Friday, December 23, 2011

End of classes.. *sad*

Assalamualaikum.

Hari ni, pengakhiran segala kelas untuk semester ni. Sangat-sangat terasa okay.


Especially kelas UNGS. Alamak [dengan nada Ustaz Razak], habis dah 2040. Kalau diikutkan study plan saya, UNGS 2050K bakal diambil pada Semester Ke-2, FOURTH YEAR nanti. *Aigoo*


Tak tahu kenapa tak berderet terus. Nak tunggu time tu, banyak perkara boleh jadi. Kalau boleh nak belajar under Ustaz Razak lagi. Tapi kalau nak tunggu 3 tahun lagi tu, boleh je jadi dia further study lagi, ke tukar kampus ke. Alamak, tak nak tak nak! -______-


Subhanallah. Saya dapat rasakan UNGS merupakan subjek yang terBEST, terBAIK, terRELAX, terMOTIVATED pernah saya masuk :) Bukanlah subjek lain tidak ada ibrahnya, masing2 dengan ibrah masing2, yang cool dan osem belaka! :) Tapi, kelas UNGS memang really made my mind. Tak tahulah kalau orang ada suka tuang/skip kelas UNGS. Allahu Rabbi, best kot kelas ni!


Mungkin saya lebih bersemangat nak belajar UNGS, bila ditaklifkan untuk menjaga exam under IRK division last year. Iyelah, waktu tu tak masuk main campus lagi. Bila nampak kawan-kawan jawab kertas UNGS *saya suka part ni! suka sangat tengok kawan amik exam. once a lifetime punya experience! :P* rasa sangat bersemangat nak belajar subjek ni. Waima belajar dengan Ustazah Zakiah sekalipun, beliau lagi banyak ilmu kot. Cara pengajaran mungkin berbeza, kita sebagai penuntut lah kena 'masuk' dengan cara pengajaran lecturer subjek tertentu ni kan? :)


Tadi, seawal 8.35 pagi dah berada di kelas. Kelas bermula pukul 9 pagi. Tapi, hanya saya berdua dengan F. Hati rasa cuak jugaklah, kelas cancelled ke? Inilah kekurangan kalau info disalurkan via FB semata, tiada mesej berantai -__-


Calling punya calling, rupanya kelas tetap ada, cuma student pakat naik bas pukul 9. Pulak depa nih -__-


Selalunya, setiap kali kelas UNGS hari Jumaat, tangan ni akan gatal nak buat selingan nota UNGS dengan Anatomy. Masakan tidak [wah ayat], subjek Anatomy exactly lepas UNGS kot. Ok, akan diceritakan berkisar Anatomy selepas ni :)


Tadi, kitorang belajar sub-chapter terakhir, pasal Islam Hadhari dan Islamization of Knowledge. Rasa-rasanya lah kan, kalau belajar chapter ni dengan orang yang 'biasa-biasa', mesti asyik nak menguap kan? Bukan bukan, don't get me wrong, bukan sebab Islam atau apa, tapi sebabnya boleh tengok kat slides mengenai sub-chap ni. Semuanya ayat belaka. 


Tapi, sebab belajar dengan Ustaz Razak [habislah kalau dia baca entri ni, asyik kena puji je :)] belajar jadi terbuka minda. Selalunya bila sebut Islam Hadhari, kita mesti terfikir POLITIK. Beliau sendiri pun akui benda tu, tapi dari kelas tadi, beliau bawakan maksud Islam Hadhari tu sendiri, dan meminta kami belajar without any influences of politics and such.


Nak-nak pula, saya tahu ini kelas terakhir beliau bersama kami, saya. Lagilah tak nak miss any words from him kan? [eh, dah macam apa pula. baca dengan fahaman yang betul ye]


Again, before we ended our class with him, beliau ada minta maaf kat kitorang [what's with lecturer kat uia ni? minta maaf kat student ok. student? *tampar*]. 


Lepastu, dia ada satu wasiyyah [suka hati eja macam tu, baca : wasiat]

"Please have the culture of learning."

Sentaps.

