnya, tapi Allah bagi saya jernihkan dan rapatkan kembali hubungan dengan sepupu, yang saya kira, dah lama kot tak bertegur sapa. padahal kami sama-sama main tyme kecik-kecik dulu. semuanya gara2 dia yang dah 'tua' untuk saya, 4 tahun lagi tua dari saya. dulu masa sekolah, dia dah sekolah menengah, duduk asrama pulak tuh. bila saya dah masuk sekolah menengah, dia dah masuk preparation kat KMB. pastu fly g Melbourne. memang harapan la nak jumpa. dia pulak, selalu raya kat Kelantan je. dengan family sebelah sana. so, kali ni saya ke Kelantan, dapat pulak jumpa dia. pastu siap g Bukit Kluang kat Terengganu, tangkap2 gambar guna DSLR dia. pergh. tak sangka saya masih punya skill photogedik. ingatke saya ni penakut kamera. tapi masih nak tergedik2 dengan kamera rupanya. yup, for some people only. not for strangers. big NO.

so, Rabu lepas saya bertolak ke Kelantan. actually rumah sepupu saya ni bukanlah Kelantan sangat pun. kat sempadan, Terengganu and Kelantan, so dorang kecek. tapi family sepupu saya ni memang piyor abeh la, except for his mom, which is my exact aunt. dia orang Johor. pak cik saya orang Pasir Puteh. ha, gitulah salasilah nye.

then, bila sampai je kat rumah dia, dia terus terusan pulak tegur saya. saya pun macam "erk.." tapi layan je lah. cool2 sudah. bila suasana dah tak 'pelik' sket, baru lah saya macam berani nak tengok dia. ceh. sepupu kan.

ternyata, dia dah tua. halamak. matang la, dalam bahasa moleknye. 25 kot. what do you expect. 2nd final year before graduate as a doctor with M.D.. wooh ^__^

antara adik beradik dia, dia lah yang paling 'mesra alam' sikit. boleh lah nk tegur2 sebenarnya. tapi saya jarang ada kat rumah kalau dia datang melawat family saya. and kalau saya ada pun, saya tak berani sangat nak berbual2 dengan dia. pelik betul saya ni. padahal sepupu. tapi entah, saya malas nak berjaga-jaga. sebab saya suka berbual. nanti berbual dengan sepupu ni, dah la berlainan jantina, kang terlebih-lebih, orang pandang serong pulak. baik jangan mula bermain api. hehe. rilek je. biarlah orang nak kata sombong ke, kerek ke. huhu.

so, kembali kepada cerita asal. tup tup, saya dapat tahu, dia akan pulang ke Melbourne Jumaat nya, [semalam], adeh. biasalah. kalau tyme kecik-kecik dulu pun, selalu macam ni. mula2, kalau kawan2 seumur kita atau sedara jauh datang rumah, mesti malu-malu alah. bila dorang dah nak balik, baru nak ajak mainlah, baru ngam. nanti ibu mesti cakap, "orang dah nak balik baru nak mesra2..". rupanya sampai ke besor macam ni. huhu. kelakar kalau nak diingatkan, betapa 'tomboi'nya saya bermain dengan sepupu lelaki. nak buat camne, dorang je yang ada masa zaman saya. yang perempuan ada, tapi tak rock sangat. huhu.

bila hari Khamis menjengah, saya tetiba rasa 'teruja' nak tangkap gambar. saya ada rasa semacam 'tense' sikit. biasalah, kalau ke Pantai Timur ni di mana, tradisi dan cara hidup berlainan. dengan hasrat cuti tak kesampaian, so saya bagi hint kat mak sedara untuk suruh sepupu saya tuh bawak saya and adik2 lain ke pantai.

tetiba je, dia ada hati nak bawak saya pulak. ha, ape lagi.

akhirnya, puas sungguh menangkap gambar di pantai Bukit Kluang. serius puas hati. dengan menikmati pandangan kat pantai tu, rasa lega sangat. subhanallah. ada hikmah juga rasa 'tak keruan' yang melanda. rupanya Allah suruh pergi pantai menikmati sceneries. di samping merapatkan ukhuwah :)

[mula rasa geram sebab blogspot tak boleh upload gambar. line tak baik kot. takpe. baru nak introduce sedara ♥]

bukan itu sahaja. saya juga dapat browse2 kedai buku, dan akhirnya beli satu buku baru dan satu solusi edisi baru. ha amek. bukan satu, tapi DUA yang Allah bagi. mana satu nikmat nak kamu dustakan?

tiba hari Jumaat, tetiba juga saya dan adik serta mak sedara, nak ikut hantar sepupu saya kat airport kat Pengkalan Chepa. dia ke KLIA dulu sebab flight balik Melbourne pada sebelah malamnya. so, pukul 730 pagi2 hari tu, saya meredah jalan ke PC untuk hantar dia. best woh, pak cik bawak kereta laju habis, sebab flight ke KLIA pukul 915 pagi. amek. memang racing la. tapi racing kat jalan kampung.

best jugak. first time menikmati pagi hari meredah kampung kat Kelantan. paling best bila redah sawah padi. sebab saya memag suka sawah2 nih. :) nak suruh berhenti jap, tangkap gambar guna DSLR kat tepi sawah tu, macam kejam pulak. so buat dek je la. enjoy dalam hati sudeh.

sejuk hati. :)

sampai je kat PC. first time ni sampai airport kat sini. saya memang excited bila bab2 airport ni. mulalah memasang impian nak pergi oversea jugak. tapi tak tau bila. murah rezeki, jejak lah saya ke dalam flight lagi.

sepupu saya tu pun macam 'payah' je nak tinggalkan tanah tumpah darah dia nih. tapi dia steady je. lelaki kan. takkan nak nangis pulak. tapi dia dok ulang ayat sama je la. "tak suka betul feeling nih..".

well, itulah pengorbanan. lama kot. 6 tahun. dari muda sampai ke tua. saya pun jarang jumpa dia. punyalah besar pengorbanan itu. demi ILMU. saya? balik Kuantan pun nak kecoh. padahal tak sampai 3 jam je dari umah. tak yah naik flight. tiket bus pun RM22 je. ape la anis.

sekarang, saya potray kan gambar kami kat wallpaper laptop. hehe. kenangan. bila tengok muka dia, ada aura positif menyusup masuk dalam diri. dia memang positif pun. bakal doktor kot. takkan nak pesimis je memanjang.

itulah celoteh ketika UIAM kuantan sedang sunyi. moga manfaat. ^_<

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...