Sunday, May 6, 2012

Turn to You.




"Alamak rindulah nak balik rumah. Rindu rindu tak kira, nak balik jugak minggu ni!"


Reaksi normal setiap student. Siapa tak rindu family, rumah, negeri dan yang seangkatan dengannya ^___^ 


Yang best, siap rindu bantal, katil kat rumah. Makanan. Haih, ok saya terasa.


Selalunya kalau anak-anak perantauan ni [ceh, Kuantan je pun], students la generally, especially perempuan, mesti rindu kat emak mereka. Oh ibu, rindunya.


Anak lelaki pun tak terkecuali, kot.


Kenapa? Sebab kita kan paling rapat dengan ibu since kecik-kecik dulu kan? Dia mengandungkan kita, mendidik kita [sekarang dah tak menggunakan ayat 'membesarkan'] etc etc. Well, skema jawapan, anda tentukan.


Bila sampai rumah dengan selamatnya [alhamdulillah], mulalah update kat FB, "Home Sweet Home" la. "Rumah Manis Rumah" la. Tak tergambar gembiranya waktu tu kan? Nak nak pula kita bakal berada kat rumah untuk tiga bulan mendatang, sebelum masuk session baru, fuhh~ Memang lupa UIAM sekejap :)


Dan sindrom rumah sakit [Baca : homesick] ni akan menyerang selalunya bila musim exam menjelang. Macam waktu sekarang ni, walhal baru balik dari rumah. Sebab apa?


Stress katanya.


So bila kita stress, tension, tertekan, tekanan, kita selalunya akan fikir dan wondering tentang rumah, means tempat asal kita. kan? ke macam mana?


"Bagusnya kalau aku kat rumah skang. Tak payah fikir program tu berjalan ke tak, tak payah buat assignment, tak payah buat exam etc etc". Fuhh, lajunya ayat2 lepas "kalau" tu kan.


Kita rasa naaaaaaaak sangat pergi to where we come from. Aite? :)


Macam tu juga dengan roh.


"Roh kita asalnya 'dekat' dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing."


Yeah, sebagai contoh macam kita, sesat kat Czech sebab stranded plane. Pergh.


".. sering gelisah dan mahu mendekati dan mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah."


Rasa gelisah yang, undescribeable. Semua serba tak kena, buat ini salah, buat ini tak kena. Emosi pun kadang2 turut serta. Tak stabil memanjang.


Mesti pernah rasa macam ni kan, kalau tak selalu, sekali dua ke? Kita kan manusia, bukannya perfect mana pun, sekadar bermujahadah mengejar kesempurnaan. Supaya mudah menjawab di hadapan yang Maha Esa nanti.


Sambung lagi.. :)


"Bukankah semasa di alam roh, Allah berbicara secara lansung dengan kita dan kita menjawabnya secara lansung dengan Dia? Semakin banyak kita berdosa, meninggalkan solat dan al-Quran, melayan nafsu, dan mengikut jejak langkah syaitan, bererti semakin jauh roh kita mengembara meninggalkan asalnya. Semakin jauh daripada Allah, semakin kehilangan bekal. Semakin rasa susah untuk menghadapi ujianNya."


Itulah yang kita rasa pun, semakin jauh kita dengan family dan rumah kan? Rasa rindu, rasa entah apa-apa, rasa macam nak balik untuk rejuvenate balik segala-galanya, untuk dengar nasihat-nasihat ibu ayah, supaya lebih kuat menghadapi cabaran dunia luar. Itulah bekal kita, umumnya.


Tapi kalau jauh daripada Allah? Bukan ke lebih teruk daripada tu? T_T


Macam mana nak hilangkan rasa gelisah ni? Nak dapatkan 'kekuatan' untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang kita sendiri tak tau apa kesudahannya ni? Macam mana nak rasa positif sambil tersenyum je sentiasa?




"Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati, bahawa dia ingin kembali menemui tuan asalnya. Kepada Tuhannya."






