Assalamualaikum.
"Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar =D"
Ringkas sungguh balasan SMS dari beliau. Mudah.
Tapi nak terima hakikat, macam payah.
Tetapi, itulah dia. Dialah sahabat, yang selalu cakap perkataan ni, berulang kali, tak terkira, sejak saya dipertemukan dengannya.
Sabar.
:')
Hati ini daripada nak marah, bengkek, jadi lembut 'sikit' bila baca reply beliau.
***
Hari ini saya diuji. Biasalah. Normal lah untuk hamba Allah diuji Anis oii.
Sedang enak-enak membuat kuih raya, berperang dengan tepung dan butter sedari pagi hari, saya menerima SMS untuk berjumpa hari ini. Agak terkejut, sebab tak plan awal-awal. Selepas mendapat izin ibu, saya bersiap.
Tapi, hari ni juga, saya TERSEDAR dan BELAJAR something. Allah uji dan didik saya sekaligus!
Sehebat-hebat Programme Coordinator yang hebat plan, selast-last minute Programme Manager yang dihormati merancang di akhir waktu, ALLAH jualah yang menentukan segalanya.
T_T
Bukan itu sahaja, yang lebih penting, walaupun anda akan menerima tetamu yang datang ke rumah sebentar lagi, dan anda telah bersiap segala bagai mungkin, untuk menerima kunjungan tersebut. Dalam pada anda bersiap, pastilah anda juga telah berfikir dialog yang sesuai untuk berbicara dengannya. Dan juga, mungkin dah terbayang-bayang yang tetamu itu telah sampai dan masuk dan duduk di ruang tamu rumah.
TETAPI, itu tak menjanji kan yang anda akan bertemu dengannya, sehinggalah tetamu anda itu bertemu dan bersalaman dengan anda secara realiti.
Dapat tak point tu?
Sesungguhnya, kalau takde dalam percaturan Allah yang kita takkan bertemu dengan orang tersebut, maka takkan berjumpalah. Walaupun kita dah lalu depan rumah dia. Serious.
Memang terpukul juga hari ini. Free-free je masa terbuang. On the road. Puas saya fikir, mungkin Allah uji saya kot, di akhir2 Ramadhan ni. or, mungkin juga kerana niat saya 'tak berapa' nak lurus/baik, maka Allah hijabkan perjumpaan kami.
Mungkin.
Mula-mula rasa macam tak boleh terima. Mulalah nak carik kesilapan siapa, etc etc. Tapi bila fikir2 balik masa drive secara bingung balik ke rumah, Allah tengah didik nih. Allah bagi reminder. Lain kali tajdidkan niat, Anis.
*rasa nak nangis sebab Allah bagi peringatan*
Baru rasa nak 'bahagia' sikit *kononnya*, padahal Allah nak uji je. Nak tengok Anis ingat Aku tak bila dia nak happy?
Allah.
Dan, bila kita rasa nak cari kesalahan orang lain, ingat ni,
Terima kasih kepada sahabat yang menjadi antara sahabat yang paling selalu cakap 'Sabar' dengan penuh santun dan khusyuk dan tenang kat saya. <3
Terima kasih sebab sudi ajak, walaupun plan LAST MINUTE and akhirnya tak jadi. Sabar je lah ye. Hadoi =.=
'ala kulli hal, terima kasih Allah, sebab menjadi penyambung hati kami.
<3 <3 <3

No comments:
Post a Comment