Monday, October 28, 2013

645. "Lihat ibunya."


Saya percaya, individu yang baik, bagus, daebak, rajin, kemas, solehah, soleh, cukup muwasofat dan segalanya adalah hasil 'tarbiyyah' atau didikan seorang yang sangat tulus hatinya ; ibu.

Oleh yang demikian, setiap kali di-pertemukan dengan susuk yang hebat dan dicari-cari kelemahannya, saya pasti akan rasa tersentuh sendiri dengan gaya dan cara didikan wanita di sebalik susuk tubuh itu. Yang mengajarkan, yang mendidik, yang memberi makan, yang mengasuh ; semuanya! Walaupun pada realitinya tak pernah berjumpa, atau bakal berjumpa, mungkin.

:)

Dan di sebalik rasa haru itu, tegar di dalam hati ingin mencontohi gaya didikan ibu-nya. Dan ibu saya sendiri, walaupun saya tidaklah baik mana. Tapi itu kesilapan sendiri. Sob.

Dan untuk masa yang terlalu hampir ini, ingin sekali menjadi 'ibu' yang baik kepada 'anak-anak' saya.

#Semoga sentiasa menjadikan Allah dan Rasul sebagai yang Terutama, dalam hidup kalian.

#Semoga sentiasa menjadi qudwah dalam masyarakat. 

#Semoga menjadi akhawat yang solehah dan sentiasa bersemangat untuk melakukan kerja-kerja islah dan dakwah.

ya Allah, mohon diperkenankan. Ameen.



p.s Behind Besides every successful man, there is a woman.

Dan woman yang dimaksudkan, aku yakin itu ibu-nya.

Tuesday, October 22, 2013

644. Poll.

Bismillah.

It made me cold down to my nerves when people start talking about, yes, election. Especially campus election.

I don't know why, but I will usually have these symptoms when PRK is about to start and the ambience started to get place. People will be heated up and everyone is about to do some researches for the people they are going to vote and all the posts here and there in FB, Twitter and such will be hashtagged with #PRK. Ok, whatever.

I have this kind of inferiority ; which will made myself distracting, and not focusing much on what's going on for PRK. I will usually focus on any other important matters ; for the time being the DnTs, mid-sems which is already at the corner, and the timeline for my FYP. Oh, thank you for FYP for being helpful though for only this matter.

And most of these days, I will not scroll down my FB Home. That's for sure.


Inferiority. 

I know I have to define this on specific manner, but the ideas are just can't be jotted down or blogged here.

#meh

may Allah ease all of them through these journey ; journey towards self-knowing.




Thursday, October 3, 2013

643. Bapa.


Bapa. Ayah.

Setelah ibu, ayah menjadi tempat rujukan aku, especially bab-bab nak buat keputusan, untuk sebuah keputusan, atau hal-hal yang aku rasa ‘susah’ atau ‘clueless’ bila share dengan ibu.
Untuk aku sebagai pelajar ni, selalunya aku akan merujuk ayah bila tiba bab2 kewangan, yang tak menentu -.-

Dan setiap kali aku ingin meminta, memohon, aku rasa serba salah sendiri.

“Eh, takpe ke eh?”

“Ayah ada duit tak eh?”

“Menyusahkan ke tak ni?”

… dan banyak lagi dialog yang bermain dan rancak dimainkan dalam fikiran dan hati.
Untuk setiap kali, ibu selalu pesan untuk minta apa sahaja pada ayah, jangan takut-takut.

Dan setiap kali itu jugaklah, aku takut.
Takut menyusahkan.

Dan setiap kali ‘meminta’ pada ayah, setiap kali itu jugaklah aku terfikir sejenak,

“Kalau ayah takde, ada tak orang lain yang boleh aku mintak-mintak macam ni?”

Aku sedar, ayah takkan selamanya memberi apa yang aku minta.

Dan aku pun tak dapat nak jangka sampai bila aku harus meminta, untuk mendapatkan.

Mungkin ; pada seseorang lainnya, bakal ada seseorang yang akan ‘menggantikan’ tempat ayah.
Waktu itu, aku pun tak wajib untuk mematuhi ayah lagi. Aku hanya perlu ‘mematuhi’ seseorang itu, dan mana-mana pintu syurga akan terbuka buatku.