Stay strong :)












P.S Credit to the real inventor of this excerpt. May Allah bless you <3









Tuesday, May 1, 2012

Anak Soleh :)




:)


Lately ni, or to be specific, sejak akhir tahun lepas, saya ada beberapa kali terbaca ucapan seorang ibu kepada anak lelakinya for his birthday.


Whoever he is :)


Kebetulan pula, ibu saya takde account FB. Kalau tak, maka habislah segala ucapan, updates bagai bakal menghinggap wall saya :D


Ok, back to those birthday wishes. Setiap kali baca, TERbaca, saya pulak yang terharu lebih. Terharu yang boleh kepada nangis kalau dilayan. Ok, whatever Anis -_-


Hamdan lillah, penerima ucapan2 ni pula soleh wa musleh belaka :) Maka antara intisari ucapan emak2 mereka of course lah bersyukur sebab dapat anak yang soleh.


Tiba rasa cemburu di hati. Bukan senang nak menjadikan seseorang itu soleh. 


"Alhamdulillah, you have grown into a fine young man. Have a blessed 2* birthday my son. and be always in His tendercare for the rest of your life. Amin."


Sweet kan? Allah. Siap upload gambar hamba Allah ni waktu kecil lagi. Hadoi hadoi :)


Mesti emak dia bersyukur sangat dapat anak macam dia kan?


Sebenarnya, saya tak kenal hamba Allah ni pun. Ok, lepas 2010, saya kenal la :P Yang bestnya, saya kenal mak dia dulu, baru saya kenal anak dia :PP


Auntie, bersyukurlah dapat anak-anak soleh. Kalau nak dibandingkan dengan averaged young man sekarang ni. Wahaiiii. [menangis]










P.S Serius jealous. Macam manalah anak-anak saya nanti? Semoga soleh dan solehah semuanya! Ameen :)

A month after :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah~~~ 

Sangat rejuvenate sejak balik KL Jumaat lepas. Praises be to Allah ^_____^

Tak tahu kenapa sangat happppppyyyyy sebab dapat balik rumah. Mungkin kerana dah lama tak jumpa family, ok nearly a month [je] pun. Macam manalah nak pergi oberc kalau camni ^_^"

Dua minggu sebelum Jumaat yang lepas [eh,camne tu?] dah mula berkira-kira sambil buat financial planning [ok,tipu] nak balik rumah. Dah cari beberapa orang escort untuk naik kereta ke KL. Woah, memang semangat membara. Selepas satu bulan, what do you expect? :)

I expect more! :)

Rasanya macam 'dekat' dengan ibu, adik, ayah semua. Rupanya saya 'berjumpa' mereka via calling2 je -__-"

Rupanya sepanjang saya menghadapi detik 'mengcemaskan' [erk] dalam hidup awal bulan April hari tu, without my family members. Nampak sangat doa mereka Allah makbulkan, ameen alhamdulillah :)

What's with 'a month after'?

A month after March je :) 

After a went-through session, here am I. Homies :)

Dan semalam, was a blessed day. 

Saya dapat permisi keluar outing with my dearest sista. #sukaok

Pergi book fair [though end up with buying nothing]. Tapi suka sangat tengok 'pemandangan buku'. Ok tipu, takdelah best sangat sebab 'meredah' orang ramai. Haisy, dihenyak2 aura gitu :)

Lepas tu ke Mid Valley. Wah, sangat menggamit kenangan gituh :')

Dah lama tak ke Mid Val. MPH pun dah berubah tempat, next, apa lagi nak diubahkan?

But still, MPH best macam dulu! Pengedar buku terbaik, cannot beat ma! :)







Dah berapa tahun duduk KL? Dah berapa kali g Mid Valley?
Baru la ni nak beli San Francisco Coffee [thanks to Aina Shaari sebab recommend a.k.a hasut-cara-baik untuk beli] :P

Was worth it~ Hazelnut Latte, best in town. :)

Harga? Ok, beli sebulan sekali atau setiap kali balik, beli sekali pun dah cukup bersyukur
*peluh kecil*







"Thanks adik, for the day." Relieved.

Adik : "Hehe. So sweet."

