Sunday, May 6, 2012

Turn to You.




"Alamak rindulah nak balik rumah. Rindu rindu tak kira, nak balik jugak minggu ni!"


Reaksi normal setiap student. Siapa tak rindu family, rumah, negeri dan yang seangkatan dengannya ^___^ 


Yang best, siap rindu bantal, katil kat rumah. Makanan. Haih, ok saya terasa.


Selalunya kalau anak-anak perantauan ni [ceh, Kuantan je pun], students la generally, especially perempuan, mesti rindu kat emak mereka. Oh ibu, rindunya.


Anak lelaki pun tak terkecuali, kot.


Kenapa? Sebab kita kan paling rapat dengan ibu since kecik-kecik dulu kan? Dia mengandungkan kita, mendidik kita [sekarang dah tak menggunakan ayat 'membesarkan'] etc etc. Well, skema jawapan, anda tentukan.


Bila sampai rumah dengan selamatnya [alhamdulillah], mulalah update kat FB, "Home Sweet Home" la. "Rumah Manis Rumah" la. Tak tergambar gembiranya waktu tu kan? Nak nak pula kita bakal berada kat rumah untuk tiga bulan mendatang, sebelum masuk session baru, fuhh~ Memang lupa UIAM sekejap :)


Dan sindrom rumah sakit [Baca : homesick] ni akan menyerang selalunya bila musim exam menjelang. Macam waktu sekarang ni, walhal baru balik dari rumah. Sebab apa?


Stress katanya.


So bila kita stress, tension, tertekan, tekanan, kita selalunya akan fikir dan wondering tentang rumah, means tempat asal kita. kan? ke macam mana?


"Bagusnya kalau aku kat rumah skang. Tak payah fikir program tu berjalan ke tak, tak payah buat assignment, tak payah buat exam etc etc". Fuhh, lajunya ayat2 lepas "kalau" tu kan.


Kita rasa naaaaaaaak sangat pergi to where we come from. Aite? :)


Macam tu juga dengan roh.


"Roh kita asalnya 'dekat' dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing."


Yeah, sebagai contoh macam kita, sesat kat Czech sebab stranded plane. Pergh.


".. sering gelisah dan mahu mendekati dan mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah."


Rasa gelisah yang, undescribeable. Semua serba tak kena, buat ini salah, buat ini tak kena. Emosi pun kadang2 turut serta. Tak stabil memanjang.


Mesti pernah rasa macam ni kan, kalau tak selalu, sekali dua ke? Kita kan manusia, bukannya perfect mana pun, sekadar bermujahadah mengejar kesempurnaan. Supaya mudah menjawab di hadapan yang Maha Esa nanti.


Sambung lagi.. :)


"Bukankah semasa di alam roh, Allah berbicara secara lansung dengan kita dan kita menjawabnya secara lansung dengan Dia? Semakin banyak kita berdosa, meninggalkan solat dan al-Quran, melayan nafsu, dan mengikut jejak langkah syaitan, bererti semakin jauh roh kita mengembara meninggalkan asalnya. Semakin jauh daripada Allah, semakin kehilangan bekal. Semakin rasa susah untuk menghadapi ujianNya."


Itulah yang kita rasa pun, semakin jauh kita dengan family dan rumah kan? Rasa rindu, rasa entah apa-apa, rasa macam nak balik untuk rejuvenate balik segala-galanya, untuk dengar nasihat-nasihat ibu ayah, supaya lebih kuat menghadapi cabaran dunia luar. Itulah bekal kita, umumnya.


Tapi kalau jauh daripada Allah? Bukan ke lebih teruk daripada tu? T_T


Macam mana nak hilangkan rasa gelisah ni? Nak dapatkan 'kekuatan' untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang kita sendiri tak tau apa kesudahannya ni? Macam mana nak rasa positif sambil tersenyum je sentiasa?




"Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati, bahawa dia ingin kembali menemui tuan asalnya. Kepada Tuhannya."






Stay strong :)












P.S Credit to the real inventor of this excerpt. May Allah bless you <3









1 comment:

Afyfa said...

key sentap kat hati I.. hee~
tq anis =)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...