Tuesday, March 1, 2011

mind-setting.

bismillahirrahmanirrahim.

awas kalau anda belum melangkah umur 20 tahun. sebab entri ini hanya layak di baca untuk mereka-mereka yang dah 20 tahun :p


melawak.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]


tak sempat pergi daurah. sobs.

minggu lepas, saya mendapat jemputan untuk menghadiri daurah Baitul Muslim di pejabat IKRAM, dekat je dengan UIAMK ni. tapi kebetulan, bila dapat mesej tu, mind setting dah nak balik ke rumah dan pergi Gombak. kebetulan ada asbab musabab yang saya kena 'balik' rumah pada hari Khamis lepas. walaupun daurah itu hari Ahad.

dengan yakinnya berkata dalam hati, "sempat kot...".

tapi tidak.

punyalah kecoh [bukan kecoh, sekadar jadikan status FB] . last2 tak dapat pergi. pujuk hati, takpelah, takde rezeki. next2 baitul muslim kan ada. entah2 time cuti panjang satgi IKRAM buat lagi kat pejabat HQ kat Mines. haa.. time tu pergi dengan PASANGAN pun takpe! [joking] :p

dah reda. dan redha. tiba2.


"nanti share la hasil daurah BM tu ye..."

alamak!

takkan nak cakap "tidak boleh.." pulak. kekantoian la satgi.

tak boleh jadi tak boleh jadi.

;)





[sengaja pilih gambar ni, sebab lelaki ni nampak 'segak' ketika berjubah putih *kuang3*]

*segak la sangat*

sebab tak nak kalah [mengada] dan tak nak tunjuk lemah [gedik], saya pun terpaksa lah bersungguh bertanya input2 dengan orang yang pergi ke daurah tu. terpaksalah nampak macam desperados sekejap. mesti kawan2 tu hairan, pasepa anis ligat sangat nak tahu? dah nak bina masjid kah?


oh tidak tidak. anis kalau nak bina masjid, dia kena design dulu. bagi cantik dan pergh macam masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur :)

so, antara calon2 yang ditanya yang bertuah adalah, Isdiyantie dan Syahidah! yeah. ^__^


ber'talaqqi' dengan syida and yantie~

kebetulan, baru tau yang bagi isi daurah tu ialah doktor melur. nama ni agak femes juga, tapi saya takleh nak habaq banyak pasai dia, sebab saya tak pernah bersua muka lagi dengan beliau. tapi nama ni agak masyhur dan harum la. yang penting saya tahu suaminya seorang akauntan :)

ok ok. first sekali, tajuk daurah ni ialah "Setulus Cinta, Sekilas ke Syurga".

wah tajuk.

"Perhatikanlah sikapmu terhadap suamimu, kerana ia bisa menjadi syurga ataupun neraka" [riwayat al-Tabrani]

pernah dengar tentang maratibul 'amal?

  1. individu muslim/ fardhu muslim
  2. baitul muslim
  3. mujtama' muslim
  4. islah huumah
  5. khilafah
  6. ustaziatul 'alam
so, kita ni dah pada level pertama kejadian, iaitu individu muslim. tak salah kan kalau nak view or browsing level yang kedua? :)

lepas tu, siapakah kita? pandai jawab...

hamba Allah serta pemuda pemudi yang sangat berharga pada agama.

apa matlamat kita, hidup sebagai seorang muslim?

-beribadah
-taat
-mencari redha Allah


so, boleh lah kahwin teruih?

kalau rasa mampu, kahwinlah.

antara rules yang kita kena overview..

  • tidak lari daripada matlamat
  • seluruh kehidupan mukmin adalah untuk beribadah
  • bersama Allah, dan mendirikan rumah tangga demi meraih redha dan cinta Allah
  • dakwah dan jihad tidak menjadi 'warga asing' dalam kehidupan berbaitul muslim
  • suasana ubudiah.
  • sentiasa mengejar syurga Allah
korang pun pernah dapat kan pesanan daripada ustazah2, or ibu bapa or sape2lah pendakwah ke etc, untuk bersedia, berdoa seawal mungkin supaya dijodohkan dengan orang yang soleh dan terbaik untuk diri kita :)

dalam pada berdoa, selitkan juga rasa keyakinan yang tinggi kepada Allah :)

[pesanan buat diri sendiri]

teringat satu hadis daripada Nabi junjungan S.A.W, "Apabila datang melamar kepadamu sesorang yang kamu redha akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang luas."-hadis ni menjadi pegangan dan prinsip saya, sejak baca dalam buku Pemilik Cintaku.


Yantie juga berpesan, suruh saya mindset siap2. "bila anis nak kahwin?"

hehe. yantie yantie. soalan 'membunuh' :)


tiba-tiba, tengah berjalan pulang ke mahallah dengan kak Nazihah and Syida, dorang buka cerita pasal "ikhwah atau tidak?".

erk.

pernah, malah selalu saya khabarkan kat sahabat2 saya, masuknya saya ke dalam sistem tarbiyah, adalah bertujuan untuk mengaut ilmu serta sebagai pemberi peringatan. tak pernah terdetik dalam hati, untuk mencari 'calon' dalam sistem yang sama. serius.

cuma, pemikiran saya sedikit terbuka bila berbual dengan yantie, serta kak Nazihah and syida malam tadi.

selama ini, saya ingatkan, pemilihan calon berdasarkan ikhwah atau tidak, adalah tidak 'berapa' penting. rupanya....

"tak... yantie fikir sebab ini bakal jadi permaslahatan yantie.. mengenai dakwah.."

:')

serius lagi. saya tak pernah terfikir pun. saya ingatkan, sistem tarbiyah ini hanya melibatkan DIRI SAYA dan usrah. hal-hal dengan bakal suami atau suami itu tak perlu dikira. rupanya, bakal jadi permaslahatan jugak..!

"nanti kalau dah kahwin, kalau suami anis bukan dalam kalangan ikhwah atau orang yang biasa menyertai usrah, dia nak bagi anis pergi ke usrah2 camni lagi?"

betul jugak ek. kenapa selama ni tak pernah terfikir =.="

patutlah adanya khidmat baitul muslim ni. ada orang perantaraan bagai.

sesungguhnya sahabat2 saya ni lebih jauh pemikiran nya..

tiba-tiba hati saya menyimpul lagi satu syarat, atau sebagai requirements. tapi saya tak kisah dia dalam sistem tarbiyah yang sama atau jemaah lain.

*pak cik awan pun ikhwah*

atau yang lebih ringkas, dia mestilah tak kisah kalau saya join usrah mana2 ke kan? :D

lagi baik kalau seorang ikhwah, dalam sistem tarbiyah yang SAMA, pergh. insyaAllah. amin :) markah bonus akan diberi pada yang layak ;)


'ala kulli hal, masing2. saya sangat tidak kisah kalau orang nak bukak cerita dengan saya mengenai perkahwinan ni sebab saya dah ada hujah saya sendiri. tak loose, dan tak lah grip sangat berprinsip. saya sangat sederhana, dan berharap kekal sampai ke akad yang real nanti :D

saya pun tidak memandang rendah bagi mereka yang berkahwin awal. sudah bersedia, apa salahnya? hati lagi terjaga. tak payah susah2 nak jaga pandangan, sebab konfem korang takkan pandang yang lain bila dah ada yang 'halal' kan?

masing2. tepuk dada, tanya iman dan hati.

inspired by iman and qalb :)




siapalah bakal menerima sepasang baju raihan biru muda pujaan saya nih?



^_____^v


No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...