Di suatu Jumaat, semasa cuti semester UIAM yang lepas.
Kadang-kadang pertemuan yang tak terjangka, atau yang dirancang last-last minute ni memang best kan? ;) Lagi best dan happening dari yang dirancang berminggu-minggu, mengikut kadar kesesuaian bajet etc la of course.
Saya berdebar. Tak tahu kenapa. Saya bakal berjumpa dengan seorang sahabat, so-called my long lost friend, gituh. Tidaklah lost sangat memandangkan saya dengannya sering berhubung via FB dan lewat Whatsapp.
Saya di Malaysia. Dia di Birmingham.
Itu cerita 4 tahun lepas.
Tapi untuk 14 tahun kebelakangan, masih segar dalam ingatan, wajah sahabat dan antara orang pertama mewarnai dunia persekolahan saya di Darjah 1, Izzah yang kurus orangnya. Haha! Kami bersahabat baik, dan juga satu kelas yang sama dari Darjah 1 hingga Darjah 4. Semuanya dilakukan bersama; join Pengawas, masuk pertandingan itu ini (choir la mcm2). Dan jujur, kami juga sering berlumba dalam kedudukan kelas. Tapi Izzah banyak mengatasi dan dia memang bijak secara semulajadi. Hehew.
Habis Darjah 4, saya ditukarkan ke sekolah berhampiran rumah, dan bukan lagi di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2. Wow! Rasa dejavu pula menaip nama sekolah lama. Bermula Darjah 5 saya meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri. Sekali sekala (kalau teringat sebenarnya haha), saya akan menghubungi Izzah menerusi telefon rumah. Epik. Tapi semakin lama semakin jarang, dan akhirnya 'terputus' sekejap. Saya berpindah rumah, dan takde klu nak hubungi Izzah menerusi apa dan bagaimana.
Tapi jauh di sudut hati dan fikiran, selalu juga teringatkan dia. Especially bila mengenangkan zaman kegemilangan sekolah.
Akhirnya! Saya dihubungkan semula dengan Izzah, melalui sahabat CFS, Farahin yang merupakan classmate Izzah di Aminuddin Baki. Serius terharu! Huu. Dunia ni kecik je sebenarnya!
Tapi dalam masa 4 tahun berhubungan (setelah dipertemukan secara 'maya' semula oleh sahabat kami), kami tidak di-rezeki-kan untuk bertemu. Mungkin kerana saya yang banyak menghabiskan masa di Kuantan. Dan nak dijadikan cerita, adik perempuan Izzah kini juga menuntut di UIAM Kuantan, jurusan bioteknologi. Jodoh, mungkin :)
Kini (hari Jumaat tersebut), tiba-lah masa untuk berjumpa. Saya mengambil-nya di PPUM, dan kami bersembang banyaaaaaaak benda! Dari keluarga, study, kerja, usrah, akhawat, volunteering, dan tidak dilupakan, Baitul Muslim. Ehem.
Sewaktu dia mula-mula masuk ke perut kereta, tak tau nak re-act apa (haha!). Tapi momen itu tidak awkward as expected, tapi masing-masing tergelak sendiri. Izzah masih kurus seperti dulu, tapi sudah normal :D
"Aku tahu kau kawan aku, tapi aku tak tau nak react dengan aku yang macam mana. Sebab dah lamaaa sangat aku tak jumpa kau." bebel saya sambil drive ke arah Mid Valley.
"Ah, jadi diri kau je." balas Izzah di tempat co-driver. Sempoi. Bagus. Since dia pun graduan Psychology, dia faham kot. Kot.
Disebabkan terlalu lama tak jumpa, 14 tahun, saya jadi kekok nak jadi Anis yang 'mana'. Terlalu ramai orang yang saya kenal selepas umur 10 tahun, dan saya pasti peribadi saya pun pasti berubah walaupun saya nak menafikan saya berubah.
Tapi Izzah relax je. Dan awkward moment takde. Kami berbual macam biasa, dan saya pun dapat connect secara ruhiyy-nya. Wow. Mungkin juga sebab dia seorang akhawat ;)
Best feeling I would said. Inilah dinamakan tracking down memory lane, kaw2 bersama orang-orang di zaman muda dulu :P
Seronok. Dan saya berharap dapat berjumpanya, dan bersahabat kembali dengannya, macam dulu-dulu. Semoga Allah berkati ukhuwwah ini hingga Jannah!
Ameen :)
P.S Thanks Izzah belanja makan. "Biarlah aku belanja, aku kan dah kerja..." ;)
No comments:
Post a Comment