Sentap yang tidak menimbulkan kemarahan nor kebencian. Just, sentap with myself. Sudah-sudahlah belajar sebab nak exam, nak score exam, nak grad 1st class degree. Hello, kalau belajar sebab exam, setakat ni takdelah score mana pun -___- *nangis*

Mungkin kena start try tukar niat, belajar sebab ilmu tu sendiri. Sebab nak mendalami ilmu Allah.

Ya muqallib al-qulub T.T tetapkan hati tetapkan niat. peluh besar menitis.

Kelas Anatomy bermula 10.30, tapi kelas UNGS habis pukul 10.20. So, saya tak sempat jumpa beliau personally nak minta maaf etc etc. InsyaAllah, waktu exam UNGS nanti, saya nak jumpa personally, doakan!

P.S : Lagi terharu sebab dia antara lecturer yang kenal nama saya, dan panggil saya Naazira. Eh, sukalah! ^__^


Oh, Anatomy!


Hari ni juga kelas terakhir untuk Anatomy. Faham-faham ajelah bila nak kelas Anatomy yang sekali seminggu ni, wahaiiii~ Semua pakat baca buku dan REVISE malam sebelum hari Jumaat, yakni, malam Jumaat, boleh?


Seriusssss~ Gaya budak Biomedic 2nd year bagai nak kuiz je tiap-tiap hari Jumaat :)


Mula-mula kan, rasa macam "urghh." pun ada tau. Serius, tak tipu. Masakan tidak [lagi], Anatomy kot. Cuba tanya mana2 student, course apa sekalipun yang amik subjek ni. Mesti dorang cakap,


Anatomy = Hafaz/Hafal

Dan, kalau hafal ayat al-Quran, boleh berlapang dada lagi. Tapi ini? setiap inci kat badan awak tu. Iye, badan awak tu. Kalau saya budak medic, lagilah. Cara nak buat incision [baca : potong time surgery] pun kena hafal tahu? bukan main potong je. Untunglah incision tu just 'nice to know' untuk student biomedic :)

Ok, enough with that.

Ini merupakan semester kedua berAnatomy. Kalau dulu2, before belajar subjek ni, dengar je, dah macam "Wahaiii. kelas gitu. dah macam Grey's Anatomy pun hado."

Itu dulu.

Kebetulan pula, untuk kedua-dua level anatomy, saya belajar dengan lecturer yang sama untuk separuh masa pertama [baca : silibus sebelum mid sem]

Miss A. [nama penuh terpaksa dirahsiakan :)]

Dulu-dulu waktu belajar dengan beliau, macam perghhh. Setiap kali kelas, dia akan cakapppppppppppppp je. Kita yang mendengar, macam kena berdas-das peluru. End of slides, akan ada kuiz. Kalau kuiz jenis, tulis jawapan kat kertas kajang pastu hantar and dia check and bagi mark, takpe. Ini, dia akan tunjuk siapa-siapa dia nak, jawab on the spot, pakai microphone. Belajar kat audi ok people, bukan kelas2 tutor. Lagi best kalau kena soalan bab melukis. Haaa, Anatomy juga sangat TERKAIT dengan lukisan. MESTI ada lukisan. tapi lukis cell atau tissues [histo] atau process by process, adalah! Dalam exam pun hado. jangan risau! :)

Lepas mid sem, kitorang dapat lecturer Kuliyyah of Dentistry, foreigner. Pergh, best sangat belajar dengan beliau. Laju pun laju je. Tapi, dia sangat explain! Waktu belajar dengan lecturer ni, seorang doctor, memang sangat mencintai Anatomy la. Alhamdulillah, Anatomy I memang menyelamatkan CGPA :)

Lepas mid sem untuk Anatomy II, kami pun dapat lecturer lain dan bukan Miss A lagi. Kali ni bukan lecturer KOD tu, tapi dengar kata, Head of Department baru untuk Biomedic.

Dr. M

[bukan Dr. Mahathir ye :)]

Ingatkan, sekufu dengan Dr. KOD tadi. Rupanya wahaiiiiiiii.

Lagi strict dari Miss A. Beliau lah yang membuatkan kami study before masuk class. Memang terbaik! 2 chapter besar belajar dengan beliau, memang CUKUP terasa kesannya.

