
ni rubber bandS.. yang diikat2 menjadi sebiji bola.. ihsan Deviantart
pernah tak dengar orang cakap "Relationship is like a rubber band. When they pull away, they can stretch only so far before they come springing back.."?
Kalau pernah, tipu. Sebab saya tukar 'relationship' tu. Sebenarnya word lain :p
Tapi saya rasa, boleh di'apply'kan dalam relationship jugak kot. Relationship here means friend and family [?] saya tak pasti. Tapi friend tu mungkin, sebab rapat dengan kita, tapi bukan darah daging kita. So, air dicincang boleh jadi putus! :D
Expose.. and pull back!
Kadang-kadang, bila kita dah rapat sangat, kita pun boleh jadi nak 'berkepit' 24/7. Ok, dia roommate kita [sbg contoh] cum classmate kita. Cum lagi, satu usrah dengan kita. Cum lagi satu course, satu negeri, satu taman, jiran pulak tuh.
Ok enough saying. Rapat tak? Saje letak perumpamaan macam tu nak menunjukkan betapa boleh jadi rapatnya seorang kawan kepada kita.
Apa yang memisahkan? Bilik air.
Sudahlah begitu rapat, kalau kita lihat dalam 'Inbox' kita, takde nama lain dah. Berderet sampai ke sms ke berapa ratusan entah, semua nama dia. Misalan sahaja ye.
Itu belum masuk 'Log' lagi. Incoming, Outgoing calls. Mesti serupa macam sms jugak.
Facebook? Oh, sepenuh2 wall tu hasil tulisan dia. YM? Usah cakap. Walaupun dia compartment sebelah je...
Soalan sekarang, rimas tak? [kejam tak bunyi nya?]
Rimas di sini berada dalam konteks yang positif. Saya tak kata rimas yang negatif, sehingga mencari jalan nak menjauhkan diri. Tapi bila saya fikir balik, tak perlu rapat macam tu kot.
Bagi yang 'Tak Kisah' kalau sebegitu rapat, tak mengapa. Tetapi, sekiranya [tak nak guna 'Kalau'] tak kisah? Jadi haru jugak hidup dibuatnya.
Setelah Allah kurniakan Human Sense yang begitu mendalam ini, apa kata kita sharpen kan human sense tersebut. Kita adalah manusia biasa, hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaanNya. Memanglah best, terbukti best kalau kita buat semuanya dalam jama'ah, tetapi bukan sepanjang masa kot. Hmm.
Kadang-kadang, bila rasa 'rapat' sangat, ada terdetik 'jemu' di hati. Sekali lagi bukan jemu yang negatif, tetapi yang positif. Tiba-tiba saya terbaca lah mengenai "Expose.. and pull back!" ni.
Sebenarnya dalam sesuatu perhubungan, kita 'digalakkan' untuk 'jual mahal' sikit. Ok, ini konteks umum, maksudnya apa jenis hubungan pun boleh. Saya pernah terbaca mengenai ini dalam kolum 'Soal Cinta' karangan Ustaz Pahrol dalam majalah Solusi. Jual mahal yang bagaimana? Jual mahal yang positif semestinya. Bukanlah tidak bertegur sapa lansung, atau memalingkan muka ketika berjumpa. Tetapi, KURANGKAN sikit kadar nak berhubung. Bukan bergaduh ye. Hal ini demi memastikan orang itu TAK JEMU dengan kita, sekaligus memberi privacy kepada dia dan diri kita sendiri. Semua orang memerlukan 'cave' untuk diri sendiri, so kita harap bila kita 'jual mahal' sikit, bolehlah dia dan kita buat perkara2 yang tak mungkin kita buat bersama-sama.
Bila kita jual mahal, atau dalam bahasa Inggeris nya 'pull back', sahabat atau orang yang terlibat dalam perhubungan dengan kita akan terasa 'rindu' lebih sikit.
"Aik, selalunya pagi-pagi dah call. Dah 2-3 hari ni senyap pulak.." rindu pertama. Bila lari sikit dari kebiasaannya.
"Eh fulan, bukan ko selalu dengan si fulan tu ke? Gaduh ke?" ok, rindu kedua melanda. Kawan-kawan perasan kita tak berada di sampingnya.
"Erm, dah masuk seminggu dah ni. Tak de sms lansung. Tadi jumpa macam tersengih je. Merajuk ke orang tua nih?" yeay, rindu ketiga akhirnya melanda!
Akhirnya, kawan kita akan tegur kita pulak. Takdela asyik kita je nak tegur dia kan? Hehe. Bila dia dah bagi sign tu[bagi msj, call etc] silalah balas. Jangan buat 'dhek' pulak. Ingat, kita tak bergaduh dgn dia. Just jual mahal je. Nak test market dengan sahabat sendiri, apa salahnya kan? :D
Tak semua orang ada 'sense' macam ni. Tapi tak bermaksud tak boleh belajar untuk teknik ni. Kita boleh start prektis, especially bila kawan kita dah bagi sign 'sikit' [tak balas msj, atau balas dengan lambat dan tak return call bila kita miscalled dorg atau etc]. Kadang-kadang kita rasa, seronokkkk je memanjang, terlupa untuk memikirkan betapa 'seksa'nya [kot] kawan kita nak melayan kerenah kita sepanjang masa. So, sila lah test sahabat anda tu. Betul ke dorang 'setia' dengan anda.. :D
Apa kaitannya dengan rubber band?
Kan tadi dalam excerpt buku ada cakap Relationship is like a rubber band. maksudnya bukan sepanjang masa, perhubungan kita seperti tasik yang tenang, takde buaya semua. Tapi mungkin kadangkala ada rasa 'kurang senang' tersendiri. Oleh yang demikian, kita di'encourage' untuk minta maaf setelah selesai bermuamalat dengan sahabat2 kita. Takut ada salah silap ke, tersinggung perasaan ke, tersilap kata ke. Lepas tu, kita lari sikit dari kebiasaannya.
Kalau sebelum ni, asyik kita je call, kita je sms dulu, apa kata kita 'pull back' sat. Kita 'senyap' sekejap. Oleh yang demikian, sahabat kita mungkin akan terasa 'kehilangan' kita [kot. harap2nya mcm tu lah]. Bukan kehilangan yang selamanya, tetapi sekadar memberi 'ruang' kepada sahabat dan diri kita untuk bermuhasabah dengan diri masing-masing.
Semoga ukhuwwah [atau perhubungan] kita diredhai Allah, dan kekal hingga ke Jannah! InsyaAllah :)
p/s : kalau kita dah jual mahal, tapi kawan kita still tak 'pick up' dengan signs yang kita bagi, kita tautkan lah balik. Mungkin 'ego' dorang tinggi sikit, atau tak perasan dengan 'perubahan-yang-kita-buat' mungkin? Kesian :D
p/ss : sebenarnya, excerpt tu dari buku 'Men are from Mars, Women are from Venus'.. dan 'relationship' tu perkataan sebenarnya adalah 'Men' :) [tp saya cuba apply dalam perhubungan dan persahabatan]
p/sss : Kalau dalam kolum Soal Cinta dalam majalah solusi tu, dia cakap mengenai hubungan suami isteri. Istilah 'jual mahal' bagi menyemarakkan lagi hubungan cinta :)
p/ssss : saya rindu [!] sahabat saya. Dia dah bagi 'signs' nak jumpa. Tapi saya rasa, better kalau saya tak jumpa 'dia' sekarang :')
No comments:
Post a Comment