Tapi aku hanya mampu berdoa supaya seseorang yang dimaksudkan itu dapat menggantikan tempat ayah, dengan sebaik-baik definisi ‘meng-gantikan’.

Aku hanya mampu berdoa buat waktu ini.

Sebab aku tak jumpa lagi orang yang dapat meng-gantikan ‘tempat’ ayah ; kurang lebih pada waktu ini.

Semoga aku dapat berjumpa dan re-unite balik dengan ayah, dalam syurga nanti.

Semoga ; Allah kurniakan darjat dan pahala yang terbaik buat ayah, kerana sentiasa bersabar dan menunaikan permintaan anak sulungnya ini.

Ameen.


*nangis*

Sunday, September 29, 2013

642. Nasihat dari pecinta.



Jujur ; cinta sebenar menemukan makna.
Menemukan diri sendiri. Memaknakan penciptaan diri.
Memperhalusi potensi diri.

Indah :)

Cinta sebenar ; berkongsi apa jua, demi memaknakan kehidupan.
Bersama ; sehingga ke syurga Allah.
Biiznillah.

(i ) "It's not about how to think alike ; but to think together."


(ii) "kalau yang dicinta itu pada yang salah, maka ia menguatkanmu pada yang salah

      kalau yang dicinta itu pada yang benar, maka ia menguatkanmu pada yang benar"


***

Berkongsi ; salah satu rukun 'bercinta'.
Menasihati ; perlu untuk sentiasa bermuhasabah bersama.


"i) Jangan tinggalkan solat dhuha and banyakkan solat qobliyah Subuh

ii) Jaga wasail tarbiyyah

iii) Jaga hubungan dengan manusia"


Just what I needed. Dose to be a multi-task person.

and here, I wanna share with all of you! (:


Semoga asbab cinta ini, hanya keranaNya.

Semoga cinta ini, bakal menjadi wadah menggapai redhaNya.



Semoga dan semoga, ini yang terbaik ; dan menatijahkan barakah Allah ke atas 

kami hingga ke SyurgaNya. Ameen!


UTK!

;)



P.S ber-eksperimen dengan tanda ";"

Thursday, September 26, 2013

641. ... hujan.


"Allah jualah yang menghantarkan angin lalu angin itu menggerakkan awam kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira."

Ar-Rum, ayat 48

Dan panas. Allah turunkan hujan.
Hati gersang. Allah kirimkan hambaNya titipkan ayat-ayat pencetus semangat.
Hati rindu. Allah gerakkan hati adik-adik kembali 'mencari'.

Allah dah bagi banyak. Semuanya! 
Entah apa lagi alasan yang bakal aku bagi.

Entah apa lagi yang diri ini kehendaki.


Allah Allah. Kuatkan hambaMu ini.

Sunday, September 15, 2013

640. Akhawat ter-chenta.


Alhamdulillah.

‘Emak’ ku, yakni naqibahku, Ukht Ainul Mardhiyyah Zameran telah selamat diijabkabulkan dengan seorang ikhwah university-ku sendiri, Akh Aizuddin. Rasa macam, tak percaya? Kak Ainul, antara sosok peribadi yang boleh aku cakap, antara yang rapat dengan-ku di jalan tarbiyyah ini, sudah dimiliki orang lain. Yeah right, orang boleh berkata, “Alaa.. dia kahwin je. Boleh je dia nak join prog bersama, pegang usrah korang lagi.”. Tapi, status dan pernikahan itu sedikit sebanyak bakal membataskan. Dan aku, bersama usrah-mate Precious-ku, haruslah akur. Belajar terima keadaan dan hakikat sebenar. Dan sama-sama mendoakan semoga impian kami, untuk bersama “… atas dipan-dipan yang dibawahnya mengalir air yang jernih…” menjadi kenyataan, ameen insha Allah!

Tatkala berdiri sebagai penyambut tetamu di walimahnya, seorang demi seorang menghulurkan tangan, ada yang beserta hadiah untuk sang mempelai, pandanganku tertancap pada setiap wajah yang lalu-lalang di hadapanku, serta sekumpulan manusia di bawah khemah terhias indah putih dan pink itu. Ada soalan tiba-tiba terlintas, “Siapa mereka-mereka ini?”

