
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, wa syukr lillah! Dapat juga solat tarawih malam pertama semalam, untuk tahun ni. Rasa tersentuh sangat, bila dengar bilal baca bacaan2 nih :')



:)
Alhamdulillah.
Walaupun agak 'lemah' kebelakangan ni, tapi digagahkan jua kaki ni melangkah ke rumah Allah. Sudah lama jugak rasanya tak berpuasa hari pertama di rumah. sampaikan keluar jugaklah satu soalan yang menyebabkan ibu ketawa pada waktu sahur tadi :)
"Ibu, kuih raya bukan buat sekarang kan?"
T_T sadis betul bunyi soalan.
saya pun tak tau kenapa saya tanya soalan cepuperak tu. mungkin sebab sejak minggu lepas, bila pergi *shopping* barang dapur je, mesti nampak lambakan kuih raya. itu di hypermarket, belum kat Jalan TAR lagi kot =.="
semalam juga, sepupu dan emak saudara singgah lunch di rumah, membawa anak2 saudara bertemu mak cik _____ [dirahsiakan nama panggilan] nya di rumah ni. riang sikit hati ni, tengok muka suci budak2 :)
:) *smile lagi*
Semalam jugak, sementelah balik dari terawikh, handphone yang susah-sangat-mesej-nak-masuk, tiba2 berlagu ceria dengan bunyi mesej. menandakan mesej masuk. so sweet sangat sahabat2 saya nih. nak nangis terharu :') semuanya wish Ramadhan, mata pun naik sejuk je baca. sweet sangat! dah rasa macam birthday girl je semalam. ada yang wish secara bulk *kot :P*, yang paling best, ada wish dengan bagi hadis, peringatan, ayat2 al Qur'an. mantop lagi, siap wish personally, ada nama saya siap! alalalala so sweet :)
tak lupa juga, ada yang tetiba wish siap bersuami, beranak2 bagai. ehem. tak pernah dapat kad jemputan apatah lagi makan nasik minyak, alih2 ada title kat belakang. hehe. fenomena biasa, esp bila nak raya nanti, tengoklah! :)
bukak FB pun, semua pakat tukar profile pic. kalau selama ni gambar profile, gambar tangkap sorang2 :P, nak Ramadhan punya pasal, tukar. iyelah, mana la tau kerana gambar kita, orang lain 'merana' kan? :) status lagi terbaik. semuanya positif. alhamdulillah, memang best lah! inilah penangan ramadhan :)
sekarang pukul 3 petang. saya pasti, kat bahagian bazar mesti dah bertungkus lumus nak bukak gerai masing2. petang nanti, serbu bazar. yang saya selalu beli kalau ke bazar ramadhan,

roti bom. pergh. scrumptious :)

kuih muih. erm, karipap semestinya ^^ tapi jarang beli, selalunya buat sendiri. lagi puas hati ^__^"

air tebu. ni rumate saya pun tau :P
seronok kan? hehe.
alhamdulillah untuk semuanya. insyaAllah lepas asar, dah mula lah misi kerja2 penting di dapur.
to all Ramadhan kareem again!
jangan lepaskan peluang keemasan beribadah ni. because we never know if this is our last Ramadhan :')
p/s : tak makan seharian dan berpuasa lain kan? cuba bandingkan, tak makan dari pagi sampai maghrib, dan berniat+sahur pastu tak makan, tahan nafsu etc. perasan tak, Allah bagi kekuatan dalaman kepada orang yang berpuasa? ^___^
kesukaan satu family. :D
No comments:
Post a Comment