Monday, September 2, 2013

638. Peralihan.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Allah izinkan lagi untuk menghirup udara bulan September. Hari ni, 2 September. Bermakna tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kaki ini melangkah masuk semula ke UIAM Kuantan, menyambung pengajian berbaki 3 semester. Cepat kan masa berlalu? Yup, sangat pantas! Rasa macam baru masuk Main Campus. Tapi kini, seorang demi seorang sahabat se-matrikulasi, KPM dan UIAM dahulu kala, especially di UIAM Gombak, meninggalkan Taman Ilmu dan Budi ini. Alhamdulillah jua, Allah bagi kesempatan untuk mengecapi hari-hari setelah internship. Yup, internship saya sudah berakhir. Tak pasti kenangan apa, manis pahit kelat masin yang tinggal di NIOSH, tapi sampai di situ sahajalah cerita saya, di NIOSH :) 
Jumaat lepas, merupakan hari terakhir saya berpraktikal di sana, dan pada masa yang sama NIOSH mengadakan rumah terbuka untuk semua staff dan client kesayangan mereka. Dan saya, menghitung detik-detik akhir menantikan pukul 5.15 petang yang merupakan waktu punch-out saya, yang terakhir. Semuanya, yang terakhir. Walaupun di hari akhir, tapi ada beberapa detik yang merupakan satu kebetulan, dan awal-awal perhubungan atas dasar sefikrah, terbina. Subhanallah. Dalam pada saya sedih sendiri, dan terkilan sebak di surau, doa dipanjatkan memohon petunjuk Allah serta memohon supaya Allah memujuk hati, saya dipertemukan dengan seorang staff yang tiba-tiba mahu berbual dengan saya. Al-kisahnya, dia sudah lama memerhatikan saya dari jarak jauh, dan merasakan saya seorang yang berfikrah, makanya tidak memulakan perbualan sebegitu mudah dengan saya. 
Saya pun tidak berapa mengenalinya. Cuma pernah mendengar cerita tentangnya sahaja. Encik D baru sahaja bertunang dengan salah seorang staff di situ juga, Kak R. Dalam pada tidak menegur, saya juga dapat merasakan Encik D seorang yang berfikrah, walaupun dia mungkin tidak se'kapal' dengan saya.
"So, macam mana kerja di NIOSH?" tanya beliau, selamba. Iyelah, umur baru mencecah 27 tahun. Saya menjawab seperti saya sudah mengenalinya, ada rasa selesa di situ.
"Takpe, saya faham nature budak UIA macam mana...", subhanallah. Kalau sahaja saya mengenalinya sejak awal berpraktikal dahulu lagi. Serius, rasa macam jumpa 'saudara' sendiri, walhal dia adalah orang yang asing, bukan jua ahli keluarga saya.
Paling saya ingati, dia memberi nasihat untuk saya, "Saya nasihatkan Anis plan masa depan Anis macam mana ; nak sambung belajar atau nak kerja terus. Tapi pendapat saya, kalau perempuan ni, better sambung belajar dulu. Bab Baitul Muslim, Anis dah boleh fikir sebab Anis nak masuk Final Year dah. Tapi plan masa depan macam mana." kata Encik D. Yup, dia juga merupakan bekas pelajar UIAM, tapi jurusan insinyur :) Lebih mengejutkan rupanya adik kami saling mengenali dan bersahabat baik di USM Kubang Kerian. Subhanallah, rasa sangat sangat happy dapat berjumpa dan berbual dengan beliau. Kerana fikrahnya, masha Allah, saya dapat rasakan Allah pertemukan kami untuk memujuk hati saya yang agak lara pada waktu itu.

Di akhir masa, saya tak dapat menahan dari mengalirkan air mata tatkala ingin berpisah dengan N, sahabat dari UPM, yang saya selesa bila bercakap, berbahasa dan ber'gosip' (halal) ;) Dia yang happy go lucky, sangat se'kepala' dengan saya yang tak berapa nak thiqah, tapi okaylaa ni. (ceh perasan) Teringat sewaktu mula-mula berkenalan dengan N dahulu kala. Tiba-tiba saya rindukan dia dan office-nya serta officemates nya yang lain. Sangat happening, baik, polite dan semuanyalah! Occupational Safety Division :) -TH- Antara nasihat yang dia berikan pada saya, "Semoga terus berusaha untuk tegakkan syiar Islam di bumi Allah ini." Masha Allah, dalam pada kami ber-ketawa bersama, itu nasihat berguna yang dia berikan kepada saya. Macam tau-tau sahaja cerita debaran saya. Semoga ukhuwwah ini kekal hingga ke syurgaNya, ameen.

Menjelang semester I 2013/2014
Hanya Allah yang mengetahui isi hati paling dalam diri ini. Cuak, takut, penuh harapan, excited, semuanya! Tapi saya lebih berdebar untuk menggalas tanggungjawab yang bak kata sahabat, Asywirah Afifah, "... jawatan tu kalau kena lelong pon orang tak nak..". Di sebalik rasa-rasa negatif yang sememangnya boleh meracuni fikiran saya, saya tertarik dan tergerak untuk memandang sudut positif dalam setiap perkara, especially perkara ini. Yup, bukan mudah. SEHARUSNYA tidak saya pandang sebelah mata dan enteng, insha Allah akan saya berusaha sebaiknya untuk lagi satu sesi bersama akhawat tercinta. Saya selalu terfikir sejenak, mungkin ini 'hadiah' Allah untuk saya, dan panduan dari Allah untuk saya lebih memperbaiki diri, dalam segenap segi. Mungkin selama ini saya boleh rasa berbelah bahagi untuk berubah atau berhijrah, tapi bukan kali ini. Mungkin tanggungjawab ini bakal membuka ruang atau titik tolak kepada saya untuk tanggungjawab yang lebih besar dalam kehidupan, di masa akan datang.
Saya dapat rasakan.
Doakan saya.

-anis-
hulu langat, macam nak hujan, usai Zuhur.


2 comments:

Umairah. said...

:)

moga Allah bukakan laluanNya seluas-luasnya untuk adik akak sorang nie.

ameen.
think, and plan!
:D

A.N said...

ameen ya Rabb. mohon doa dan tunjuk ajar dari akak :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...