Kalau bukan kerana aku yang bergelar akhawat kini, tak mungkin aku berada di majlis itu pada hari itu. Tiba-tiba sahaja bergelar pemandu untuk ke majlis itu, mendengar dan menjadi saksi pernikahan itu bersama akhawat yang lainnya. Menjadi penyambut tetamu di tempat yang asing bagiku, Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kemaman, Terengganu. Menghulurkan tangan untuk bersalam bersama orang-orang yang aku tak pernah kenal seumur hidupku, apatah lagi mempunyai pertalian darah yakni keluargaku. Tak, itu tak mungkin! Kalaupun aku bukan seorang akhawat, tidak dapat tidak aku hanya menghadiri walimahnya, sebagai tetamu, lalu pulang semula ke UIAM seawal mungkin. Atau, mungkin sekali tidak pergi lansung!

Tetapi Allah telah menetapkan perjalanan hidup-ku, untuk sama-sama join the group di jalan tarbiyyah ini. Aku telah memilih, untuk bersama jema’ah ini, tatkala banyak lagi jema’ah boleh aku sertai, dan mereka sudah lama mengesani-ku sedari awal lagi. Allah telah menetapkan sejak azali, bahawasanya aku akan berjumpa dengan kak Ainul, lalu bersilaturrahmi dengannya, ber-usrah dengannya, ber-musafir dengannya, mengenali keluarganya, ber-jaulah dengannya dan itu tidak masuk lagi iftar, qiyam, daurah dan wasail tarbiyyah yang lain. Banyak! Dan kerana itu antara sebab aku harus dan wajib bersyukur atas nikmat Allah yang satu ini ; nikmat berukhuwwah, bersaudara atas dasar iman. Kalau sahaja aku hanya bersahabat biasa, mengenalinya sebagai senior di UIAM, tidak mungkin aku bersamanya, seperti mana dalam setiap peristiwa hidup yang kami telah lalui bersama.

Aku sedar, aku terlalu terhutang budi dengan akhawat.


Aku masuk ke ruang masjid itu. Ramai diantaranya adalah wajah-wajah yang tak pernah ku lihat sepanjang hidupku. Hampir 80%. Tahulah aku, mereka adalah junior yang baru sahaja melangkah kaki masuk ke UIAM Kuantan setelah menghabiskan pengajian asasi di kampus PJ.
Usai makan, aku mengatur langkah yang teragak-agak untuk duduk di mana, bersama siapa, hampir tak kena! Aku masih kekok untuk membiasakan diri ber-mu’ayasyah dengan orang-orang baru. Allahu, beri aku kekuatan ini.

Aku pun melabuhkan punggung di suatu spot di sebalik tirai. Namun, adik-adik ini berpusu-pusu lalu di hadapanku, tidak bersedia untuk ke agenda seterusnya. Aku pusing, menoleh ke belakang untuk melihat tahap kesediaan adik-adik ini untuk program ini. Nyata, mereka masih malu-malu untuk duduk di hadapanku.

Tiba-tiba ada sebatang tubuh datang ke arahku, dengan wajah yang tersenyum. Aku mengenali adik ini. Dia telah masuk ke kampus utama ini tahun lepas, dan ini adalah kali ke-berapa aku berjumpa dengannya, tapi bukan di dalam program akhawat. Terus fikiranku terlintas satu nama ; “Siti Noraishah.”

Teringat aku bagaimana kami berkenalan, dahulu kala. Aku mengenalinya tatkala kami sama-sama pergi ke program memperkenalkan Mahallah Khadijah di, Al-Malik Faisal Hall yang sangat famous di CFS IIUM, PJ. Aku keseorangan pada waktu itu. Lalu tergerak untuk berkenalan dengan manusia di sebelah kananku, iaitu adik Aishah yang sedang diceritakan ini. Pada waktu itu, aku melihat adik ini sangat bersemangat, dan seolah-olah teruja kerana diterima masuk ke CFS IIUM, pada waktu itu.