Dahulunya, "thanks" macam susah sangat nak cakap. Berat mulut gituh.
Sejak umur 22 ni, makin mudah sikit. Alhamdulillah.

#berubahlebihbaik







Wandering around MPH. Tiba-tiba ternampak buku ni kat rak.

:')

Best novel ever. Teringat kat KUSESS and CFS PJ dulu. ber pass2 buku ni kot.

Gambar cover paling tak menahan. Amik ilham for the future?

#sweetmuch


Alhamdulillah for the day. Rejuvenate. Kerja banyak menanti di Kuantan. 24 days towards finale.








P.S Banyak sangat tempat menggamit kenangan. Stesen Bandar Tasik Selatan. PWTC. Mid Valley. KTM Komuter. Domino's. Allah.


Doa-doa!








Thursday, April 26, 2012

Dreams.

Everyone has their own dream to pursue.

Dreams to catch. Hope. 

But, realization of the dream is not as easy as we think. 

"Relevan tak kalau kita kira dan hitung kejayaan melalui banyaknya pencapaian dalam mengejar impian itu? " - AN.



Everyone has their own definition of success. Shall not belittle other's people perspective of realizing their true success and dreams :)


Semoga syurga Allah itu menjadi highest dream KITA untuk merealisasikannya. Amin :)










"Kejayaan itu berbeza mengikut tafsiran manusia, tapi biarlah apa yg kita dambakan itu adalah yg dpt membantu manusia seramainya. Bersyukur pd yg Esa, kerna memberikan ayah n mak yg plg baik yg pernah kita kenal, tp itu x bermakna bila jatuh bermakna gagal, kerna gagal itu adlah saat kta berhenti berusaha bkn bila menemui cabaran kegagalan. Bittaufiq wannajah."










:')


































P.S and i felt in love again. 







Monday, April 23, 2012

'Insta' :)

Lately ni ramai pulak orang upload gambar via Instagram kat FB.
Haisy, lawa betul. Lepas tu dengan gigihnya, klik la kat gambar yang 'took a picture via Instagram' tu.


Ok, fine. Nak 'usha' gambar kena ada account. Petunjuk pertama.


Klik pulak kat instagram.am, nama website pun dah 'macho' dah.


Ok, kena ada account iTunes pulak. Ok fine, saya tak mampu nak beli waima iPhone, iPad, segala i yang ada T.T


Ok, tengok je la orang 'took a picture via Instagram' tu kan. 


Inilah manusia. Dapat DSLR, nak Instagram pulak. Tapi saya takde kedua-duanya, jangan risau.



Gambar tak boleh nak lawa lagi?











Subhanallah. Awan ini sungguh ....................................




Saya bukanlah pecinta seni yang tegar. Tapi, bolehlah menghargai sikit seni2 bergambar ni. To have a DSLR is on the wishlist, tapi takdelah dying for, lagi at the moment. Saya percaya kalau Allah nak bagi, bila-bila masa boleh jadi rezeki saya untuk dapat ;)

Dah dapat replika, mana tau ada can nak dapat yang real pulak kan? Eheh.

Macam mana nak tau perkara tu lagha ke tak?

"Kalau perkara tu keperluan bukan kehendak. Next, perkara tersebut mendekatkan diri kita dan orang lain dengan Allah. Mestilah tak lagha kan?"

Ada orang tengok gambar pemandangan [saya suka scenery dan awan <3], lepas tu terus ucap "Subhanallah.." sambil memuji nikmatNya, wahaiiii dapat 'saham' sikit weh, insyaAllah.



Siapa tak nak!

Sampai syurga.




Dalam perang Uhud, kaum Muslimin mengalami kerugian peperangan, setelah sebelumnya sempat mengalami kemenangan yang signifikan. Kaum Muslimin kehilangan 70 orang syahid. Di antara mereka adalah Hamzah, yang mana, tubuhnya dipotong menjadi 70 potongan T.T


Dalam keadaan yang sangat sulit, kaum Muslimin harus menggali kubur untuk para syuhada'. Nabi memerintahkan agar setiap dua orang sahabat dikubur dalam satu liang. Mereka tetap melakukan penggalian, walhal mereka amat kepenatan. Mereka berasa sangat sedih sekali, kerana kehilangan saudara mereka yang syahid.


