Friday, December 23, 2011

Bukan setakat raising and feeding :)



Assalamualaikum :)


"Ibu, akak rasa sakit bahagian sini dan sini. Betul ke takde pape?"

"Takde. Memang macam tu kadang2."

Lega.


"Ibu, kalau susu serbuk ni keras boleh guna lagi ke?"

"Laa... masuk angin la tu. Tak yah guna la. Beli lain je. Nanti meragam pulak perut tu."

Ok.


"Akak, jaga diri. Belajar rajin-rajin. Biar pandai. Kalau dia *koff koff* je pandai, mana boleh!"

"Erk. ok."


"Akak mana boleh cat macam tu je. Kena letak base coat putih dulu, kalau tak, bercapuk nanti."

"Errr. ok."


:)

Tersenyum saya waktu nak tulis entry ni. Especially, antara respon dan reaksi ibu saya kat atas ni ^___^"

Ibu saya pernah cakap kat saya, suatu ketika.

"Jadi mak ni bukan takat bagi makan, pakai je. Tapi kena tahu macam2 ilmu. Maksudnya, bukan jadi ibu je, jadi doktor, jadi tukang masak, jadi tukang baiki rumah, jadi kaunselor. Semuanyalah!"

Betul jugak bila difikirkan balik.

Mengikut respon saya kat atas ni. Kalau ada apa-apa je berlaku kat saya, ibu saya adalah orang pertama yang saya rujuk. Waima nak masak, apatah lagi nak makan. Kalau sakit-sakit jangan cakaplah. Konfem. Saya tak tanya doktor terus pun.

Yang peliknya, walaupun ibu hanya duduk di rumah, ibu mampu menjawab 98% soalan-soalan cepugangsa saya tu :)

Itulah yang dinamakan, ilmu rumahtangga mungkin, yang sebilangan besar ibu-ibu muda zaman kini, kekurangannya.

mungkin juga belajar dari pengalaman. hehe. dan ibu pula takde pun cakap,"eh, manalah ibu tahu, ingat ibu ni doktor ke hape?" pun. dia jawab je. :')


tapi kalau saya tanya soalan merepek, dapatlah padahnya :D

Jadi ibu, isteri ni bukan setakat persiapan 'fizikal' je. Sebab tu bab kerohanian penting juga. ilmu di dada kena mantap, untuk menepis, menjawab soalan anak2 ni, anak macam saya ni :)

Ada yang anak ramai, tapi tak terjaga? Kenapa?

Memanglah Nabi menggalakkan untuk meramaikan umat, tapi kita kan umat terbaik. Umat terbaik mementingkan quality berbanding quantity. Kalau anak ramai, pastikan semuanya terjaga, terdidik akhlak.




Itulah antara yang saya dapat. Panjang lagi kalau nak berdebat. Sebenarnya teringat kat rumah pun iye jugak ni :') aisy, rindu ibu :')

Semua sahabat pelik saya tak balik minggu ni, walhal exam 4hb kot start. -__-

Takpelah, insyaAllah kuatkan diri bertapa kat UIAM ni :)


2 comments:

zaharah said...

saya pun tak balik awak..haha, yup, mak memang hebat kan? tepuk tangan kuat-kuat untuk mak masing-masing. :D
insyaAllah anis kuat, bak kate madam be strong for our loves.

A.N said...

itulah. tepuk tangan utk mak-mak di muka bumi ni :D

takpe2. 2 weeks to go! fighting! :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...