telah menjadi habit sejak memiliki mobile phone [erm,handphone] sendiri untuk men 'delete' segala yang 'tak perlu' di dalam Inbox, atau kadangkala delete keseluruhannya sebelum tidur. By any means, memang susahlah untuk melihat Inbox saya penuh, atau sms2 mencecah puluhan, apatah lagi ratusan. Pada bahagian 'Delivery Info' apatah lagi, memang selalu saya 'cleared'kan setiap kali selepas menghantar sms kepada seseorang.
Cetusan entri kali ni adalah disebabkan saya terkejut ketika membuka Inbox seorang yang saya kenal, penuh sehingga tahap penuh, around 1000+ kot!
Ok, saya terkejut.
Saya tak tahu kenapa dengan confident nye hamba Allah ni menghulurkan handphone peribadi beliau untuk saya bluetooth kan semua lagu Maher Zain dalam simpanan saya, walhal dia sedang memandu kereta. Itu satu hal. Yang keduanya, setelah saya 'Mark' semua lagu Maher dalam playlist Maher tuh, saya pun 'Send' la 'Via Bluetooth'. Process interrupted bila masuk lagu kedua untuk dihantar. Sebab Inbox dia yang terlalu penuh.
Oleh yang demikian, sudah tentu hanphone beliau akan menghasilkan bunyi bermaksud 'interrupted'. Dengan selamba badak, beliau menyuruh...
"Takpe.. Tolong buangkan recent 25 sms dalam inbox tu.."
Ok, ini hal kedua. Dia sangat percaya kat saya. Siapa tak 'gerun' bila mana ada orang lain menceroboh Inbox kita? Memanglah tiada mesej2 yang menjiwangkan atau apa, tapi kita sebagai pemilik setiap handphone, mesti merasakan bahawa Inbox adalah way too personal for people to read kan? Saya pun tak berapa nak 'selesa' kalau orang lain suka-suka nak terjah bahagian Inbox saya, walaupun tiada mesej yang rahsia, tetap personal dan private utk saya. Tapi kalau dah TERbaca nak buat camne kan.
[apatah lagi kalau yang menggodeh handphone itu adalah dari berlainan jantina]
So, saya dengan perasaan "Eh,betul ke dia ni?" membuka Inbox, dan ternyata saya terkejut dengan bilangan sms dalam Inbox nya itu.
"Banyaknye msj! Nape simpan mesej lama2 ni?" soal saya, dengan nada pelik.
"Erm, tak tahulah. Dah memang habit kot.." jawabnya, selamba.
"Saya pulak jenis empty kan Inbox and Sent folders before tidur. So macam pelik pulak tgk msj yang melambak dalam Inbox ni. Kenapa tak simpan je yang penting2 dalam Folder?" tanya saya lagi, memang inquiry betul lah.
"Oh, bagi saya semua mesej tu penting. Sebab bila orang nak info pasal something, senang je saya scroll ke bawah and terus ada mesej tu. Kalau mesej yang tak berinfo pun, bagi saya, setiap mesej yang mempunyai 'Salam' di bahagian hadapan tu macam mendoakan saya. So, saya tak sampai hati nak buang mesej2 orang yang mendoakan saya tu.. Macam tu lah..", jawabnya, kali ini panjang lebar, dan saya dapat lihat senyumannya dari cermin bahagian atas pemandu itu.
Ok, ter'ketuk' sikit.
Memang itu pun the bad side of my habit. Kadang2 saya tak perasan, lalu mendelete segala mesej yang berinfo. Lepas tu bila orang tanya atau rujuk, mula lah menggelabah.
Lagi satu bad side nya, kadang2 tak setiap masa kita mempunyai kredit nak membalas mesej orang kan. Kadang2 ada waktunya kredit itu kontang. Jadi bila saya delete semua mesej, akhirnya kawan saya akan 'berkecil hati' sebab tak balas mesej dorang. Hmm...
[padahal terasa juga dengan empunya handphone sebab recent 25 msj mengandungi mesej saya! heisy!]
Akhirnya, saya pun tak sampai hati nak buang 25 recent mesej beliau. Saya pun dengan baik hati+sabar yang baru nurture dalam diri ni, 'Save' kan satu-satu lagu Maher, kemudian 'Delete'. Kemudian 'Save' lagi lagu baru, pastu 'Delete' balik.
**
Saya terkenang kisah ini ketika nak men'delete' semua msj dalam 'Inbox' saya semalam. Walaupun mesej paling lama adalah pada 4 haribulan yang lalu, terasa macam 'berharga' pulak kini. Walhal dalam Inbox saya sekarang hanya ada 136 sms, [setelah dibuang segala Facebook updates yang merepek..], terasa 'ketukan' oleh hujah sahabat saya tersebut. Al-kebetulan, 80% drpd msj tersebut adalah daripada beliau, lagi rasa 'sayang' sangat nak buang. Mungkin itu yang akan menjadi kenangan dan juga doa beliau untuk saya...
Nanti... :)
2 comments:
assalamualaikum..
uicehh angah... sapa la tu yg 'berharga' sangat?
wa'alaikumussalam. anje :)
uisy, kawan dan sahabat la anje uii.. sape lagi.. oh ye, family juge.. :D
Post a Comment