T.T


Ketika penggalian kubur berlansung, tiba-tiba Rasulullah S.A.W meminta agar mereka berhenti melakukan penggalian.


"Mengapa ya Rasulullah? Kami ingin menyelesaikan penguburan ini. Kami ingin pulang ke rumah. Kerana kami sudah penat dan lelah. Mengapa kami harus memberhentikan pengkuburan mereka?". Demikianlah para sahabat bertanya.


Rasulullah S.A.W menjawab, "Carilah dua orang antara korban peperangan ini, Amru bin Jamuh dan Abdullah ibn Haram."


"Mengapa ya Rasulullah?"


Rasulullah menjawab,"Kuburlah mereka berdua di dalam satu lubang. Kerana mereka berdua sewaktu di dunia, saling mengasihi kerana Allah."


[Ibnu Sa'ad, Ath-Thabaqat al-Kubra]




















Sweet much?




Sweet enough. Allahu Rabbi T_________________________T














[Sumber asal : buku Quantum Perubahan/Quantum Change by Amr Khaled. Sumpah best buku ni]

Sunday, April 22, 2012

Makan. Lagi.

"Awat gambaq sama nih?"

Ok. Memang nak cakap pasal ni pun sebenarnya. Tiba2 nak kait dengan entry sebelum, heh whatever.

:D

Secara jujurnya, saya dan family memang mempunyai masalah setiap kali kami datang bersama ke Kuantan. Ye, kuantan, tempat saya belajar ni :P

Masalah apa? Mencari kedai makanan yang err.... sedap.

Or at least, kena dengan selera.

Bukan apa, Kuantan ni jauh dari KL kan. So nak juga bawa family pergi tempat makan yang, well, ada lah attitude Pahang sket.

Tapi traditionally memang tak jumpa lagi. Setakat fusion food je la setakat ni.

So, kalau datang Kuantan, secara tiba-tiba without surveying this district at first, maka saya akan recommend untuk ke dua tempat makan ini ^__^


  1. Lila Wadi Restaurant
Sebenarnya baru kenal restaurant ni semalam. Without my family for sure. Tapi akan bawak dorang ke sini lepas ni, insyaAllah.

Restaurant ni memang lah sangat tidak nampak ye. Anda memerlukan kanta [ceh tipu] untuk mencarinya sebab it is situated in between two big buildings. Eh, big ke?

Jalan ke benteng kat Kuantan tu, yang one way direction. Yes. Daripada traffic light ke Tanjung Lumpur yang ada showroom BMW, ok, go that way ke arah showroom tersebut. Jalan je straight kat situ, and be alert with buildings on your left. Sampai nampak macam gambar ni :)

1st impression : Restoran Arab.

Ok, bukan rupanya.





Apa yang ada kat sini?

Entahlah. Tengok kat menu, banyak menu Thais. Barbecue pun ada [tapi mahal sikit untuk seorang student].

Burger patties dia macam drooling.

Tapi yang mantop, memang mango cheesecake dia weh.

Subhanallah, sedap!

  • Yang kedua, Monrods :D

Ini memang favourite hotspot family. Kat mana? Senang je. Depan Masjid Negeri Pahang kat Kuantan tu :)

Exactly across the road. Anda akan nampak signboard ni.






Apa yang sedap?

Nasi ayam dia. 
Teh tarik yang near perfect rasa dan rupanya! :D
Westen food pun boleh lah tahan.
Then, dorang ada jual ubi or keledek rebus. Air bandung pun ada. Cucur pun ada. 

Bila pergi restoran ni, lupa jap yang saya ada kat Kuantan :P




















Ini gambar mango cheese cake kat Lila Wadi yang sedap tu ;)





Tak kenal maka tak cinta ;)

Hak kamu itu.

