Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,"Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.." [Bukhari dan Muslim]
well, stunted.
Stunted bila saya mendengar ucapan daripada seseorang, mengenai seseorang yang lain, menganiayai sahabat yang lain. Boleh pulak orang yang menganiayai sahabat sendiri, adalah seseorang yang mempunyai pangkat, dan status, sebagai pemimpin, untuk pelajar lain.
Saya bukanlah pakar dalam hal-hal ini, tidak mahu menghurai dengan lebih lanjut, takut ada yang tersilap info. Tapi berdasarkan hadis di atas, umumnya Rasulullah menasihatkan kita, sebagai umat Baginda. Apatah lagi kalau kita dalam kalangan barisan PEMIMPIN?
Kita bukan selamanya di atas. Boleh jadi suatu hari nanti kita akan meminta pertolongan daripada orang yang kita 'aniaya'..
sila jangan CEPAT melatah.
isbir wahai sahabat :)
No comments:
Post a Comment