Sunday, August 14, 2011

Financial controller :)

Assalamualaikum.

Macam mana Ramadhan kita? Semakin melepek sebab makin tak cukup tenaga? Berapa kilo berat turun? Berapa juz dah hafal?

Haaa.... seperti biasalah orang melayu kita. jawab dalam hati je ye!- Ust. Hasrizal :D

Semoga kita [esp yang khusyuk menaip nih] selalu bermuhasabah la tahap iman kita ye.

Ok done.

Tengok tajuk. Macam tak sesuai je untuk si Tuan Rumah ni nak cakap pasal benda ni kan? hehe.

al-maklumlah, sejak menjadi suri kat rumah ni [bukan suri rumahtangga], saya semakin sensitif, peka, dan segalanya yang berlawanan dengan chillax, cool, tentang perkara dan benda yang semakin menjadi KEUTAMAAN kat dunia akhir zaman ni.

Duit.

Mana taknya, semakin hari, harga ayam makin naik. Nak nak bila tyme cuti nih. Raya toksah habaqlah. Memang konfem naik, kalau takde pantauan dari pihak terbabit.

Segalanya bermula bila menjelang Ramadhan ni. Semakin kerap jugaklah saya dan ibu ke hypermarket2 berdekatan rumah untuk shopping lauk pauk, barang runcit and barang dapur. households. Nak dijadikan cerita, weekday yang lepas, saya ke satu hypermarket terkemukasss nih. C [agak2 boleh teka tak? :P]

kami memang jarang jugaklah ke C nih. agak2 kalau terdesak, dan nak KESELESAAN, baru pergi. kalau tak, memang tak pergi.

kebetulan, kami selalu pergi yang branch Ampang punya. kali ni, nak try kat branch Bandar Tun Hussein Onn punya. lagi dekat dengan rumah. plus, agak baru jugaklah. bolehlah.

ok fine, kami p lah. ibu dengan harapan yang menggunung supaya harga yang bakal dipertontonkan sama macam kat iklan dalam sok kabar.

apa lagi, bila bab2 comparing ni, mestilah harga ayam :P

sekali. hamek hang! harga dah la tak sama, mahai pulak tuh.

mahal daripada kebiasaan? susah lah nak consider kan. kami bukannya SENANG sangat pun.







yang bestnya, tempat bahan2 basah ni nun jauh kat sebelah sana, jauh dr entrance, tapi dekat betul dgn Cashier. so, sebelum sampai ke tempat ayam ikan ni, banyaklah jugak barang dalam basket boleh gerak nih. tapi melihatkan harga lauk macam 'mahal beno', maka terpaksalah kami membuang harapan jauh2 untuk membeli lauk pauk kat sini. setakat barang runcit ja =.=

and lepas tu, kami terus p hypermarket E, yang menjadi kebiasaan membeli lauk.

see? satu period yang sama, tapi 2 tempat sekaligus!

alhamdulillah hypermarket E ni berdekatan jugaklah dengan hypermarket C tadi nih.

(Bandar Tun Hussein Onn ada semua hypermarket. Jusco, Carrefour, Econsave, Giant, MyMydin, name it! Tesco dgn Cold Storage je takde!)


alhamdulillah again, kami membeli barang2 lain sepenuhnya kat E. jauh lebihhhhh murah!


Atas faktor apa?

Dulu waktu tak berapa nak sensitif bab kewangan ni, saya selalu terfikir, kenapa agaknya ada tempat murah, ada tempat mahal? dan saya juga pernah menyuarakan soalan ni kepada ibu.

Ibu cakap, tengok lokasi, strategik. Pastu tengok pulak depa dok iklankan barang2 tu, ingat free ka [tu ayat tambahan saya :P] pastu saingan dengan supermarket lain, then yang orang selalu tak pasan, KESELESAAN yang di providekan [ya Allah bahasa].

yep. keselesaan. perlu ke saya bandingkan hypermarket E dengan C? ternyata, jelas lagi nyata, C jauhhhhhh lagi selesa berbanding E.

semua asbab yang ibu saya detail kan tu, applied. C memang lagi selesa dari E. orang2 yang pergi C semua jenis mak mak datin siap heels pergi pasar ok. E tak, E tu orang macam kami kami ni je. yang memang kalau boleh tak nak lawa sangat sebab bila balik rumah konfem kena bersihkan diri balik =.=

mula terfikir, kalau wujud pasaraya macam ni, dua hypermarket dengan harga yang berbeza, why pay more for the same exact things?

sekadar keselesaan yang sementara, nama yang famous sebab berasal daripada luar negara, rasanya keutamaan sepatutnya diberikan kepada yang lebih menguntungkan kita, betul tak? ke tak betul?

dengan barang yang makin mahal, harga minyak yang mahal, gaji pulak seolah2 kecik, taraf hidup dianggap miskin kalau gaji bawah RM3K, so HARUSlah rasanya kita lebih berjimat, untuk keselesaan yang LEBIH lama.

maka, apa yang saya nak HIGHLIGHT kat sini is, menjadi suri rumah bukan setakat menghabiskan duit suami untuk beli isi keperluan rumah, tetapi juga, SEPATUTNYA membantu meringankan BEBAN suami dengan menjadi penjimat, tidak berlebih-lebihan. dalam erti kata lain, menjadi FINANCIAL CONTROLLER yang baik kepada keluarga :) kena lebih bijak berbelanja. sebab kita tak pernah tau bila kegawatan nak menjengah kan? :[

tak kira lah berjodoh dengan Doktor ka, Lawyer ka, Engineer ka, petani, pesawah, penoreh getah apa sahaja lah jawatannya, kita mesti meringankan beban ketua keluarga. di sinilah, kebijaksanaan menjadi isteri di uji. dah takdak dah Final Exam, Professional Exam bagai, bila dah berumah tangga, boleh jadi hari-hari jawab 'exam'. exam di mana kekreatifan dan kebijaksanaan di 'test'.

saya ada sahabat, yang kebetulan emaknya adalah lulusan Accountancy. mereka sekeluarga telah diajar untuk membuat flow in/out duit sejak sekolah rendah lagi! see? walaupun terang lagi nyata ayahnya seorang yang tersangatlah mampu nak menyara beberapa buah keluarga lagi :)

dengan mengajar anak-anak membuat bajet sendiri, mereka juga dah diterapkan habit untuk berjimat cermat.

tapi, ini tidak pulak bermakna, hanya applied untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga berkelulusan dalam bidang Ekonomi shj.

semua boleh prektis! tinggal kebijaksanaan ibu bapa lah dalam menanam sikap jimat dalam diri anak-anak :)


ok jap, kenapa asyik cakap pasal anak2 nih? =.=







insyaAllah nak LEBIH berjimat untuk semester depan dan seterusnya ^__^
[mesti! sebab BAKAL menggunakan duit untuk AGENDA seterusnya kan?]
*doakan!*










#kawan baik saya yang melanjutkan pelajaran di Australia, dan sudah bertunang, saat ditanya, "Bila nak kahwin?" beliau sekadar menjawab,
" Maybe lepas aku habis study kot. Aku nak beli rumah lagi etc etc". Waktu tu, rasa macam,
" ya Allah! ketinggalan nya aku! ke aku yang tak berapa nak matang lagi nih??" [sebab tak pernah terfikir nak simpan duit untuk beli rumah. oh, muhasabahlah anis oii!]
*sad sobssss*

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...