Thursday, July 1, 2010

i'm not a Law student :)

bismillah..

alhamdulillah.. masih tak terlambat utk mengucapkan 'Ahlan Wasahlan' kepada pelajar undang-undang ke kampus PJ. wah, femes gituh. :)

Laws..

sebenarnya, kerjaya peguam pernah 'mengisi' list kerjaya pilihan saya. Tak silap ketika lingkungan umur nak masuk alam remaja. Form 1 kalau tak silap saya. Waktu isi borang coklat cair tyme Darjah satu dulu pun, ada isi peguam jugak kalau tak silap. [borang coklat cair=penilaian guru darjah terhadap kecenderungan pelajar dalam kelasnya, sistem lama nih..] tak tau lah kenapa boleh pilih peguam, padahal takde sorang pun ahli keluarga saya yang menjawat jawatan ini. Paling tidak pun, bekerja dengan firma guaman. Tapi yang study L.L.B, memang tiada.

kadang-kadang terfikir, mungkin ingin memenuhkan 'quota' borang je :p

tapi, tak juga.. sebab waktu tu saya fikir saya nih petah orangnya. Sekali lagi la, padahal...

semakin lama, kerjaya ini 'pudar' dari hati dan borang 'cita2' saya. Bukan kerana apa, kerana saya makin sedar yang saya ni taklah se'petah' mana. Setakat ahli Kelab Bahas, semua orang boleh masuk [^_~] dan juga, ibu saya selalu cakap,"Lawyer ni.. Dorang ada kerja time orang nak beli rumah, atau pun kes2 cerai. Lainlah kalau kat Barat nun, semua benda nak guna Lawyer. Sikit2 'sue'! Tu yang dorang kaya-raya tuh.. Kalau kat Malaysia, semua benda 'settle' luar mahkamah.."

itu hanya pandangan beliau, no offence..

sebab tu lah, kerjaya melibatkan Biology semakin menambat hati..

terbaru, sejak Law students berpindah ke PJ nih, saya berkenalan dengan ramai junior Law.. ternyata, sangkaan dan hebahan orang ramai terhadap mereka memang meleset. Mereka bukanlah jenis yang 'loud' setiap masa. Mereka 'ok' je.. Cuma, dah jadi fitrah la mereka kene berlatih 'bercakap' setiap masa.. Itulah antara explaination yang saya dapat ketika beramah mesra dengan junior Laws nih.. so sweet~

saya baru tahu la 'nature' Law ni macam mana.. mereka akan diberi pilihan sama ada nak melanjutkan bidang Syari'ah atau Sivil.. kalau Syari'ah, kira kena habiskan level2 Bahasa Arab tahap Advance.. bertambah la contact hour dorang.. tidak kepada sivil.. so, sivil ni, senang sket nak grad from CFS..

baru-baru ini, saya berpeluang menghadiri kelas Law and Society [SAM 2273] yang diajar oleh Madam Humaiyah, bekas Deputy Dean STAD, merangkap mantan Advisor utk FSCC. Beliau tak kisah, so saya masuk je la.. ilmu baru kan, ape ade hal..

Law and Society ni saya tak pasti lah 'core' subject utk student Laws ke tak, memandangkan hanya 3 contact hours sahaja per week. Tapi subjek ini santai, hanya perlu baca dan 'hala' telinga. Kadang2, student and lecturer akan saling bertukar pandangan. Memberi pendapat masing2. So,interaction dua hala itu memang wujud dalam semua kelas Undang-undang. Nak tak nak, suka tak suka, pendiam atau tidak, nampaknya, percakapan itu medium yang amat penting :) walhal, saya dalam kelas itu pun, masih mampu menjawab soalan2 dari Madam Humaiyah sendiri. Bukan nak berlagak, tapi nak menunjukkan yang kami pelajar Sains pun, ada je pengetahuan am kan. Takdela bawah tempurung sangat :p

