Allah hanya memanggil kita TIGA kali sahaja dalam hidup.
- Panggilan pertama adalah ketika azan. Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas di pendengaran kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya merupakan salah satu cara kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih 'fleksibel'. Dia tidak 'cepat marah' dengan sikap kita.
- Panggilan kedua adalah panggilan umrah/haji. Panggilan ini bersifat halus dan 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapat peluang yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai wang, pasti mempunyai wang. Yang tidak merancang, ternyata akan pergi. Yang telah merancang, insyaAllah terkabul perancangannya.
- Panggilan ketiga adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal ibadah kita. Pada kebanyakannya Allah tidak memberikan tanda-tanda khusus dan lansung, dan kita tidak mampu jawab dengan lisan mahupun gerakan. Kita hanya menjawab dengan amal soleh. Oleh itu, manfaatkan masa kita sebaik-baiknya. T_T
Muhasabah 23 Ramadhan.
Kopi dan pasta dari sebuah tumblr budak arkitekcer.
No comments:
Post a Comment