
Ada rupa saya tak? *ok perasan*
Assalamualaikum.
Terpanggil saya untuk menaip mengenai kanak-kanak ni. Walaupun sedikit cuma :)
Kita selalu dengar mengenai "Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya".
Jadi, apa sahaja produk/hasil anak-anak itu bergantung kepada cara ibu dan bapa MENDIDIK mereka. Bukan sekadar MEMBESARKAN sahaja.
Itulah orang Melayu, suka guna perkataan 'membesarkan' instead of 'mendidik/mengajar/mengasuh'. Bila anak tu dah membesarkan seperti yang didoakan/diucapkan, pandai pula cakap, "menghabiskan beras je!". pelik.
Apa kata kita tukar, daripada cakap,"Ibu lah yang membesarkan korang adik beradik" kepada "Ibulah yang mendidik, mengasuh korang adik beradik.". Tak ke sweet tuh? :)
Nampak macam sebelah mata je kan. Tapi isu ni besar sebenarnya.
Hasil tarbiyyah anak-anak, semuanya bermula dari rumah, dan ibu bapa. Kalau dah tugas ibu bapa hanya 'membesarkan', bagaimana agaknya result daripada tugas 'membesarkan' itu?
Isu ini saya sentuh, kerana semakin ramai ibu bapa, dan saya tak khususkan pada warganegara, bangsa, agama apa, yang hanya tahu membesarkan anak, dan bukan mendidik. Saya tidaklah mengatakan yang ibu dan ayah saya je yang perfect dalam mendidik anak-anak, tapi kalau dah berumur 6 tahun pun tidak tahu mengungkapkan 'Bismillahirrahmanirrahim', siapa agaknya yang bersalah dalam hal ini? *mode : geram*
Bukan kah ibu dan bapa?
Islam tu sangat best sebab mencakupi kehidupan seorang manusia, dari alam Rahim, sampailah ke liang lahad. Semuanya melalui proses. Dan proses major adalah proses tarbiyyah.
Cukupke tarbiyyah yang kita bagi kat anak-anak tu?
Kahwin tanpa ilmu
Bila bincang2 dengan ibu, ibu pun setuju dengan mengatakan, semua ni berlaku bila parents berkenaan tak cukup ilmu keibubapaan. Kahwin bukan setakat penyatuan dua jiwa menjadi satu je ye. Tapi tergalas juga tanggungjawab yang berat, especially bila dah ada anak.
Bila cakap dengan ibu pasal benda ni, mulalah terasa macam 'berat' sangat tanggungjawab nak berkahwin. Berkahwin tu senang, tapi tanggungjawab selepas tu. =.=
Tepuk dada, tanya ilmu.
Itu je nak luah sebenarnya. Jangan kerana CINTA, buta hati buta semuanya. Tindakan melulu diambil. Bukan saya kata kahwin awal tu lah penyebab anak2 tak terdidik ni. TIDAK! tapi, buat kita yang muda remaja, dan TERfikir nak kahwin ni, apa kata kita muhasabah balik diri. Dah bersedia ke ilmu rumahtangga, keibubapaan semua? Takkan selamanya nak 'honeymoon' years kan?
Kalau rasa belum, maka fikir balik, layak ke nak berangan sangat pasal kahwin dan anak bagai ni?
Wallahu'alam.
p/s : renungan untuk saya terutamanya.
3 comments:
Anis terima kasih.. Pengisian yang sgt berguna.. =)
Tu ar fyfa nak kawen sgt.. hehehe =)
sama2. tak sangka pulak berguna :D skdr mencoretkan yang terbuku di hati wah ayat :P
kawen la cepat asy, lepas ijat! :P
lambat lagi kot nis.. tak de calon lagi hehe.. ko lar dulu... yummy sedapnye nasi minyak
Post a Comment