Friday, July 23, 2010

doaku.. sentiasa bersamamu..

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

dalam mode 'terharu'.. setelah kawan baik tag saya dalam vid lagu Leading the Way, IIUM's anthem. :(

sedih juga.. tapi tahan lorh.. mengikut perhitungan, lebih kurang 4 BULAN dan 1 MINGGU lagi.. sabaq noh.. :)

doa awak.. dan saya

doa.. Rasanya semua daripada kita pernah berdoa, walaupun sekali. Perkara pertama kita belajar kat taski dulu pun, pelbagai doa, bagi menjadikan hidup kita bersyariat. Dari bangun tidur, sampai nak masuk tidur balik, Islam menggariskan berbagai doa, bagi mengaitkan kehidupan kita, kembali kepada yang Maha Esa. Termasuk sebelum berhijrah, bermusafir. Walaupun dok ligat dalam kereta, nak memulakan perjalanan, masih ingat kat Tuhan, memohon perlindungan, atau Greatest Protection from Him, insyaAllah.
[tiba-tiba teringat kat family FSCC. Tak pernah miss baca doa sebelum memulakan perjalanan. Ala, sweet..]

Itu doa yang kita perlu hafal. Kalau dulunya, di taski, kene hafal, untuk jawab exam oral. Pergh. Kene soal satu2 dengan ustazah. Kalau tak pass, tak leh balik rumah.

Bila fikir2 balik, kelakar pulak. Tapi kalau dah besar nih, macam malu pulak kalau tak hafal doa2 tuh. Dan, semakin penting. Saya baru nampak, semakin nampak kepentingannya, seiring dengan usia.

Dalam surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.” Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan nabi mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.” Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).”



Tapi bagaimana dengan doa, yang kita minta sendiri, karang sendiri?

Suatu hari, seorang hamba Allah yang saya redha akhlak dan agamanya, telah berkongsi tentang tazkirah perihal berdoa nih.

"Macam mana awak berdoa?"

"Doa lah.. tadah tangan, lepas tuh minta apa yang dihajati.." jawab seorang rakan.

"Selalunya mintak apa?" tanya hamba tuh lagi.

"Minta diampunkan dosa.. Minta diberkati, dikurniakan hidayah.. Dikurniakan kecemerlangan dunia wal akhirat.." sambung rakan itu lagi..

"Kalau time doa tuh, bayangkan tak apa yang kita hajat tuh?" bertalu lagi satu soalan.

^^

"Kalau mintak doa diampunkan dosa, awak bayang apa?"

"Bayangkan lah, macam saya dilahirkan semula.. suci.."

"Itulah.. kalau saya pun, saya bayang macam serba serbi putih.. suci.. Sebenarnya time tazkirah tadi, Ustaz tuh cakap, kalau time kita berdoa, kita bayangkan apa yang kita hajati tuh.. Memanglah bersandarkan Allah, tapi kalau perasan, kita akan bertambah khusyu' time tuh.. Kalau kita doa ditambah dengan bayangan apa yang kita hajat. Contohnya, kita berdoa supaya dikurniakan kecemerlangan dalam pelajaran. Bayangkan kita amik scroll ke.. Pakai baju ijazah.. Nama kat Dean's List ke.." jawab hamba Allah itu setelah bertanya je dari tadi.

Dah prektis banyak kali nih, memang ada kebenarannya juga. Kita bertambah khusyu' dan makin teguh berpaksikan segala kebergantungan terhadap Allah Taala..

Dan sentiasa ingat, jangan lokek doakan kepada rakan2 seperjuangan kita. Lagi baik tanpa pengetahuan mereka. Subhanallah. Kita didoakan oleh para malaikat.

Ini yang saya beriya-iya nak share dari semalam. Sewaktu nak tidur, tiba2 dpt ilham nak tulis mengenai doa nih.

Cuba-lah. Moga mendapat manfaat bersama.. ;)







p/s: tanda ^^ diatas sebenarnya, bermaksud. Ada dialog tertinggal. 'Sengaja' ditinggalkan.. :)

"bayang.. siap bayang bakal lagi.." usik saya..

"wohhh..." jawab hamba Allah itu, tak terkata. Dalam seloroh+serius.

dalam hati, saya tak mampu nak berkata apa.. senyuman memang menghiasi wajah..

"ye.. awaklah.." :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...