Saturday, July 17, 2010

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk..

bismillahirrahmanirrahim..


setiap jalan menuju kebahagiaan, kesenangan, kejayaan memang berliku. Dan kadang2, liku2 tersebut bukanlah datangya dari kesukaran bernafas, kesukaran menjawab exam, kekurangan duit scholar, atau keadaan hostel yang tidak memuaskan. Tapi juga, dalam kalangan society itu sendiri.

ya, saya amat terasa hati.

Saya merasakan tidak sewajarnya saya berpaling muka, atau tidak menjenguk, seseorang yang saya hormati sebagai seorang murabbi, walaupun beliau tidak mengajarkan saya. Tetapi apa yang perlu saya lakukan kalau tindakan beliau seperti mahu menyakitkan hati? Inikah dinamakan ujian? Perlukah saya bertahan? Atau saya perlu mendiamkan diri sehingga habis semester ini?

Saya cuba dan berusaha menjadi orang yang lebih baik setiap hari. Tidak kurang juga niat baik untuk menjadi pendengar dan sahabat yang baik, walaupun tidak sejati kepada sahabat yang lain. Tapi, kalau niat saya seolah-olah diperkecil dan dianggap remeh, perlukah saya bersabar? Adakah ini dinamakan ujian? Perlukah saya bersabar, atau saya perlu 'mengurangkan' komunikasi saya bersamanya, sehingga habis semester ini? Sebab saya bukannya akan bersama dia bila di Main Campus nanti.

Untuk seorang lagi defendan, saya tahu beliau sibuk. Sibuk dengan imtihan. Baik, beliau amat serius ketika imtihan, saya faham itu. Dan saya tak mahu ganggu. Bukan sahaja imtihan, tapi taklifan lain. Baik, saya faham itu. Beliau pun macam sudah nampak 'future' yang bright. Dah ada calon yang menanti, especially untuk di'jodoh'kan. Ya, doa saya yang terbaik, selalu mengiringi beliau. Thanks for everything.

Untuk ketiga-tiga defendan di atas, saya tak mahu cakap. Saya terasa hati. Dan biarkan perkara ini berlalu, sebab saya tak tahu bila hati saya akan terbuka lagi untuk kamu.

"Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Tolong thabitkan hati kamu, Anis..."

"...Adakah mereka boleh mengatakan mereka beriman padahal mereka belum diuji?..."- ingat kalam Allah yang satu ini..


p/s: maaf sebab entri ini agak peribadi. Saya tak tau nak luah kat sape dah.. Kawan2 Mesir, cepatlah balik! :(

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...