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang diantaranya tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman al-Farisi, sahabat baiknya, telah menegurnya dengan sebuah hadis yang bermaksud,

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu, dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Rasulullah S.A.W mendengar ucapan Salman, Baginda berkata, "Benarlah Salman." [Hadis Riwayat Bukhari]


Hadis ini merungkaikan tentang hak. Selalunya bila cakap pasal hak, mesti kita [saya selalunya] cakap pasal tanggungjawab. Hak isteri, hak suami, hak cipta terpelihara, semuanya yang berat-berat belaka.

"Ini hak aku! Aku yang punya!". Ini pun sejenis hak juga -_____-"

Dalam hidup sehari-hari, selalulah nak rasa penat. Pergi kelas, penat. Buat aktiviti sket, penat. Jadi komiti program, penat. Nampak sangat hati tu tak besar *menangis laju*

Bila dah penat, maka semakin susahlah kita nak memenuhkan hak-hak yang lain. Hak-hak yang dimaksudkan dalam hadis kat atas tu, especially!

Kalau kita perasan, semua benda sekeliling kita ada hak masing-masing. 

Dan, kalau kita tak penuhi hak itulah, yang Allah akan tanya pada kat Sana nanti.

T.T

Lately, saya sukar betul nak penuhi hak roommates saya. Aduih.

Memanglah kami bertegur sapa, itu je lah the simplest thing that I can do. Sebelum keluar bilik, jerit nama Aqlili, tengok dia menyahut ke tak. Lepas tu tanya sepatah dua, then keluar.

Pada sebelah malam, tanya Anis Ahmad pasal kelas [both of us je yang sama course dalam bilik kami] [nama pun sama, so kena panggil nama ayah sekali], dia pasti akan  jawab dengan semangatnya. Dah habis tanya, tidur.

Itu yang terjadi, sejak mula bulan April ni. Bulan HECTIC HABES sedunia. Bukan saya je yang terkejar-kejar dengan esaimen etc, orang lain pun.

Tapi, dah lama rasanya tak pergi cafe bersama-sama dengan Aqlili. Rindu nak spend the whole days kat compartment dia. Bawak dia p makan :')

Eh, touching pulak. La ni, dia pulak busy. Busy explorace. Bulan April ni je, dah 3,4 kali g explorace. 

Ok, ini bukan post pasal Aqlili :P

So, roommates itu sendiri ada hak ke atas kita. Saya nak ingatkan diri saya, selalu-selalulah bertanya khabar kat mereka, walaupun dah terang tang tang tang depa tu sihat wal afiat :D

Tanya lah, ada barang keperluan tak cukup ke? Boleh lah kita p beli barang sama2 :)

Jangan lupa roommates anda. Dorang adalah orang YANG PALING DEKAT dengan kita kat kampus ni. Nak harapkan teman baik anda, sah-sah la dorang tu bilik pun lain, level pun lain, blok lain, entah2 mahallah pun lain~ Tapi kalau kawan baik adalah roommate anda sendiri, untunglahhh :)

Bila cakap pasal 'hak', ingatlah yang paling hampir dengan kita. Because we tend to ignore those small, picisan, close and whatever things that nearer to us. Selalu nampak hat besaq, jauh nun tu ja. 

Ingatlah juga, bilik kita mempunyai HAK ke atas kita. Bersih-bersihkan la, jangan nampak serabut sangat aihh.

Jangan luaran tampak hebat, tapi dalam, hampagas -___-
Tak sempurna tak pa, memang lumrah kita. Tapi apa salahnya mengejar kesempurnaan?
:)

Macam amik rotan pukul diri sendiri nampak?




******************************************************






Hak saya juga, untuk menerima teguran daripada orang lain. Untuk terima surat 'cinta' dari orang lain. Hah.

:)







Hak kawan-kawan yang perlu dipenuhi :)









Berebut lah kome!

Saturday, April 21, 2012

amin kan doa saya :)

Pernah tak mengalami situasi di mana, 

anda khusyuk berdoa, untuk diri anda,

disambut dengan "amin amin" oleh orang-orang di hadapan anda? 