Kelas ini takdelah kritikal macam kelas Basic Law Method, atau BLM. Kelas BLM, memang memerlukan skill, dan menggunakan keseluruhan minat dan kecenderungan student terhadap Law itu sendiri. Subjek ini lah yang memerlukan student melakukan aktiviti Mooting pada penghujung semester nanti, dan markah akan diambil dan menyumbang kepada markah akhir nanti. Saya memang tak mampulah nak join kelas ini, memandangkan tiada lecturer subjek ini yang saya kenal. Plus, perbincangan memang tiket utama kelas ini. Sebab ada Case Study semua.

dan juga, saya baru lah tahu yang semua pelajar Undang-undang di seluruh Malaysia, tak kira universiti apa pun [saya tak maklum kalau satu dunia] akan memakai pakaian hitam putih pada setiap hari Selasa. So, kalau anda nak mengecam mana student Law di UIAM, sila2 lah usha dorang pakai baju apa setiap hari Selasa ;)

sejak menghadiri kelas student Laws secara tak lansung ni [illegal la senang cakap], memang minda ni terbuka la.. saya pun rajin pulak berkongsi pendapat dengan Madam, tentang isu2 semasa, kalau tgh2 berbual ngan Madam ni. Sampai Madam pun cakap, "semenjak dua menjak ni asyik cakap pasal Law je eh..". Tersenyum siput saya.

waktu mula2 habaq kat rakan seperjuangan tentang 'kemasukan' saya dalam kelas tu, beberapa orang memberikan reaksi berbeza kat saya. Ada yang siap tanya, "tukar course ke nis?" [ini termasuk golongan yang tak tau saya masih di CFS]. Tak kurang yang menggalakkan, macam Amalina :D tapi ada tiga orang yang lain ni, macam terkejut bebenor saya masuk kelas tuh. "biar betul?" "Nape masuk kelas tuh?" "Tak rasa pelik ke? Dorang tak pandang pelik?" macamlah saya buat salah kan. Terus terang mengakui, saya tak kisah pun, memandangkan saya bukan bakal mengambil peperiksaan dengan dorang nanti. yang paling penting, saya tak akan jumpa dorang pun kat Main Campus nanti. Dorang ke Gombak, dan saya ke Kuantan. Memang harapan la kan..

Plus, ilmu ni, agak baru untuk saya, dan saya tak akan belajar, kecuali kalau berpeluang masuk ke kelas macam ni. Bukan senang woo.. lainlah kalau saya masuk kelas budak Medic ke, mungkinlah nak rasa 'malu' , 'segan' dan seribu satu perasaan kan.. ^^

so macam, hikmah jugak la saya ada satu sem lagi di sini. :)

"menyesal pulak tak amik Laws kan Anis?" seloroh Madam.

"Takdelah madam.. Bio tetap di hati.." jawab saya, selamba.. terus dari hati tuh. spontaneous reaction :D

Wallahu'alam..

5 comments:

wardatul asrar said...

best nye angah... ni la contoh org yg belajar kerana ilmu [eceh...] bangge anje punye angah seperti kamu! [ecehh lg..] ^^

nnti kt kuantan, faculty kte sebelah je kn.. nnti tego2 la yek.. lunch same ke.. hehe.. lame tak borak ngan angah..

insan terpinggir said...

bdak Law??bhaya klau S/u law nie..
nnt hbis smua society dy sue...
Jngan2...
huhu

A.N said...

@anje : huhu.. takdela.. sbb ada peluang kan, so join je la.. ^^

insyaAllah.. anje pun, kalau jumpe, tego2 la kita.. wlupun anje bakal 'busy' kat sana.. sob.. sob.. :)

@insan terpinggir : ke'cemburu'an pulak bos nih.. takde maknenye saya student Laws.. lagipun, sy takde 'bakal' kat situ.. :D

Amal said...

anis, terigt plak cerita budak2 jordan.
ade je bdk just kalu ade masa kosong and takde kelas, diorg akan msk kuliah2 yarmouk.
bagus kan? :D
ilmu sains pn dpt, ilmu agama pn dpt..
wah terujanye..

A.N said...

hurm.. tau xpe.. kat Kuantan tuh, boleh tak masuk kuliyyah budak Medic? [secara tiba-tiba] :D

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...