Bismillah.
Semakin umur bertambah, semakin kita akan mengenali diri kita. Siapa kita, TUJUAN hidup kita, kelebihan kita, kelemahan kita, dan ___-kita lainnya.
Alhamdulillah, semalam dapat menyempurnakan tiga (3) hak sekaligus! Hak kepada organisasi, hak kepada seorang roommate (yang bernikah) dan hak kepada akhawat yang nak balik ke Kelantan. :)
Dalam menyempurnakan hak-hak tersebut, sesekali terlintas di fikiran, apakah saya sudah menyempurnakan hak-hak orang di sekitar saya, sesempurna mungkin? - Atau saya yang 'syok sendiri' menyangka saya sudah menyempurnakan, apa yang perlu diselesaikan sebaiknya?
T___T
Berpeluang, buat pertama kali dalam hidup, pergi sebagai perwakilan di sebuah perhimpunan agung sebuah jemaah Islam adalah perkara yang - tak pernah terlintas di fikiran, apatah lagi tertulis oleh saya dalam diari atau wishlist sepanjang 23 tahun 10 bulan hidup di muka bumi ini.
Alhamdulillah rabbal 'alamin atas nikmat ini.
Tak dapat saya nafikan, saya menunggu tarikh 25 Januari ini.
Terkadang jua saya terfikir 'nakal', macam mana dan bagaimana saya boleh 'terjebak' dalam kehidupan special ini? :) Biarlah jawapan saya menjadi antara rahsia saya dan Pemilik saya dan sekalian alam ini.
Menyaksikan, dan berjumpa dengan pimpinan dari cawangan lain merupakan satu perasaan yang ; how to say this, mixed feelings. Sering tertanya-tanya, perlu ke saya bangga? Perlu ke saya terus merendahkan diri, terkadang rasa perlu juga merasa 'izzah dengan title student UIAM yang tersemat pada diri. Untung-untung perhimpunan kali ini diadakan di UIAM Gombak. Apa yang penting, saya terus menerus rasa rendah diri, sehinggakan terasa inferiority complex jatuh sikit berbanding kebiasaannya.
Siapalah saya, berbanding dia, mereka, dan mereka di situ semalam. Saya bukan siapa-siapa, jauh sangat bukan seorang siapa. Tapi sekadar, "Siapa entah..".
Over kan? Huhu.
 |
| Doakan saya tetap teguh! |
#affected
Dan rasa inferior yang melampau itu berterusan sehingga ketika entri ini ditaip. 26 Januari! Relax-lah bro.
Sehinggakan ibu menegur saya yang banyak mendiamkan diri, sehingga jam 12.41 tengahari ini. (ceh, lepastu update blog)
Lantas, ibu banyak memujuk saya tatkala saya sedang menjamu roti jala berkuah kari ayam tadi.
Yes, ibu sangat penyabar. Selalu memberi nasihat, and she's my true confidant after all.
Baru saya teringat, ibu-lah yang selalu memujuk saya tatkala saya mendapat nombor yang tidak top sewaktu bersekolah dahulu kala.
Ibu juga yang memujuk ketika result SPM 2007 keluar dahulu.
Kini ibu 'terpaksa' mendepani saya melayan kerenah saya yang tak habis-habis nak rasa inferior dengan segala kelemahan diri saya sendiri. Kesian ibu T___T
"Setiap kali akak rasa rendah diri, cuba fikirkan orang yang berada lagi bawah dari akak..."
Ibu selalu pesan itu. Yes.
#masalalu
Bagaimana mungkin saya tak merasa inferior, especially bila mengenangkan masa lalu saya yang tidaklah berapa #cantik untuk diingatkan apatah lagi dikenang?
Dengan taklifan yang ada sekarang, sudahlah bertambah rasa rendah diri ini.
Saya sudah berjanji dengan diri ; tidak akan mengungkit lagi segala kisah lalu saya. Yang manis, pahit, kelat, masin, semuanya! Tapi kadang-kadang jauh di sudut hati saya mengimpikan kembali masa silam saya yang manis tatkala mengecapi rasa berjaya itu ini.
Tapi pada masa yang sama, saya sedar, masa lalu adalah perkara yang paling jauh dalam hidup, bak teka teki oleh Imam Nawawi. You can't go there anyway, though you will always re-visit that place deep in you heart and mind.
"Macam mana awak kenal Halim?" tanya seorang akhawat, M yang sangat baik dengan saya. M baru berjumpa dengan Halim di majlis itu, dan kebetulan Halim adalah rakan kepimpinan nuqaba' M dahulu kala ketika di Pusat Asasi.
Saya sekadar tersenyum. Dia menjadi semakin curious untuk tahu, walaupun saya semacam mengelak untuk bercerita.
"Saya pernah pergi rumah dia kot." jawab saya ringkas. Dengan harapan itu dapat menjawab segala persoalan dia di benak. Dua akhawat melahirkan tanda teruja. Sengaja, memang saya mengenali akhi tersebut dan pernah ke rumahnya bersama Haziqah dan seorang pensyarah kerana melawatnya yang kemalangan, ber-simen kaki bagai. Agak teruk. Tapi saya tak ceritakan pada sesiapa, walaupun kepada dua akhawat tersebut. Kisah lama la katanya.
"Itu baru Halim." saya sambung lagi sekadar menyemarakkan api yang sedang marak, ok kali ni benar-benar penamat, saya takkan sambung lagi. Titik.
Kerana kini, hati rasa seperti di siat-siat bila ada yang cuba membuat saya 'bercerita' kembali mengenai kisah lalu.
Dan untuk menyaksikan beberapa susuk yang pernah menjadi kenalan suatu masa dahulu, menaiki pentas untuk berbahas, berucap, mengambil hadiah dan sebagainya, adalah suatu perkara yang, well - mencemburukan. Positif insyaAllah.
Kini saya di tempat duduk, sekadar memerhatikan dari jauh mereka-mereka ini yang lebih berketerampil di hadapan, memberikan hujah berani untuk memperbaik organisasi.
Cukup. Inferior.
Mungkin perlu rancang strategi yang lebih mapan,
dan terus apply kata-kata pak cik RM,
"Just Do It. Lillahi ta'ala!"
insyaAllah.