
bismillahirrahmanirrahim.
hari ni, untuk pertama kalinya menghadiri kelas subjek Sciences selepas mid break selama seminggu. Bayangkan? balik hari Sabtu, hanya untuk prepare diri menghadapi sebarang kemungkinan markah yang 'merosot' untuk mid sem examination yang hampagas hari tuh. ok, itu tarbiyyah yang pertama. kesabaran melalui hari2 tanpa kelas di Kuantan. [walaupun sebenarnya banyak kerja, tapi TAK NAMPAK sebab takde kelas.. memang rugi betol manusia nih.]
fine. takpelah. sebagai habuan, memang BEST tak hengat betul kelas Molecular Biology tadi, walaupun topic yang diajar ialah topic yang sepatutnya diajar pada minggu terakhir semester ni, Transgenic in Animal and Plant. dan saya pulak prepare untuk topic Transcription in Eukaryotes, tapi takpe. memang best betul lah. betul lah orang cakap Dr. Tariq ajar best. bayangkan, untuk 2 jam, habis satu topic! dahlah habis, faham [insyaAllah biiznillah] pulak tuh! alhamdulillah. ha, nampak. Allah bagi satu, Dia tarik satu.
apa yang Dia uji?
sejak datang ke Kuantan, saya memang berangan habis lah nak ke KULIYYAH OF DENTISTRY. pergh. entah, sejak mai sini, maken tertarik dan menarik pulak ke arah KOD. bukan sebab warga2 dalam tu ye. don't get me wrong. tapi sebab profesion itu sendiri :) saya memang tertarik pun ke arah2 medikal2 nih. so, nak di jadikan cerita kita, saya pun teman lah sorang sahabat ni, dia ada buat apointment dengan student dentistry nih. dengan harapan, saya nak try scaling jugak lah kononnya.
appointment pukul 3. tapi sampai pukul 310 petang. akak tu suruh tunggu 5 minit. dalam 330 macam tu, kawan saya dipanggil masuk. kemungkinan besar, 4th year je nampak gayanya.
saya duk tunggu. tunggu punya tunggu. ye, anis menunggu orang. hehe.
dah pukul 4 petang, tak habis lagi. saya pulak rasa semacam duduk luar dari tadi. plus, saya teramat mengantuk sebab malam sebelumnya tidur pukul 230 pagi, dan kelas pukul 8 pagi :) so petang2 sebegini akan ting toing la. tapi dalam pada menunggu, saya duduk, melihat aksi dan gelagat student dentistry treat patients. timbul rasa kagum. sejuk hati melihat para2 bakal doktor gigi di sebalik gelas kaca. teruja. rasa macam nak......... tapi tidak. Allah TAHU apa yang lebih baik untuk saya. kalau ada rezeki, tak ke mana. kalau tak, maksudnya Allah nak bagi saya 1st Class Honour Degree nanti. insyaAllah amin ya Rabb~
oleh yang demikian, saya pulang. sambil menitip mesej pesanan ringkas kat sahabat yang sedang scaling kat dalam polyclinic. marah? tidak. jauh sekali. cuma saya mengantuk. :)
dalam hati, terbit rasa kagum pada diri sendiri. bukan kagum yang riak. tapi kagum sebab tahap KESABARAN saya semakin meningkat. suka sangat. sebab saya bukan dalam kalangan mereka2 yang isbir sebelum ni. tapi tidaklah hot tempered :)
itu tarbiyah kedua.
tarbiyah ketiga, saya send berupa mesej ajakan untuk ke majlis ilmu kat Kuliyyah of Medicine malam ni. ustaz shauqi dari PJ datang kot! ya Allah rindunya dengan orang PJ. memang tersemat dalam hati nak pergi. so, ajaklah rakan2 terchenta sekali. tapi ada satu mesej, yang saya tak sangka isi kandungannya sebegitu rupa....
tapi takpe. itu tarbiyah ketiga. dan tarbiyah yang saya kira, saya kena lebih berhati2 selepas ni. esp kalau nak mesej orang. bukan tak pernah diberitahu sebelum ni, saya MALAH pernah diingatkan. tapi saya terlupa. maafkan saya sahabat :')
'ala kulli hal, semoga tahap kesabaran saya makin tinggi dan mencanak naik lepas nih.
oh, ada tarbiyah keempat. markah Anatomy saya.. alhamdulillah TAK FAIL. itu harapan saya, sebab selalunya kalau exam minus marking, orang ramai fail. tapi saya tak tergolong. alhamdulillah. tapi tak dapat A. takpe Anis, ada 7 minggu lagi untuk buktikan. chaiyok!
korang, doakan saya. ^__^
No comments:
Post a Comment