Bapa. Ayah.
Setelah ibu, ayah menjadi tempat rujukan aku,
especially bab-bab nak buat keputusan, untuk sebuah keputusan, atau hal-hal
yang aku rasa ‘susah’ atau ‘clueless’ bila share dengan ibu.
Untuk aku sebagai pelajar ni, selalunya aku akan
merujuk ayah bila tiba bab2 kewangan, yang tak menentu -.-
Dan setiap kali aku ingin meminta, memohon, aku rasa
serba salah sendiri.
“Eh, takpe ke eh?”
“Ayah ada duit tak eh?”
“Menyusahkan ke tak ni?”
… dan banyak lagi dialog yang bermain dan rancak
dimainkan dalam fikiran dan hati.
Untuk setiap kali, ibu selalu pesan untuk minta apa
sahaja pada ayah, jangan takut-takut.
Dan setiap kali itu jugaklah, aku takut.
Takut menyusahkan.
Dan setiap kali ‘meminta’ pada ayah, setiap kali itu
jugaklah aku terfikir sejenak,
“Kalau ayah takde, ada tak orang lain yang boleh aku
mintak-mintak macam ni?”
Aku sedar, ayah takkan selamanya memberi apa yang aku
minta.
Dan aku pun tak dapat nak jangka sampai bila aku harus
meminta, untuk mendapatkan.
Mungkin ; pada seseorang lainnya, bakal ada seseorang
yang akan ‘menggantikan’ tempat ayah.
Waktu itu, aku pun tak wajib untuk mematuhi ayah lagi.
Aku hanya perlu ‘mematuhi’ seseorang itu, dan mana-mana pintu syurga akan
terbuka buatku.
Tapi aku hanya mampu berdoa supaya seseorang yang
dimaksudkan itu dapat menggantikan tempat ayah, dengan sebaik-baik definisi ‘meng-gantikan’.
Aku hanya mampu berdoa buat waktu ini.
Sebab aku tak jumpa lagi orang yang dapat meng-gantikan
‘tempat’ ayah ; kurang lebih pada waktu ini.
Semoga aku dapat berjumpa dan re-unite balik dengan
ayah, dalam syurga nanti.
Semoga ; Allah kurniakan darjat dan pahala yang terbaik
buat ayah, kerana sentiasa bersabar dan menunaikan permintaan anak sulungnya
ini.
Ameen.
*nangis*
No comments:
Post a Comment