
Khamis yang lalu, sahabat a.k.a teammate sy, Amalina telah melawat CFS PJ sekaligus utk mengambil transkrip beliau di Admission and Records Dept. Oleh kerana beliau telah hadir pada sebelah pagi, dan kebetulan saya memang tiada kelas lansung pada hari Khamis, dan tidak semena-mena, perasaan ingin pulang ke rumah tu beriya2 pulak. Nak dijadikan cerita, saya telah pulang pada Khamis tersebut, tanpa membuat surat ke principal mahallah pun.. [don't do this at home] so, saya dan Amalina telah pulang bersama pada hari tersebut. Mak saudara dan ibu saya yang mengambil telah menghantar Amal ke Stesen Universiti. Lalu kami pun pulang straight [tak kona-kona] ke rumah. :)
Pada malam hari Jumaat, saya, adik dan ibu telah menghantar mak saudara kesayangan, ke Kuala Lumpur International Airport [tiba-tiba rajin nak tulis penuh kan] yang bakal berangkat ke Istanbul, Turki [sobs..] pada pukul 12 tgh malam itu juga. Beliau ke sana, ditemani seorang lagi mak saudara saya, yang kebetulan baru je tiba dari Johor Bahru. Mereka ingin bercuti ke sana. Dan saya, dengan hati yang 'remuk redam', hanya mampu menghantar ke airport sahaja [=.="] [terlepas lagi episod Imam Muda..]
Walaupun saya dan adik tahu yang kami bakal 'terlepas' episod Imam Muda pada pukul 9 mlm, tapi kami tak kesah pulak pada hari tuh. Memandangkan saya sudah LAMA tak ke KLIA.. MasyaAllah.. rindunya kat KLIA.. rindunya nak menapak ke dalam kapal terbang, nak naik AeroTrain.. Rasanya sudah lama, hampir 4 tahun saya tak menjejakkan kaki ke KLIA. Kali terakhir, menghantar ibu menunaikan umrah. Ketika itu, saya masih di SBP, dan ibu hanya pergi bersama adik-beradik perempuannya yang lain. Ayah menggalas tanggungjawab di rumah. Saya pula bersekolah.
Ketika masih di rumah [ayah tidak mengikut menghantar mak saudara], ayah berpesan untuk kami menaiki ERL atau KLIA Transit, kalau 'malas' mahu drive jauh2. Ditambah pulak pada malam hari, dengan highway ke KLIA yang 4 lanes tapi sunyi sepi itu. Memang jauh, walaupun exit ke KLIA dari highway PLUS boleh dikatakan dekat dengan rumah. Bukanlah dekat sangat, tapi berbanding dengan mereka yang tinggal di Cheras. Terdengar peringatan ayah, tiba2 saya teringat akan fare yang dikenakan utk ERL.. "Bukan mahal ke?" detik hati.
Terus saya mencapai handphone, lantas menekan2 butang, tanda menaip mesej, kepada seorang sahabat. Saya tahu beliau selalu ke Stesen Bandar Tasik Selatan utk menaiki tren.
"dlm rm 24 kot...one way.. p serius x ingt..."
erk... mahal 'gila' ?!
terus-terusan lah saya decide, tak jadi nak naik ERL.. padahal waktu itu mak saudara telah memandu ke arah Stesen Bdr. Tasik Selatan tersebut. Lalu kami terus straight ke arah highway Sg. Besi.. jam menunjukkan pukul 855 malam. Mak saudara perlu berada di KLIA pada pukul 10.
okayh, Sg.Besi pada malam Jumaat camni. memang sesaklah.. [sangat padat ok!]
dah lama tak pulang ke Johor via highway Sg. Besi nih. so, terlupa lah pulak kan. Apa nak buat, dah 'terlajak' ke sini. Tiba-tiba, ternampak signboard ke KLIA dan Kompleks Sukan Negara, via Maju Expressway di lorong kecil sebelah kiri. Alhamdulillah. Baru tau kewujudan highway ni, selalu dgr dalam Info Trafik je. :D
"ouh.. highway ni pernah lalu time nak iftar kat Nilai last year.."
lalu kami pun melalui highway 'kosong' itu. Tapi serius, kami hanya memandu MyVi, tak mampulah nak memecut. Kalau anda memandu kereta ber 'CC' besar, memang syok la speed kat highway 4 lanes nih. :D
tiba di KLIA, nampak ramai kelibat manusia. Yang hitam, putih, coklat. Semuanya, mencari arah masing2. Kami terus mencari port untuk makan. Yup, belum ambil dinner. So, adik suggest utk makan KFC je, memandangkan tak mampu nak ambil nasi dah malam.
Tiba masa, Teh [panggilan untuk mak saudara saya] pun berlalu ke Lounge before depart. So, ini tempat untuk separa-depart la, kalau penerbangan antarabangsa. Kalau anda naik melalui Kelas Pertama atau Business Class, lagila heaven. Pergh. Cakap je nak makan, surf internet, kopi paling masyuk? Semua ada.
Jam menunjukkan pukul 10 lebih, saya, ibu dan adik pun berlalu pulang. Tiba giliran saya memandu untuk arah pulang. Adik duduk di sebelah. Ibu di belakang. Saya dan adik 'memasang angan-angan' hendak 'terbang' lagi. Masing-masing berkira-kira, bila agaknya kami akan 'fly' lagi. Cemburu dengan Teh kami. [=.="]
"Kak, kalau SPM adik ok, pastu dapat fly, agak2nya ayah bagi tak?"
"Pergi je dik. Bila lagi nak fly..." jawab saya, memang support. Adik senyum je, walaupun tahu, ibu mesti takkan bagi punye. [=.="]
Disebabkan Teh dah ke Turki, so bagi menghilangkan 'kebosanan' hujung minggu, ayah telah mengajak satu family ke Felda Sg. Klah, Sungkai, Perak. Apa yang ada kat sini? Hot Springs. :D
Kami sekeluarga memang agak 'rare' dengan negeri Perak kerana dalam kalangan ahli keluarga besar kami, both ibu dan ayah, tiada yang tinggal atau berasal dari Perak. So, keberangkatan kami ke Perak memang mengikut peta dalam Internet [haha!]. Kami pun agak jarang ke bahagian Utara, so agak 'kelam' nak membayangkan jalan ke Utara nih.
Perjalanan tak jauh, dalam masa 2 jam [depends speed bawak kereta camne] boleh sampai ke Hot Springs yang di tuju. Seriously memang tahu kewujudan tempat2 menarik Felda Residence, tapi tak pernah terfikir nak pergi, especially Hot Springs nih.
Felda Residence Sg. Klah itself, memang lawa! Sangat sesuai kepada sesiapa yang nak getaway daripada hustle and bustle of city. Lagi tenang dari Hulu Langat, I would said that. :D
tapi PERHATIAN, sesiapa yang nak bermalam, sama ada bilik [cam bilik hotel] atau villa [ada villa sebijik2 disediakan, mengikut saiz, dan sgt applicable yang datang macam bawak 'rombongan'], sila2 lah tempah awal, sebab takut penuh!