:)





Sambil makan pizza pulak tu kan. Pergh. Ha, best kan? :D
















P.S Bestnya join usrah. Anda bila lagi? (^_^v)




#promotehabes!

Friday, April 20, 2012

Lin :)

Rasulullah S.A.W memuji Sayyidina Uthman r.a, seraya berkata, "Sesungguhnya padamu ada dua perkara yang sangat dikasihi Allah; penyantun dan tenang."














***

"Erm, kita nak sangat jadi orang yang lemah lembut." kata F tiba-tiba dalam suatu iftar jama'ie. Kami sedang rancak berta'aruf [buat kali ke berapa entah], sambil beriftar [don't do this at home]. Menunjukkan yang saya bukanlah seorang yang 'rapat' dengan F ni. Tapi, macam BAKAL rapat je, insyaAllah. Sefikrah. SeKEPALA :P

"Erm, kita pun. Macam mana ek?" tanya saya. Lebih fokus pada makanan untuk disuap :P Kami tidak menghiraukan akhawat lain yang hanya makan, sambil memandang kami. 

"Entahlah." jawabnya, seperti dihurung resah, tetiba. 

"Kita nak sangat jadi lembut macam L." kata saya, tiba-tiba disambut gelak perli oleh F. Ceh.

"Itu lembut sangat tuh! Terlebih lembut!". Amboi, rancaknya gelakkan saya.

Itulah. Tak sangka pulak F ni sedar berfikiran macam saya. Telepati pulak kan. Selama ni ingatkan syadid sangat mak cik ni :P

"Kak F garang? err." kata Q, terkezut dengan pernyataan saya. :)


***


Lemah lembut. Tenang. Penyantun. Sabar.


Pakej yang tidak lengkap. Saya takde pakej ni, secara jujurnya [air mata laju] T.T


Dahulunya, semasa 'jahil' dahulu kala, saya sering memandang enteng perkara ni. 


"Oh.. lembap." ujar saya. Angkuh. Semacam tiada iman di hati. Haih, astaghfirullah.


Bukan menghina, jauh sangat mencaci. Tapi contoh orang yang mengamalkan kelembutan penuh ayu dan santun, sangatlah membuatkan saya mempunyai satu impresi yang semacam 'tidak senang' gituh. Menjadi fitnah kepada sifat lemah lembut itu sendiri. Suka suki nak menambah satu lagi kata adjektif [suka hati je!] kat belakang lemah-lembut-_______.


Lembap.


Bukanlah tidak mahu, sangat cemburu, okayh. Saya sangat cemburu sebenarnya. Cemburu kepada mereka yang mempunyai sifat lemah lembut yang mempesonakan ni. Macam saya terpikat dengan kereta Persona Elegance berwarna purple gelap tuu. Eh.


Bukan tak pernah CUBA untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian. Penat. Bila mana mahu mencuba, pasti ada yang tak percaya, lepas tu mula 'buat muka' :P


"Eh, Anis ni kenapa pulak?"


Haha. Ingat lagi kata2 roommate waktu kat CFS dulu. 


Semakin menghadapi hari-hari bahagia [ceh] kat UIAM Kuantan ni, semakin bertambah umur, semakin terpikat dengan antara sifat-sifat Allah yang wajib kita imani dan taat ni ; ar-Rahman dan ar-Rahim. Maha Pemurah dan Maha Pengasih.


Dan, antara status FB [ceh lagi] yang saya NAK sangat post adalah, dengan meminta pandangan sahabat2 on..


"Macam mana nak jadi orang yang lemah lembut?"


-_____-"




Serius. Saya nak sangat tahu. Dalam buku al-Ustaz Edisi Perdana,


"Kelembutan yang terbina dalam hati, bukan lakonan. Akarnya ialah sifat rahmah yang terpasak di hati. Lalu pohon ini subur, terzahir pada tindakannya yang tenang, kata-kata yang halus dan tidak menyakitkan, sedap didengar telinga, enak dijamah hati dan yang paling penting, sifat ini datang dari kehalusan jiwa dan pengabdian diri secara total terhadap Allah."


