Alhamdulillah. Selesai sudah the first and only mid-sem exam semalam. Hari yang ditunggu2 telah tiba, skang dah habis dah pun. Camne? Alhamdulillah la. Itu je yang mampu cakap. Kalau cakap "No Komen" kang, ada orang cakap bajet artis pula. :) Ok2, chill2..
Semalam, memang 'bersejarah' sikit la.. [tak habis2 bersejarah].. bersejarah sebab untuk pertama kalinya, saya pergi exam tanpa DITEMANI walau SEORANG pun geng2 saya. [Geng la sangat.. Maksudnya, takdela kawan2 baik itu..] Yang kedua, pertama kali exam di AMF, dengan budak Engineering. Sebelum ni, kalau ada course lain pun, mesti MEDCY. Tapi ini first time amik exam dengan budak Engine. So, sejarah la tu kan.
Nak dijadikan cerita, mid semester utk subject code saya, SCM 1514 [yang bakal di hapuskan setelah saya 'berambus' dari PJ nih] hanya ada 11 org students. 11 orang je.. Tak payah sakan sangat la kan. Saya pun pelik nape lecturer saya tak buat exam kat classroom ke, Annexe ke, LY ke.. Blok E or SMAWP pn tak kisah la. Tiba-tiba kene 'menyempit' dengan budak Engine yang kira 400++ students kat AMF. Amik hang! Memang tak suka lah. Kalau Medcy tak pe lagi kot. [;p]
Okayh, tunggu di luar AMF, memang ter-amat ramai. Saya tak pernah exam, seramai ini students nye. Boleh bayang la kan, seramai-ramai bdk engine kat luar AMF tuh. Then, masa tiba untuk masuk dewan. Memang pada sebelah petang nya tu, kami ada kelas. So, lecturer cakap, kami akan ditempat kan di corner of the hall. Memang thankful jugak waktu tuh, sebab sy expecting duduk kat depan dewan.
Nak dijadikan cerita, kami students ni, expecting la duduk corner ke arah ZC tuh. Yang selalu orang duk masuk dewan ikut tepi2 tuh. Sekali tuh, rupa-rupanya, kami duduk, memang lah corner of the hall, tapi bahagian Mahallah Abu Bakar! Sabar je lah!
Masa tuh, dah halfway kat main entrance dalam dewan. So, dengan students yang AMAT ramai tu, memang harapanlah nak keluar balik, and masuk ikut pintu tepi dewan menghala Mahallah Abu Bakar tuh!
Nak jadi cerita lagi, terpaksa lah saya dan kawan2 perempuan yang sangat sedikit, dan sangat mencari publisiti nih, meredah brothers2 yang dah duduk kat tempat masing2, dengan yang masuk lambat lain, dengan yang toleh tertengok-tengok lain! Memang malu sangat2! Rasa nak keluar balik and balik bilik, tak nak amik exam pun ada jugak! Tapi memandangkan ni last exam, for this final semester, so sy kuatkan hati dan iman juga.
Saya duduk di mana? Di barisan paling kanan dewan, dan paling dekat dengan PINTU. Memang sentiasa bersedia nak keluar cepat2! Taknak kene rempuh bai! :(
Dapat je kertas mid-sem, dapat pula soalan BANYAK untuk semester ni. Haduih. Dugaan juga semalam ni sebenarnya. Tapi nak wat lagu mana kan. Itulah nama nya UJIAN.
Yang menariknya, saya tak tahu kenapa students yang habis buat exam AWAL ni, bila keluar pintu dewan, SUKALAH untuk MENGHEMPAS pintu SEkuat2 alam tuh. Bukannya tak tahu, yang pintu tepi2 tuh, memang lah sangat 'sensitif', dan kene letak perlahan2, bukannya diLEPASkan! Memang ujian lagi untuk diri ku ini! Meradang betul lah! Dahla duduk tepi pintu, yang tutup pulak, MENGHEMPAS2 pulak! Aisy, sabar je lah!
Saya akui, bukanlah semua. Yang ada tuh, memang siap tutup dengan kemas dan tak berbunyi. Memang sejuk hati kot. Yang tak paham bahasa dan takde sivik ni yang dok HEMPAS2 pintu. Nape? Nak habaq kat satu dewan yang hang dah habis jawab exam dengan JAYANYA awal2 lagi ke? Tolonglah tak perlu! Dan, ini the only situasi yang saya tak pernah alami dengan student Sciences and Medical Health Science. Nak terasa, terasalah!
Memang marah kot. Habis exam, bende tuh saya rungut dulu dengan kawan2. Yang lain sume dok claim soalan susah. Tapi saya cakap pasal hempas pintu ini dulu! :p
Tolonglah nurture kan sivik -minded dalam diri masing2. Instill kan nilai2 murni yang sangat simple, sesimple alam ni. Bukannya budak tadika, budak ASASI kot. Bakal jadi Mahasiswa dan Mahasiswi, tak lama, paling singkat bulan 12 nih! Takkan benda simple ni, nak tulis dalam Rules and Regulations atau Amendment CFS.. Letihla..
Perihal pintu ni, disebabkan saya ni agak 'sensitif' orangnya, saya pernah 'tegur' roommate saya sendiri dulu. Saya memang tak salahkan beliau sebab pintu bilik kami sering 'terhempas' dan agak bergegar lah dinding2 di sekitarnya. Memang pintu itu agak ringan, dan tidak seperti di Mahallah Khadijah yang pintu nya agak 'berat' dan 'tough'. So, disebabkan sakit telinga, dan hempasan pintu itu seolah2 menunjukkan beliau sedang marah, saya tegurlah beliau, supaya memperlahankan sikit 'hempasan' pintu itu. Beliau pun agak terkejut pada mulanya, sebab pintu je kan.. Tapi, dah lama2, beliau dah 'masak' dengan saya. :D Pada mulanya, kena jugalah 'perli2' manja dengan beliau, tapi sekarang dia pulak rindukan saya kat Kuantan. [Ya Allah, perasannya..] :p
Bukan apa, memang nampak simple perihal pintu ni. Mungkin ada yang habaq, "Ya Allah, Anis... Pintu je kot.. Lek la.." Saya paham dan akui. Tapi yang peliknya, anda tak pula mengamalkan menghempas pintu ni, kalau di pejabat2 kerajaan atau kampus kan?
Atau, dah habis interview, pernah ke orang hempas2 pintu nih? Nak kene reject, maka sila lah..
Tak pun, kalau kat rumah, ada baby tidur, pandai pulak jalan dan react macam pencuri masuk rumah. Kalau pijak semut pun tak mati.
Tapi kenapa kalau kat tempat2 umum, especially di DEWAN PEPERIKSAAN, tak boleh nak prektis benda tuh?
Memanglah pelik. Jangan kalut nak fikir bab lain, perihal perjuangan, patriotik lah, jihadlah, kalau human-sense atau sivik minded [selain daripada menghempas pintu] tak dapat nak instill dalam diri.
Muhasabah balik.
p/s: termasuk diri ini..
No comments:
Post a Comment