tak tahulah apa yang special sangat hari ni. Tapi saya selalu ingat tarikh ni sejak 2 tahun yang lepas.
;)
tiba-tiba nak ungkit memori kan..
Saya ada 'peristiwa' mengenai hari ni. Bukanlah special mana pun, tapi saya ambil sebagai pengajaran dan tauladan jugaklah. Macam benda buruk je yang berlaku kan? Padahal takdelah buruk pun. Cuma first time la saya buat benda ni. And tak tahulah saya akan buat lagi ke tak lepas ni :D
Hari ni untuk 2 tahun yang lepas. Waktu tu kalau tak silap saya, hari Jumaat [pergh, ingat hari kott!]. Saya dan roommate beserta seorang lagi sahabat, keluar outing. Ke mana? Ouh, ke mana lagi kalau pada zaman2 junior tu kalau tak Mid Valley :) Ouh ye, waktu tu merupakan 2nd semester untuk tahun pertama di Asasi UIAM PJ.
Apa ek motif utama saya keluar. Sebab kalau kami keluar, maksudnye bermotif, bukan nak jalan-jalan kosong. Nak release tension kira motif jugaklah kan? :D Hm, kalau tak silap saya kami keluar sebab RAFEST berlansung, dan semua cafe di UIA tutup! Ouh, sangat geram! Ok, itu motif pertama. Motif kedua, sebab nak teman roommate belikan hadiah untuk emaknya yang juga meraikan hari lahir pada 28 November nih. Dan mungkin yang ketiga, saje nak berjalan, di samping nak temankan sahabat lagi seorang naik tren ke rumah. Ha, begitulah.
Apa aktiviti kami? Akan dibincangkan nanti, cuma saya nak terus ke 'peristiwa' yang saya dan roommate ingat sampai sekarang, dan kami akan cakap, "Happy Anniversary!" :D Peristiwa ni al-kebetulan berlaku ketika dalam perjalanan pulang dari Mid ke UIA PJ.
So, selepas beli hadiah semua, kami pun berhajat lah nak balik. Ok, keluar je pintu Mid tuh, angin kuat beserta hujan macam ribut pun menyambar! Pergh, hebat betul ciptaan Allah. Pelik jugak, sebab tak semena-mena hujan. Maka, tak jadilah untuk menaiki bas, lalu dengan redha beratur nak amik cab.
Ok, line pulak 'pendek' sangat. Tapi takpelah daripada nak meredah hujan yang tersangat lebat untuk naik bas. Ketika beratur, ada lah sorang hamba Allah ni saya kenal, beratur tak jarak dari saya and roommate, dalam 2-3 orang ke belakang saya. Saya kenal orang ni, tapi tak bermakna lah orang tu kenal saya kan :D [pengajaran pertama] Saya cakap dgn roommate yang beliau merupakan klasmate Arab saya. Ok, hamba Allah itu seorang lelaki [pengajaran kedua]. Saya tengok dia sorang-sorang je, tak macam budak lelaki tipikal yang selalunya bergeng-geng keluar. Tapi dalam kelas pun, kira dia lah yang paling bersopan. Sepanjang semester, saya tak pernah dengar suara dia pun. Memang baik+pendiam la. Dia macam sorang-sorang je time beratur tu, takde single clue yang mengatakan dia beramai2 time tu.
Akhirnya giliran kami tiba. Memang line menunggu tu makin panjang lah kan. Tiba-tiba ada saya suggest kat roommate saya,"Aku ajak dia lah. Boleh tak?" [pengajaran ketiga].
Roommate saya balas, "Ajaklah. Kalau kau berani..". Boleh pulak buat adegan Hindustan tu kan, dahlah tengah basah.
Saya pun macam acuh tak acuh. Nak ajak, tapi... Kang tak ajak kang, macam kesian pulak.. Jauh rasa menyusup di hati, tiba-tiba macam ada keberanian pulak. Saya fikir, apa salahnya. Alang-alang nak ke tempat yang sama, save sket :D "Aaahhh. Berani kerana benar. Kalau tak nak tumpang, sudah!", senang je sifir dia!
Tiba-tiba, dengan aura Bruce Wayne macam nak selamatkan Dr. Chase Meridian [:p], saya pun menghampiri klasmet saya, " Err.. awak nak g UIA PJ kan? nak tumpang skali tak?"
Dia pun seolah-olah macam expecting saya nak bertanya, dengan muka acuh tak acuh menjawab,"Aah. Boleh jugak..".
Heh, macam nak pikat orang pulak, padahal nak ajak naik teksi sekali je. So, kami pun naik bertiga, tapi of course la dia kat sebelah driver :)
Roommate saya terlopong sekejap. Bukan terlopong sangat lah, terkejut je. Apa, ingat saya takde bakat ke? :p Dia tak expect pun saya pergi tanya budak tu.
Suasana dalam teksi, sunyi! Memang saya dah expect pun, budak pendiam. Takkanlah saya pulak nak beramah mesra dengan driver tu. Tapi saya berbual jugak dengan driver teksi tu, dan nyata sekali, hamba Allah ni memang pendiam. Dia just sengih je kat driver tu, dan sekali sekala mengiyakan apa yang driver tu katakan.