Aku yang merindukan sahabat-sahabatku, bertanyakan minatnya, kecenderungannya, dan tanggapannya pada pelajar yang berpersatuan. Telahan aku, aku ingin berkongsi dengannya cara-cara untuk memanfaatkan masa 2 tahun sebagai pelajar di pusat asasi itu.
Pada waktu itu, dia mengenaliku, sebagai senior, dan juga sebagai ex-FSCC. Terus dia meminta no telefon, dan menambah aku sebagai rakannya di FB.

Perkenalan kami terhenti di situ. Kami tidak lagi bersua muka, sekadar meng-update status masing-masing di alam maya.

Sebelum dia memasuki UIAM Kuantan tahun lepas, dia kembali menghubungi-ku semula, untuk bertanyakan tentang keadaan kampus Kuantan dan keadaan diriku yang bakal menjadi senior-nya semula.

Aku terharu, lalu aku berharap untuk kembali menyambung silaturrahim di kampus Kuantan ini.
Dan kini, aku berjumpa lagi dengannya, tapi bukan sekadar pertembungan biasa seperti di kafe, seperti selalunya. Tapi aku baru sahaja perasan yang aku sedang bertemu dengannya di program akhawat.

Kenangan dimatikan. Aishah menyambut tanganku lalu bersalam denganku, seperti kakak dan adik.



“Kak, saya baru nak berjinak-jinak dengan IKRAM ni. Doakan saya.”

Allahu akbar! Apa lagi yang lebih membahagiakan, daripada mendengar pesanannya itu :')

"Alhamdulillah... insha Allah." kata-ku, sambil menggenggam erat tanganyya. 

Terus, hati rasa girang. Dan tak semena-mena, terus bersemangat untuk mengadakan perbincangan dengan ahli Biro Dana yang sedia menantikan aku untuk gerakerja seterusnya. 

Terharu. Sangat terharu. 

Betullah kata akh Salim, tiada yang membahagiakan daripada berukhuwwah dengan saudara se-Islam, berlandaskan nikmat iman, melebihi saudara kandung yang punya pertalian darah.

Jalan DnT ini mungkin sukar, panjang, banyak mehnah, diuji bukan sekali dua, tapi nikmat yang lain seperti ukhuwwah islamiyyah, nikmat berlapang dada, semuanya! Semuanya bagaikan 'pengajaran' oleh Allah untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, hambaNya yang mengecap nikmat taqwa.

Itu, belum lagi dengan persoalan FAQ yang ditanya kepada saya, tatkala mengenali akhawat/ikhwah dari institusi lain.

"Macam mana kenal dia?"

"Oh, akak kenal _______?"

Hampir sahaja aku tak memberikan jawapan yang stabil kepada soalan-soalan sebegitu. Bagiku, biarlah aku sahaja yang menyimpan kenangan perkenalan kami, dan asbab bertemu mereka yang memang qowiy jiddan dariku. Biar sahaja perkenalan dengan mereka menjadi cerminan untuk diri aku memperbaiki mana yang patut. 


Doakan!

-UIAM Kuantan yang mendung-

Sambil menghirup kopi, menyiapkan report intern, dan menunggu waktu lunch. Erk.

Saturday, September 14, 2013

639. Aku, dan sem baharu.

Bismillah.

...... dan semester baru pun bermula :)

Namun sehari sebelum semester 'baharu' bermula, adalah hari yang paling ditunggu-tunggu... Erk. Berdebar.

Saya dan mereka. Mereka yang saya akan 'bekerjasama' bersama, untuk lagi satu sesi mendatang. Maka Ahad lepas adalah pertemuan pertama kalinya, setelah hampir 3 bulan tak bersua muka dengan akhawat lainnya. Pertemuan itu juga bersama rakan se-angkatan lain, yang walaupun berlainan jantina, tapi insha Allah sepakat untuk bergerak bersama demi yang kami cinta. DnT.

"Tanggungjawab perlu disertai dengan rasa 'cinta'."

Kalau tak cinta, pasti tak ke mana.

Bila cinta, mesti bersedia untuk berkorban, terutamanya masa.

Insha Allah.

