Assalamualaikum..
Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk ke KL bagi melepaskan lelah *ceh, lelah lah sangat* dan juga menziarahi sahabat2.
"Mantapnya datang uia semata2 ziarah schoolmate."
Hello, tak boleh ke? Biarlah. Dah ada masa free, plus nak g library pinjam buku UNGS sekali :P
Eh. macam dia baca je blog ni :D
Ignore.
Sepanjang perjalanan sorang-sorang tu seboleh-bolehnya saya tak spend masa doing nothing. Kalau benar termenung, biarlah 'berisi'. Biarlah pandang tu, ambil ibrah nya sekali. Kalau tidur pun, biarlah sekadar melepas kan lelah. Bukan hentam tidur dalam bas macam nak qada' tidur je. Itu usaha saya, insyaAllah.
The best part is, both of my journey dalam bas, tak dapat single seat, yang menyebabkan saya beli tiket untuk satu seat yang duduk berdua. Eh. Kira nya normal couch la.
Dan yang paling tak tahan, both back and forth journey, saya duduk sebelah lelaki. Alahai. Sabar je la. Nasib baik kedua-duanya nampak baik, maklumlah sudah berumur pun. Journey pergi KL seorang lelaki Cina yang nampak bekerjaya yang busy *ceh*. Balik Kuantan pula, lelaki Melayu, pak cik to be certain. Macam datuk pun ada. Macam mana saya tahu? Sebab anak lelaki dia yang hantar naik bus tu. Eheh.
Bukan itu motif sebenar entry ni. Tapi, throughout my journey, alhamdulillah banyak juga ibrah yang dipelajari. Macam tak sia-sia pula spend masa 3 hari journey sorang-sorang. Hehe.
Masa pergi tu, saya ambil bas pukul 5 petang. Alhamdulillah sampai KL pukul 8 lebih. Biasalah naik Bulan Restu, 3 jam setengah sahaja :) Tiba-tiba, saya stunted dengan kaedah beli tiket yang baru untuk naik tren LRT. Sekarang pakai token/coin ok. Paling best, dah takde dah sistem beli manually kat kaunter. Semua kena beli via vending machine yang menyebabkan orang SESAK nak membeli token. Tapi kalau setakat sesak je takpe, tapi saya kesian pulak tengok orang yang tak biasa beli ikut machine. Jujurnya, ini kali kedua bagi saya pun. Sebab dulu pernah terdesak kena beli tiket di mesin sebab kaunter penuh menggi**.
Saya tak kisah dan hairan kalau konsumer adalah terdiri daripada remaja belia yang mempunyai darah muda lagi hangat untuk sentiasa bersemangat nak try benda2 baru ni. Tapi saya kesian kat golongan tak berapa muda yang mungkin bukan berasal dari KL atau sekitarnya, yang mungkin juga hanya naik tren sekali dua je dalam masa setahun, atau mungkin juga first time.
=.=
Bukan nak riya', saya sendiri pun jarang menggunakan tren, sebab suka lagi nak menyesakkan jalan raya. Tapi bayangkanlah keadaan mereka yang dah lah tak tahu jalan. Jalan pun tak tau, apatah lagi nak hafal route2 jalan via tren. Saya memang selalu menggunakan Kelana Jaya Line atau Ampang route. Hadoi.
Sewaktu on my way pulang ke kuantan, saya 'berjumpa' lagi dengan mesin-mesin canggih keluar token ni. Dan seperti biasa, tak semua orang dengan handalnya beli token ni. *maka digalakkan kepada orang ramai utk beli kad Touch n Go kot. Better* saya didatangi dengan seorang pak cik, yang nampak macam usia emas sebelum pencen *eh* dengan seorang perempuan bertudung, dan mengandung. sarat juga nampaknya. dia bertanya kepada saya, "Anak, pak cik nak ke KLCC, macam mana ye?"
Saya jadi serba salah. Sudahlah tak beli tiket balik lagi. Time waits for no man. Tengok jam dah pukul 2 lebih. Tapi bila saya cuba meletakkan diri saya kat tempat pak cik tu, saya rasa kesian sangat2. Pak cik tu nampak tulus orangnya, dan mungkin bukan tinggal kat area KL tu. Dan saya rasa kalau dia tanya anak muda lain, tak semua boleh provide him better information. *Dahlah kaunter info pun takde, haisy!*
Di hadapan saya pula seorang auntie berbangsa India dok speaking tanya JPN kat area PJ. Hatni saya memang surrender, sebab saya pun tak pintar sangat area PJ tu -_-
Sekarang mungkin sistem coin, esok lusa, tahun depan? Entah-entah semua bertukar lebih canggih. setiap kali balik KL, dah tak cam semua jalan. aigoo.
Itu yang berada di stesen. Semasa saya otw ke Masjid Jamek, ada satu lagi yang mencuri pandangan. Kebetulan dari arah stesen paling akhir iaitu terminal putra, maka tren pun kosong. tak ramai orang pun. tiba di satu stesen, ada sebuah keluarga, anak semua lelaki, masih kecil masuk ke dalam perut tren.
ayah dan ibu mereka, kurang penglihatan.
tersentap hati. bukan apa, tetapi saya bandingkan diri saya dengan mereka, saya rasa bersyukur sangat. dalam pada masa yang sama, cuba meletakkan diri dalam situasi mereka, rasanya tak mampu untuk saya meneruskan kehidupan normal, seperti menaiki tren. mungkin duduk di rumah sahaja. kuat dan tekad sungguh hati mereka :')
banyak sangat. pengalaman. betullah kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan :)
best kalau dapat journey as backpackers. mesti lagi best :) boleh tengok sikap orang, pastu amik ibrah. bukan MENGEJI ye :)
mula-mula rasa macam, "buat apalah aku g sorang2 ni. membazir duit je!". tapi, perancangan Allah itu berhikmah. i spend my time and days alone kot. bayangkan, duduk di gombak, alone? duduk di library, alone? tanpa ada orang kenal kita. tapi kita KENAL orang. bukan orang tak kenal, tapi orang macam ingat2 lupa. heh. wow, best woh~
P.S : Allah tetap hijab dari berjumpa. sebelum waktunya :)

Cik H. Dah lama tak jumpa hamba Allah ni, last time was on my Raya visit to our Madam house. And also her house :D
So bayangkan, 3 months kot! Hello, lama ok.
Kat mana gambar ni diambil? kat Legal Unit IIUM. Cik H lepas baru bayar saman :P
Maryam Kirana on the scene. First time saya teman budak Archi pergi library. Lepas tu dia minta idea saya *IDEA SAYA OK?* untuk design concept nya. Best part is, dia minta saya bagi idea berdasarkan ayat2 or surah dalam al-Quran. and we managed to come out with various surahs and ayahs :) good luck sis :)
No comments:
Post a Comment