Saya dan roommate kat belakang, ada la berbual sikit. Perlahan je, takut orang 'depan' dengar. Hujan kat luar memang lebat habis-habisan lah.
Sampai je kat PJ, pun ada persimpangan dilema jugak. Saya dan roommate tinggal di Mahallah Aisyah, walhal hamba Allah ni tinggal kat Mahallah Umar Al-Khattab I. Memang dua persimpangan yang berbeza dan jauh lah.
Sekali lagi, saya dengan 'macho'nya, cakap kat driver tu supaya berhenti je kat Mahallah hamba Allah tu [pengajaran keempat]. Boleh pulak kan, padahal mahallah saya terang lagi berspotlight lagi jauh dari pintu pagar tu. Sabar je lah Anis!
Sampai je kat mahallah Umar, sekali lagi dilema nak bayar pulak kali ni. RM 6.00 kesemuanya. So, kami decide nak bayar RM 2 sorang. Tapi saya pulak takde duit kecil time tuh. So, macam ada 'kelewatan' sikit nak menghulur kat hamba Allah tu. Akhirnya, without hesitate, hamba Allah ni bayarkan terus RM 6.00 tu. [Hikmah pertama] Bila kitorang hulur RM 5, dia seraya berkata, "Eh, takpe2.".[gentlemen ke?]
:D
Nak keluar teksi pun satu hal, memang lebat hujan kat luar ni. Nasib baik driver teksi human sense dia kuat sikit, berhentikan kami kat tepi pintu berdekatan ATM.
hamba Allah ni keluar dulu, dan yang peliknya, dia tak terus berlalu. Dia tunggu je tepi pintu ATM tu, sambil tengok ke arah teksi. Adeh, malu lah yang kami ni sebab nak berlari anak meredah hujan. Ok, so kami expect dia nak redeem balik duit dia kot. [habis tak husnu zhon je]
So, saya pun hulur lah kat dia RM 5 tu. Ye lah, dah tengok dia tercegat kat situ, buat ape pulak kan. Lepas tu dia cakap, "Eh takpe2. Lain kali je la..".
"Lain kali?"
Saya dengan serba salah plus malu malu pun cakap, "Ouh, takpelah kalau gitu. Saya bayar nanti kat dalam kelas Arab je la ye..".
Lepas tu hamba Allah tu menoleh sambil tersengih dan berkata, "Ouh, kita sama kelas ke? Sorry tak perasan.. Ok lah.."
[!]
T_T
time tu tak tahu lah nak sorok muka kat mana. Marah+malu, seyes! Saya sedia maklum dia pendiam, dan mungkin pemalu. Tapi dalam keadaan kelas Arab yang takdelah seramai kelas core subject yang lain, tak perlulah sampai tak perasan.
Disebabkan ayat itulah, kami terus 'berpisah' jalan. lepas cakap, "ouh.. ok.." terus saya meluru ke depan. Dan sejak itulah roommate saya asyik kenekan saya je. Mula-mula macam terasa jugak, ye lah, klasmate pun tak kenal, tau lah diri ini tak popular [bukan nak popular pun]. Roommate cakap,"Baguslah.. maksudnye, ko terHIJAB!". Betul jugak. Kawan-kawan pun cakap, "Alah.. beselah tu, budak lelaki mana 'care' sgt klasmate2 nih!". Hehe, bukan saya nak dia care pun kat saya. Saya tak terasa pun, cuma, ayat spontan dia tu buat saya macam, "Ehh..." :p
Itulah peristiwa nye. First, untuk pertama kalinya, seorang yang bukan muhrim bayarkan teksi untuk saya [dan roommate]. Kira amat berterima kasih jugaklah kat dia. Secondly, peristiwa ni mungkin menyebabkan saya berhati-hati untuk ajak orang tumpang sekali naik teksi bersama saya, walaupun dia klasmate saya? Mungkin.. yang penting, tak perlu sangatlah kalau dia berlainan jantina. Peduli kan! :)
p/s : di sebabkan peristiwa 'tak perasan' tu, saya tak bayar lagi kat dia another RM 4 yang kami cakap nak bayar tu. Tapi dia hesitate nak terima sebenarnya. So kami assume, dia nak belanja kot. Kami pulak yang 'gatal' nak bayar jugak, tu yang dia cakap "Ok.." tu. [padahal kebarangkalian nak jumpa 'dia' lagi kat Kuantan sangatlah tinggi sebab dia pun further kat Kuantan =.="]
semoga dapat pengajaran :)

"I vividly remember the flat black color of his eyes the last time he'd glared at me- the color was striking against the background of his pale skin and his auburn hair. Today, his eyes were a completely different color: a strange ocher, darker than butterscotch, but with the same golden tone.."
Bella Swan, Twilight, Chapter 2, page 46 :D
hehe. today in two years back was my first met-up with Edward Cullen. With no storyline, don't ever heard of his name before, but the rumours seemed attractive so we decided to watch Twilight for the first time. It was a biggest mistake. No one should ever watched it for the first time. =.="
I watched it for 2 times kot. The second time, I brought my siblings to watch it. And they were also went .......... :D
Twilight is the first, and the last series of Twilight Saga that I watched. I resist to watch New Moon and Eclipse. heh.
No comments:
Post a Comment