Moga Allah kuatkan kaki untuk melangkah, bahu untuk menampung, dan mempermudah segalanya, biiznillah.

Doakan :)


Mahallah tiada air!

Pada hari pertama dalam minggu pertama di semester ini, para siswi diuji dengan ketiadaan air seharian suntuk! Malah untuk siswi M7, dua harian suntuk! Ok, pencemaran bahasa.

Tapi satu suasana yang sangat 'enjoy' dilihat ketika ketiadaan air ; hampir semua siswi berpusu-pusu ke masjid, especially ketika azan berkumandang. Subhanallah! Wow! 

Terbit rasa syahdu, mengenangkan hikmah yang Allah beri kepada kami :) Insha Allah ini permulaan yang baik.

"Aku nampak hikmah kita takde air ; semua org gi masjid." -quoted.

Naiss.


Dan syuro pun memudahkan segala :)

Menjadi ahli syuro bukanlah tiket untuk kita decide semuanya sesuka hati. 
Syuro mengajar, untuk berlapang dada dengan semua keputusan yang diputuskan, demi kesejahteraan kita bersama.
Walaupun secara teorinya, saya tidaklah begitu arif dan faham dengan jitu, tapi insha Allah bila mula diprektiskan, flow decision menjadi lebih mudah ; lagi mudah dari kita sangka!

Mungkin sebab itulah kita sangat sangat sangat digalakkan untuk membuat syuro, atau istisyarah, untuk membuat keputusan.

"Tidak rugi orang yang beristikharah, dan melakukan syuro."

-Quoted.

:)

Saturday, September 7, 2013

"Untunglahh."

"Aku dapat kerja kat ________. Huhu."

"Wahhh. Hurm, untunglahhh."

Krik-krik.

It was yesterday when I read someone had blogged about this not-so-fancy quote of "Untunglahh..". And that I realized that I'm not that alone who had this feeling of *blergh* and *not-not good* when people says this quote, even not to myself. If it happens for a person to say it to me, then the effect will be doubled. Heh.

I'm not so sure from where and who had quoted this word at first, but it happens to be a phenomenon that certain people used to love quoting this word over and over again. And this word is soo famous everywhere, in Malaysia, I guess.

You see, that "Untunglahh" word usually said with you-know-that-tone of uneasy, like a jealous tone or something, but it does really makes me feel uneasy too, after heard that word. I don't know what to re-act when people said that to me, and the same goes to other people too, I can feel that. It does make people stop and stare, and thinking twice on how to respond, or better not to. 

This quote also reminds me of a famous hadith of Rasulullah S.A.W,

"Speak good ; or remain silent."
(Bukhari and Muslim)

We can't control what other people want to think about us ; especially our uttering words that came out from our own mouth. But yes, we obviously can control on what the people can feel, or the memories that they will keep with us. We are human beings ; normal ones. Yet we can't be too husnuzhon all the time right? So please do take care of our words ; for they might had turn other people to feel uneasy about us. 

Words can do a lot of things ; be it to hurt, or inspire people.

It may be a thoughtless comment on something without ill-feelings, but yes, let's hope that everyone that talking to you will stay thinking good (husnu-zhon) of you despite of your words :)

Why don't we changed it to "Alhamdulillah.." then? It is more sweet and nice to hear right? :)


P.S peringatan untuk diri. doakan.

-thanks diyanah for inspire me to blog about this ;)

|iium kuantan|
maghrib yang sejuk.
menunggu roommates pulang.

