Thursday, November 25, 2010

tak yah bangga sangat-lahh!

bismillahirrahmanirrahim..




"Masya-Allah!!!..." hanya itu yang mampu terungkap bila membaca, lalu melihat sekali imbas dan sangat sekejap2 mengenai video tentang sepasang 'couple' Melayu yang 'bercengkarama' kat tepi jalan.


#$%^&*(&&^


Saya memang loya+geram kalau jumpa benda2 macam ni kat internet. Sebab tu saya paling malas kalau ke Youtube. Plus saya pun tak tahu nak tgk vid ape dan ape, tunggu kawan tag kat FB atau ada yang lawak or berilmiah je, baru tengok. Tapi untuk saya dengan sendirinya surf kat Youtube tu, memang taklah!

Saya tak tengok habis, and of course TIDAK sampai pun ke adegan tu. Cuma saya tengok dorg gado2 at first.

Tolonglah jijik! Boleh?

Sebenarnya ingatkan isu tu dah berlalu, tapi disebabkan saya blog walk kat satu page ni, pastu kebetulan entri pasal tu. Kat sini..


"Tolonglah!"

Waktu mula-mula tekan 'Play' tu, macam was-was jugak, betul ke ak nih. Tapi saya nak tgk betapa 'HENSEM' nya lelaki tu kan, sampai gempar semua akhbar kat negara ni, cakap pasal vid tu. Tapi saya TERsangatlah kecewa, sebab lelaki tu bukanlah Henry Golding, apetah lagi Johnny Depp, dan tidaklah Edward Cullen [kejam tak takde Malay tersenarai, sebab saya expect org Barat je akan buat adegan2 camtu kan? saya takkan list Fahrin Ahmad of course! Tak layak!]

Sangatlah Malay KL-ites 'tulen' dan 'asli'.. Bajet Urban la konon, makan-pizza-for-breakfast dan kurus keding! Cara cakap pun kuat-kuat biar satu KL dengar. Jenis nak makwe mesti cun-cun dan rambut basah [bak kata blogger tu] dan tak habis skolah. Tak-main-la-yang-pakai-tudung, sebab dia pun tak layak kot.

Ok itu untuk lelaki. Memang saya rasa kalau selisih sebelah saya pun, saya tak perasan dan tak tengok ape tah lagi untuk saya TOLEH! oh, tak! memang sesuai utk Lowering the Gaze.

Tapi, of course, kalau kes-kes sosial macam ni, saya suka nak 'hentam' si perempuan. Sebab tanpa perempuan yang merupakan FITNAH TERBESAR untuk lelaki, takdelah kes sosial yang camni. Even asbab utama vid ni 'popular' pun, sebab dikatakan si perempuan yang 'start' dulu, bukan lelaki. Yang lelaki ni just bagi ayat 'power' je kot, setakat yang saya tengok. Bajet merajuk! Boleh blah! [geram nye!]

Dahla menangis teresak-esak, bajet comel. Terpeluk-peluk lelaki tanpa rasa bersalah. Tepi jalan kat KL [kot] yang busy malam-malam hari, rasa macam nak cakap, "Weyh, tak malu ker????!".

Kenapa saya nak tengok sangat muka lelaki terbabit, sebab ini lah. Sebab saya tak berapa nak hairan kalau lelaki itu sekacak Edward Cullen, dan merajuk minta di pujuk. Tak hairan, geli tu ada, sebab kita tau dia Melayu. Tapi kalau dalam kes ni, yang selalu nye orang Barat je yang buat, dan non-Muslim, kita tak hairan lansung. Asal tak pandang, sudah!

Ini dahla tak hensem, bukan tak hensem lagi, tak kacak, segak, bergaya, tinggi pun tak! Memang tak resemble an Ustaz, lagi lah jangan cakap. Nak pandang pun, dengan perangai dan cara cakap tu, macam loya+kembang tekak. Lepas tu, perempuan tu boleh menangis merayu2 tak nak clash!

Alasan? Lelaki tu merajuk sebab bila dibandingkan dirinya dengan KLCC, perempuan tu pilih KLCC.

[memang patut pun]


Ada lagi ek?

Memang ada.. Ramai lelaki sekarang makin tak berkualiti, macam lelaki ni. Kalau kat KL ni, bersepah-sepah. Nak cari yang betul2 thiqah, ada memang ada, tapi sangat di sebalik yang TAK thiqah ni tadi. Geng2 camni, nak menghancurkan kehidupan anak gadis orang je. Kalau betul lah dorang ni bertamadun, dah tau perempuan tu nak buat 'adegan' tu, sila-silalah tarik perempuan tu. Ini tak, siap dirakam nye lagi, pastu upload pulak kat Youtube. Memang sah-sah tak bertamadun lansung. Layak ke nak jadi pemimpin KELUARGA kalau macam ni?

Ok, saya macam meng'hentam' si lelaki je dari tadi. Yang perempuan ni, macam tak ramai pulak la 'kumbang' lain yang jauh beribu batu lagi kacak? Menangis teresak-esak,hanya sebab seorang lelaki? Tolonglah tidak!

Saya tak faham lah, saya tahu dunia menghampiri akhir, tapi masih tak sedar ke budak-budak ni?
Kalau ye pun tak sedar yang kita menuju Akhirat, atleast, fikirlah masa depan.. Saya memang konfem habis la yang both 'stars' dlm vid ni memang bukan student. Mesti hidup tak tentu hala, entah-entah mak ayah kasi duit poket lagi kan. Tak fikir mak ayah ke? Na'uzubillah min zalik!

Kita yang tengah study ni, dok fikir, "Nanti nak kerja apa?" "Boleh ke bersaing dengan yang lain?" "Result OK ke tak?"
"Camne nak dapatkan scholar, tak nak bebankan mak ayah.." semua, diorang boleh seronok-seronok lagi 'mengecapi' kehidupan remaja, yang bukan SELAMANYA nih. Nanti dah habis study, nak fikir kerja pulak, nak beli rumah, nak bina bait Muslim etc etc etc banyaknye tanggungjawab! Boleh pulak enjoy 'berasmara' tepi jalan, dan bangganya upload dlm FB. Oh, melayu! Tolonglah sedar! Janganlah selamanya 'di-bawah-sedar' :(

p/s: Melayu hanya 54% kat Malaysia skang. What do you expect? :

p/ss : mencari hamba Allah yang dapat menepis idea saya tentang semua sifat tipikal {pemalas, pemarah, tak romantik, tak bertanggungjawab, tak tegas dalam mendidik anak, lalai, leka] sebilangan besar lelaki Melayu zaman ini. Anda mampu mengubahnya? [itu ialah persoalan, bukan slogan]

2 comments:

diyanah said...

ada org kata budak pompuan tu baru 15 tahun. kalau betul lah kan, gaaaaaaaaahhhh speechless kejap

A.N said...

ouh ye?
ya Allah, anis tak tau pulak..

yana, anis seyes...

geli gle!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

:|

sedih la..

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...