
Malam kat Kuantan sangat best~ Sangat suka menikmati petang dan malam di Kuantan. Lebih indah daripada biasa :)
*eh, ni gambar bulan* :D

Masjid UIA Kuantan. Pada suatu hari,
Kakak senior terhormat : Apa khabar Kuantan? Apa perkembangan terbaru? *tengok gaya soalan pun dah tahu dia daripada kalangan 'terhormat'. Heh.*
Saya : Err.. Biasa-biasa sahaja. Akak tak pernah ke Kuantan?
Kakak senior terhormat : Pernah.
Saya : *memikir perkembangan terbaru cepat2!* Oh ye, masjid dah nak siap. hehe *peluh kecil*
Kakak senior terhormat : Iye? Korang daripada dulu macam tu. Dah nak siap, dah nak siap, tapi tak siap2 jugak. *suara looking down habis*
Saya : Eh tak2. Kali ni mesti siap, sebab kalau tak siap, dorang *kontraktor* akan diblack-list kan dari semua projek kerajaan! *gaya cakap macam YB Kuantan*
Hello. Nampak perkembangan terbaru? Esok nak serah kunci ok. Siapa kata tak siap2? *Grr, marah manja*

Closing CAMPRO '11. Nazrey Johani nyanyi lagu Muslimah, dan 3 lagu lain *eh, 3 ke?*
Puas hati, berbaloi meredah hujan lebat yang sangat amat untuk ke Admin dengan berjalan kaki hey. :)
Assalamualaikum.
Alhamdulillah~ [Mode happy sebab baru balik dr KL] :)
Suka sangat dapat balik rumah kali ni. Alhamdulillah, walaupun cabaran menaiki bas tu tetap ada dan akan sentiasa ada, tapi sangat berpuas hati dapat balik weekend ni, sebelum mengharungi Final Exam Semester 1 2011/2012 yang bakal bermula dua minggu lagi *whoa!*
Biasalah, dalam pada kita bersuka-sukaan, mestilah ada perkara yang kita korbankan. Balik kali ni menunjukkan saya tak buka lansung notes, walaupun saya bawak je [just in case] untuk dibaca dalam bas, tetapi kebiasaan saya yang tak-boleh-membaca-dalam-kenderaan menyebabkan azam yang tulus, menjadi terbantut =.=
Saya pun terlepas satu program. Program yang sepatutnya saya pergi, tapi tak pergi. *peluh besar menitik*
Balik ke KL kali ni, buat pertama kalinya saya menaiki bas yang sangat cantik, dan dua tingkat. Walaupun nama bas nya agak pelik, iaitu Durian Burung [????]. Tapi kan, dah bagi impression yang hmmph, waktu nak naik pertama kali ni. Bas yang kononnya akan bertolak pukul 2.30 petang, menjadi pukul 3 petang. Dan yang paling best, walaupun saya dapat single seat yang diidamkan, dan dapat bahagian atas, depan sekali pulak tu [dah macam co-pilot gamaknya], saya merupakan the only penumpang perempuan yang menaiki bas tu sehingga ke stesen Pekeliling. Ya...... Sangat terbaik di situ T.T
Sudahlah lambat bertolak, sebelum bertolak lagi, tiba-tiba t.v LG diturunkan di sebelah seat saya T.T ok fine, bas ni ada sediakan cerita, movie kot. Tetapi ceritanya, alahai, James Bond. Boleh? T.T
Cuak saya dibuatnya. Faham-fahamlah cerita James Bond 007 ni macam mana. Sudahlah semuanya penumpang lelaki [walaupun tak penuh seat bahagian atas tu], tapi si driver tu terlupa agaknya ada seorang hamba Allah yang solehah [amin] kat bahagian atas bas tu, SORANG-SORANG. Lainlah kalau saya berteman, nak buka cerita apa, bukalah.
*Mengharap cerita KCB memang tidaklah wahai Anis T.T*
Terpaksalah saya mematikan diri di hujung bahagian depan bas tu. Mujurlah seatnya besar, hanya nampak hujung kepala saya mungkin, sebabnya tidak mahu nampak seolah-olah saya pun turut serta mengikuti movie 007 tu. Kononnya saya tidurlah. Walhal, fikiran dan mata saya menerewang di luar tingkap, yang hujan lebat dan sejuk. Dalam hati tak henti2 berdoa supaya TAKDE perkara yang TIDAK diingini berlaku. nauzubillah min zalik!
Sampai je Plaza Tol Gombak [yang nampak bangunan KICT yang tersergam indah tu :)], saya terus bangun. Tangan dah mengusap beg, menandakan tak sabar2 nak keluar daripada bas. Hm.
Alhamdulillah juga, balik kali ni dapat bertemu muka dengan mak saudara yang tak berapa nak sihat, rupa-rupanya baru balik chemotherapy kat Hospital. Nasib ibu terus bawak saya dari tren Ampang ke rumahnya di Ampang. Walaupun begitu, masih gigih nak masakkan kami mi goreng air tangannya. haisy, sweet sungguh! :)
Hari Sabtu pula, masa dihabiskan dengan melawat adik saya di KMS Banting. Sebulan weh tak jumpa. Rindu banget :) Sudahlah dapat empat rata final exam semester satu matrikulasi hari tu. sungguh bangga dapat adik yang tabah dan cekal macam dia. proud of you! :)
Begitulah kehidupan, setiap masa diuji. Kalau diuji dengan nikmat, pada masa yang sama, ada ujian yang sukar menanti.
Kalau ada yang sweet2, maksudnya, ada lah yang bakal dikorbankan tak lama lagi :)
Saya mungkin happy weekend ni, tapi tak lama lagi saya akan mengharungi Final Exam. Phew.
alhamdulillah 'ala kulli hal :)

Dua orang adik.

Bersama ibu dan adik. Dua orang yang PALING mengenali saya di dunia ini. Segala isi hati, rahsia, etc etc tercurah kat dua orang manusia ini. Haisy :))
*kacang pis*
No comments:
Post a Comment