Monday, September 2, 2013

638. Peralihan.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Allah izinkan lagi untuk menghirup udara bulan September. Hari ni, 2 September. Bermakna tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kaki ini melangkah masuk semula ke UIAM Kuantan, menyambung pengajian berbaki 3 semester. Cepat kan masa berlalu? Yup, sangat pantas! Rasa macam baru masuk Main Campus. Tapi kini, seorang demi seorang sahabat se-matrikulasi, KPM dan UIAM dahulu kala, especially di UIAM Gombak, meninggalkan Taman Ilmu dan Budi ini. Alhamdulillah jua, Allah bagi kesempatan untuk mengecapi hari-hari setelah internship. Yup, internship saya sudah berakhir. Tak pasti kenangan apa, manis pahit kelat masin yang tinggal di NIOSH, tapi sampai di situ sahajalah cerita saya, di NIOSH :) 
Jumaat lepas, merupakan hari terakhir saya berpraktikal di sana, dan pada masa yang sama NIOSH mengadakan rumah terbuka untuk semua staff dan client kesayangan mereka. Dan saya, menghitung detik-detik akhir menantikan pukul 5.15 petang yang merupakan waktu punch-out saya, yang terakhir. Semuanya, yang terakhir. Walaupun di hari akhir, tapi ada beberapa detik yang merupakan satu kebetulan, dan awal-awal perhubungan atas dasar sefikrah, terbina. Subhanallah. Dalam pada saya sedih sendiri, dan terkilan sebak di surau, doa dipanjatkan memohon petunjuk Allah serta memohon supaya Allah memujuk hati, saya dipertemukan dengan seorang staff yang tiba-tiba mahu berbual dengan saya. Al-kisahnya, dia sudah lama memerhatikan saya dari jarak jauh, dan merasakan saya seorang yang berfikrah, makanya tidak memulakan perbualan sebegitu mudah dengan saya. 
Saya pun tidak berapa mengenalinya. Cuma pernah mendengar cerita tentangnya sahaja. Encik D baru sahaja bertunang dengan salah seorang staff di situ juga, Kak R. Dalam pada tidak menegur, saya juga dapat merasakan Encik D seorang yang berfikrah, walaupun dia mungkin tidak se'kapal' dengan saya.
"So, macam mana kerja di NIOSH?" tanya beliau, selamba. Iyelah, umur baru mencecah 27 tahun. Saya menjawab seperti saya sudah mengenalinya, ada rasa selesa di situ.
"Takpe, saya faham nature budak UIA macam mana...", subhanallah. Kalau sahaja saya mengenalinya sejak awal berpraktikal dahulu lagi. Serius, rasa macam jumpa 'saudara' sendiri, walhal dia adalah orang yang asing, bukan jua ahli keluarga saya.
Paling saya ingati, dia memberi nasihat untuk saya, "Saya nasihatkan Anis plan masa depan Anis macam mana ; nak sambung belajar atau nak kerja terus. Tapi pendapat saya, kalau perempuan ni, better sambung belajar dulu. Bab Baitul Muslim, Anis dah boleh fikir sebab Anis nak masuk Final Year dah. Tapi plan masa depan macam mana." kata Encik D. Yup, dia juga merupakan bekas pelajar UIAM, tapi jurusan insinyur :) Lebih mengejutkan rupanya adik kami saling mengenali dan bersahabat baik di USM Kubang Kerian. Subhanallah, rasa sangat sangat happy dapat berjumpa dan berbual dengan beliau. Kerana fikrahnya, masha Allah, saya dapat rasakan Allah pertemukan kami untuk memujuk hati saya yang agak lara pada waktu itu.

Di akhir masa, saya tak dapat menahan dari mengalirkan air mata tatkala ingin berpisah dengan N, sahabat dari UPM, yang saya selesa bila bercakap, berbahasa dan ber'gosip' (halal) ;) Dia yang happy go lucky, sangat se'kepala' dengan saya yang tak berapa nak thiqah, tapi okaylaa ni. (ceh perasan) Teringat sewaktu mula-mula berkenalan dengan N dahulu kala. Tiba-tiba saya rindukan dia dan office-nya serta officemates nya yang lain. Sangat happening, baik, polite dan semuanyalah! Occupational Safety Division :) -TH- Antara nasihat yang dia berikan pada saya, "Semoga terus berusaha untuk tegakkan syiar Islam di bumi Allah ini." Masha Allah, dalam pada kami ber-ketawa bersama, itu nasihat berguna yang dia berikan kepada saya. Macam tau-tau sahaja cerita debaran saya. Semoga ukhuwwah ini kekal hingga ke syurgaNya, ameen.