Tanya kembali pada diri, kenapa berusehe sangat nak jadi lembut ni?


Jawabnya, "Kerana kita ingin merebut kasih dan cinta Allah. Lalu kita BERIKHTIAR dengan izinNya untuk menghiasi diri dengan sifat2 yang disenangi Allah S.W.T."


So sweet :')


Awas! "Setiap manusia harus yakin bahawa tiada kekuatan untuk berakhlak mulia dengan izin Allah."


Kat sini pun ada bagi tips berguna, insyaAllah. :)



  1. Pelajari ilmu al-Quran dan hadis Nabi tentang keutamaan sifat lemah lembut dan penyayang :)
  2. Bersahabat dengan sahabat sahabat yang memiliki sifat tersebut :)
  3. Berkongsilah dengan suami [err] dan anak-anak [err] tentang keazaman kita untuk memperbaik akhlak dan menghiasi diri dengan sifat lemah lembut dan penyayang, supaya mereka boleh mengingatkan kita tentang keazaman tersebut, andai kita terlupa :) *bagi yang bujang trang tang tang macam saya, roommates dan kawan baik boleh jadi kot* :)
  4. Kerapkan muhasarawak diri :)
  5. Berdoa kepada ALLAH agar Dia memimpin kita untuk memiliki akhlak terindah :)

Awak awak dan awak, kalau ada tips2 berguna yang lain, silalah kongsikan yeh! 

Nak jadi lebih lembut. Wishlist ke-3#

Ameen.




Wednesday, April 18, 2012

Bukan bunga biasa-biasa.



Tahun 1976


"Aliya, mohon jumpa saya di warung Haji Sudir. Ada perkara penting mahu saya terangkan."


10 minit. 30 minit. 1 jam. 


Afiq menunggu dengan tabahnya. Namun bayang Aliya tidak menjelma.


Afiq redha.






Tahun 1980-an


"Aliya, saya nampak awak masuk televisyen semalam, menang acara larian. Hebatnya awak, marilah berjumpa! Ada hadiah khas untuk awak."


10 minit. 30 minit. 1 jam.


Aliya tidak memunculkan diri. Afiq berdiri seorang diri, ditemani hujan lebat di bahagian luar bangunan.


Afiq redha.






Tahun 1990-an


Hp Aliya bergetar, petanda satu SMS masuk. Skrin handphone berkelip-kelip.


"Aliya, saya mahu jumpa awak, di kantin. ASAP."


Aliya mengeluh. Lantas meng'delete' SMS tersebut, dan meneruskan langkah menuju ke kelas.


Afiq hanya merenung tingkah Aliya dari jauh. Terkilan.










Tahun 2010


"Haha. Aliya memang milik aku sekarang! Dia nak atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, kalau aku rindu, aku ada gambarnya. Kalau aku rindu gerak-gerinya, aku ada videonya. All thanks to this so-called internet! Live the life without boundaries!"


Afiq ketawa besar di hadapan laptopnya. Puas. Dia tidak perlu makan hati sorang-sorang selepas ni sebab Aliya telah menjadi 'miliknya' tanpa Aliya sedari sendiri.


Afiq yang sedang menuntut jauh di Manchester, sibuk membelek2 gambar Aliya di laman sosial milik Aliya. 


Oh.















Saya yakin semua perempuan tidak mahu menjadi bunga yang 'biasa-biasa'. Yang keindahannya dapat diterokai makhluk Allah yang tidak halal baginya.

Apa bukti kita menjaganya?

Adakah sekadar bertudung litup? Sekadar menegaskan suara? Sekadar 'buat muka' menunjukkan 'tidak suka'?

Susahnya menjadi 'gadis semasa'. 

Tapi jangan dilupakan janji Allah yang Maha Esa.




InsyaAllah ^__^









Gadis semasa = Gadis yang hidup di zaman pertengahan. Macam kita.





P.S Ilham dan idea asal daripada entry kak Umairah Shafie. Saya olah sikit sesuai dengan citarasa SAYA :P ilham sebenar daripada ALLAH jua. 

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...