gambar di atas, menunjukkan pintu masuk ke Hot Springs persendirian, yang disewa ayah, selama 2 jam. Tempat ini khas bagi mereka yang datang 'saja-saja' nak berendam dalam air panas, tapi tak nak pulak [semestinya!] berendam kat tempat terbuka. Private la kira. Banyak kolam disediakan, dan kami sekeluarga dapat Kolam 1, seperti pintu masuk di atas. Harga sewa satu kolam 'private' ni ialah RM75 untuk satu jam. Berbaloi woo. Sebab, kolam air panas ni, bukannya macam swimming pool, yang anda boleh berenang sampai tangan 'kecut'. Tapi, kolam air panas ni anda hanya boleh berendam 'semata-mata'. Ada jacuzzi lagi. Memang best la Felda ni :D

antara amaran, di seluruh kawasan Hot Springs, Felda Sg. Klah

inilah rupa kolam yang disediakan dalam kolam persendirian yang disewa. Agak besar, tapi tak lah sebesar swimming pool. Ada jacuzzi siap. Air panas dan sejuk boleh kita control sendiri. Nak berendam sahaja tanpa jacuzzi tu pun boleh. Tapi rugi lah kan. Kita bukan jenis yang masuk spa pun. Muat satu family. Saya yang ada 6 orang ahli keluarga termasuk ibu dan ayah pun, masih muat.
pengalaman baru. :)
No comments:
Post a Comment