Menjelang semester I 2013/2014
Hanya Allah yang mengetahui isi hati paling dalam diri ini. Cuak, takut, penuh harapan, excited, semuanya! Tapi saya lebih berdebar untuk menggalas tanggungjawab yang bak kata sahabat, Asywirah Afifah, "... jawatan tu kalau kena lelong pon orang tak nak..". Di sebalik rasa-rasa negatif yang sememangnya boleh meracuni fikiran saya, saya tertarik dan tergerak untuk memandang sudut positif dalam setiap perkara, especially perkara ini. Yup, bukan mudah. SEHARUSNYA tidak saya pandang sebelah mata dan enteng, insha Allah akan saya berusaha sebaiknya untuk lagi satu sesi bersama akhawat tercinta. Saya selalu terfikir sejenak, mungkin ini 'hadiah' Allah untuk saya, dan panduan dari Allah untuk saya lebih memperbaiki diri, dalam segenap segi. Mungkin selama ini saya boleh rasa berbelah bahagi untuk berubah atau berhijrah, tapi bukan kali ini. Mungkin tanggungjawab ini bakal membuka ruang atau titik tolak kepada saya untuk tanggungjawab yang lebih besar dalam kehidupan, di masa akan datang.
Saya dapat rasakan.
Doakan saya.

-anis-
hulu langat, macam nak hujan, usai Zuhur.


Tuesday, August 20, 2013

637. Hari-hari akhir.

Bismillah..

Alhamdulillah, masih bernafas pada Syawal ke-13 :)

Seriously rasa bersalah pada blog ini ; dan juga diri sendiri. Hasrat dan harapan kononnya nak activate your life pada blog ni tatkala menghadapi internship, tak kesampaian. Sekadar hasrat je. Takpe, busy kan (konon). 

Pray for Egypt.


Alhamdulillah jua, diam tak diam, saya sudah berada di minggu ke-10 berpraktikal. Seronok? Hurm, biasa. Ada beberapa orang staff yang cuba mengorek-ngorek rahsia hati saya tentang praktikal ni. Ecewah. Soalan FAQ untuk minggu ni, dan bakal jua minggu hadapan, "Apa perasaan praktikal kat sini? Sedih tak nak habis praktikal?". Oh my Allah, I need to find for the perfect answer :)

Pada hari-hari akhir sebelum Ramadhan, saya mula menampakkan something yang I will be missed here, at NI__SH. Baru rasa, "Hurm, best jugak lah intern kat sini.". Ah well, biasalah tu. Dah nak habis baru nak feeling2 la kan. But I will stay with macho-ness kan, tak nak sedih2. insha Allah :)

Untuk minggu ke-10, apa yang saya belajar adalah, something. Saya baru nampak REALITI kehidupan bekerja, yang sangatlahhhhh berbeza dengan kehidupan student a.k.a pelajar. Kononlah tak sabar nak kerja kononnya tak sabar nak ber-gaji, tak nak hadapi exam2 dunia ni whatever. Student JAUH lagi best kot. Tak perlu nak fikir banyak, fikir study je. Ye, saya rindu nak sambung belajar sekarang.

What I miss the most sekarang adalah, kehidupan saya sebelum internship. 

Saya harap saya dapat 'cari' balik feel itu, Anis yang saya kenali, kembali rapat dengan al-Quran dan saya harap saya tinggalkan something kat tempat intern saya tu.

Saya harap.

Dan saya tak meninggalkan nama dan belang je, tapi yang lebih bermakna dari itu.

Of course, bukan hati saya.

:)




Wednesday, July 24, 2013

636. Diam itu jawapan abstrak.


Untuk minggu ke-6 ini, saya telah reveal my other part.

Untuk situasi yang 'tak terduga', diam adalah cara saya. Best juga rupanya menjadi seorang pendiam ni. Heh.
































Kalau sahaja mereka-mereka boleh baca hati saya melalui diamnya saya,

kan mudah?

Kalau sahaja segala persoalan yang ditanya itu tak berjawab,

lalu didiamkan dan dilupakan segala persoalan itu,

kan lebih mudah?


Diamnya saya, juga adalah sebuah jawapan. Jawapan yang tak tertafsirkan, mungkin. 

o Allah, berilah kefahaman kepadanya supaya tidak terus-terusan mengganggu konsentrasi. Ameen.


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...