Dalam kelas, before start belajar, dia akan menyoal tentang chapter last week. Dia akan baca nama, suruh explain. Ataupun, dia akan tunjuk mana-mana yang dia suka. Dan, dia nak, bangun, terus ke mic dan cakap. Tak boleh berlengah-lengah. Tak boleh tanya kawan. Haa.

Kalau tak dapat jawab, berdiri. Yeah, sangat mengingatkan zaman sekolah menengah RENDAH.

Mula-mula, rasa tense itu diakui ada. Tapi bila dah lama-lama, rasa sangat bagus beliau buat macam tu. Nak-nak pula beliau ingatkan yang dia saja buat 
macam tu supaya student dia sentiasa bersedia, dan belajar sebab ILMU dan bukan kerana EXAM.

A'ah la. Semester dua ni banyak lecturer ingatkan supaya study sebab ilmu dan bukan exam. Yeah, makin matang :)

Dan, tibanya hari ni. Minggu lepas, dia ada ingatkan kami untuk study bab Eye and Ear, dan study balik bab Nervous System. Dia nak menyoal habis-habisan katanya untuk minggu ni.

Pagi tadi, diri ini dah mula cuak. Sebab tak habis study lagi untuk SEMUANYA. Mentang-mentanglah ada lab test untuk Biochem hari semalam -__-

Waktu kelas UNGS dah la touching. Tak dan [baca : tak sempat] nak baca Anatomy pula. Akhirnya berjalan ke KAHS dengan selamba, tanpa menyelak Anatomy pun -__-


Rupa-rupanya, hari ni dia tak tanya APA pun, just habiskan silibus mengenai histological technique. 

Allahu akbar! Happy tak terkigha! :))

She did the same things, dia minta maaf kat kitorang *sob sob*. Alahai sedih tau. Walhal, kitorang lah yang SEPATUTNYA minta maaf kat dia T.T

Lepas sign attendance, saya salam beliau. Lepas tu kan, dia cakap, "all the best for your final exam. do your best ok!"

TERHARUuuuuuuu~ T.T

Rupanya kan, dia sangat sweet bila tengok dengan jarak dekat. Muka dia macam adik ehem ehem! :P

Itulah pengakhiran kelas saya. Sedih+touched+sobs semua ada. 


Apa ibrah daripada dua kelas saya ni?


Saya faham level culture of learning orang Melayu memang sangat ......
Dan, mengikut sejarah sebelum-sebelum ni, kejayaan datang dengan niat yang tulus mulus, iaitu kerana Allah.


Hari tu, pergi forum yang ada akak medic distinction dalam end-of-block punya exam pun, dia cakap benda yang sama. Belajar kerana Allah. Bukan kerana exam apatah lagi nak menunjuk-nunjuk. Belajar kerana exam? Hello, setiap masa kita diexamine apa? Kiri dan kanan kita ni, kan ada 'pemerhati'. Pencatit lagi. Bukan sekadar memerhati.


Kalau lihat sekitar kita, wahaiii. Cukup selesa. Ustaz Razak ada cakap, ulama' dulu-dulu, nak belajar malam-malam guna oil lamp kot. Bukan oil lamp zaman modenistik ni. Kena ambil lemak [unta atau lembu, tak sure] lepas tu bakar. something like that, nak tunjuk, betapa susahnya nak belajar zaman dulu.


Tapi, itulah yang berkat. sebab SUSAH. itu yang pandai segala macam bidang tu. dia lah doktor, dia juga musician/astronomer/ahli ekonomi/mathematician etc etc


pergh.




Seperti post saya sebelum ni, memang bila nak habis sem je, baru sedar semuanya! Rupa-rupanya, lecturer kita ambil berat kat kita. Betullah, lecturer mana nak anak murid dia fail kan? T.T

Oh, Anis, sila appreciate apa yang anda belajar ye. Next semester, jangan main-main *walhal tak main mana pun -__-* ok! :)

Kamu kamu yang baca ni, doakan kejayaan saya untuk final exam menjelang ni~~~ semoga Anis berjaya dunia dan akhirat, ameen~






P.S : post ni lebih kepada nak mengingatkan diri sendiri. :)


Barakallahu lakum.

Kacang Pecan.



No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...