Monday, July 12, 2010

mencari asbab pulak..

bismillah..

dah habis cerita 'minggu suai-kenal' dengan kawan2 kat Kuantan, habis dah cuti seminggu saya, bermula balik pertempuran untuk menghabiskan dua subjek kat cfs nih.

Kalau ikutkan hati yang muda nih, memang sedihlah sebab tak dapat join kawan2 bulan Julai nih. Tapi dah berfikir2 [nape susah sangat eja fikir nih] balik, SEMUA ADA HIKMAH. Dan, dengan jujur, memang saya nampak Kuantan je la nih. Saya tak nampak lain dah. Dulu ada jugak 'dikaburi' pemandangan Gombak [:p] tapi sekarang tak dah. Nilai pun dah takde. Kuantan only, ok! :D

Seruan yang kuat :)

Entah kenapa, selepas mesej Kak Nazihah, disusuli dengan satu mesej daripada nombor yang tak dikenali.

"Slm ukhwh buat adk2.. :-) i.a esok (11 july) akn diadkan p'jumpaan khas buat adk2. Jam 5pm. Tmpt musola m3. Jemput hadir ya-kak s****"

erk.. musola m3? pelik nama itu. Sebelum ni pernah dengar Musola Ground Floor [Khadijah College] atau Musola level 5 je. M3 ni cam pelik. Ni nama singkatan utk Maths dulu ni. M3 :p

terus je mesej Amal. Tanye m3 tu ape.

Rupa-rupanya, Maimunah 3. Blok Mahallah kat Kuantan. [fuhh~]

Amacam? Kuat tak 'seruan' itu? Lagi kuat daripada 'seruan' orang nak kahwin, tahu. :D


UNGS, Organic Chemistry dan Calculus...

ini subjek general yang saya, insyaAllah bakal ambil utk Tahun Pertama kat Kuantan. [credit to Amal, again and again :D ]

UNGS- University General Studies [roommate dah ambil masa Semester 3 dulu. Dia cakap, lecturer dia habaq, UNGS stands for that. Wallahu'alam ]

Saya sedia maklum UNGS ada 3 parts. Dan Islamic Worldview adalah Part yang pertama. Dan untuk 2 part yang lain, adalah requirement untuk yang lainnya. UNGS ni, kalau mengikut nota2 peribadi yang roommate wasiatkan kat saya nih, sama macam subjek Islamic Ethics bagi sesiapa yang ambil preparation ke luar negara. Ha, standard kot. Mengenai etika. InsyaAllah seronok. Walaupun kene 'tadah' telinga je. Tapi presentation nye.........

Organic Chemistry- Macam bukan budak Sains Stream lah pulak kalau tak tahu atau tak pernah dengar nama subjek nih pun. Baik Engineering atau Pure Biology. Subjek ni macam 'makanan ruji' pulak kan. Bezanya, saya bakal ambil kat Main Campus, dan bukan di CFS seperti pelajar Health Sciences. Kat CFS, hanya Introduction je. Walaupun Intro, tapi..........

Calculus- "Kalau budak Engine baca nih......"
kat CFS, baru belajar Pre-Calc pun macam dah.... kat Main Campus, belajar Calc pulak... Takpe2.. akan ku redahi jua..

Suhu yang aman.. Aman weh.. dari hiruk pikuk kat Gombak.. [provoke2]

tengok blog Diyanah, dia baru update.. Dia kata siang panas, tapi malam sejuk 'menggila', sampai kipas pun bukak 2 je.. JE??? ya Allah, kalau kat PJ, abeh berpeluh dalam tidur la jawabnye.. katanya macam kat London.. ouh, tak sabar tak sabar! :D


Memang tiada hujung minggu di rumah...

Ini sepatutnya sedih. Memang sedih pun, dah 2 tahun asyik balik rumah je time hujung minggu. Rumah dekat kan, ape lagi. Tapi tak selalu lah. Tyme 'bekerja' tuh, tidakla.. Tapi semua sedia maklum jugak saya suka balik rumah :D Kalau dah kat Kuantan, no more la jawabnye! Mari explore Pantai Timur pulak :p

Baju batik yang lawa.. Gombak warna kelabu [tak lawa..] Kuantan warna oren.. gelap pulak tuh.. Comel.. :p

Tengok gambar diyanah berbaju batik bersama geng2 sekelas ku dulu. Wah wah! Lawanya anak dara itu.. Tak sabar nak menyarung baju itu.. :D















last, but not least..

saya nak jumpa sahabiah2 saya. Yosh, rindu kat korang. Tak sedih, tapi tetap merindu. All the best, ganbatte-ne! :)




p/s: sangat terharu bila Shazlenna cakap dye rindu kat saya. Ouh, aku rindu kat kau jugak Sha. Rindu nak dengar suara hang yang kuat melantang.. Walaupun kau merampasnya dariku, tetapi kau tetap sahabat aku.. :)




No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...