Bismillah.
Sejak mula faham, tahu erti ber-organisasi sikit-sikit, dengan pengalaman tak banyak mana, saya banyak belajar ragam manusiawi yang pelbagai. Alhamdulillah.
Dan sangat terlalu mungkin, mereka juga menjadi semakin mengenali saya. Banyaklah sisi-sisi yang mereka ketahui, padan muka Anis.
Apa yang menjadi trending setiap kali bertukar pimpinan, pasti ada individu atau exco atau biro yang merasakan, jobscope mereka
Contoh mudah, biro Program Coordinator dan biro Certificates and Prizes.
Aik, macam kenal je. Macam tau je. *peluh
Sebenarnya, sebelumnya saya pernah merasa rasa inferior ini.
Tapi ketahuilah wahai pimpinan penggerak sekalian, kalau biro anda dirasakan tidak penting bagi anda, bayangkan apa pula anggapan biro-biro lain terhadap biro anda?
Eh, fahamke?
Kalau anda sebagai ahli biro tidak berasa 'izzah dengan kepentingan biro anda, bagaimana nak menghasilkan gerakerja yang sinergi antara pimpinan?
Ok, terlopong sekejap.
We are what we think. Sila jangan sesekali berasa diri anda tidak penting. Tapi jangan pula merasa diri anda terlebih penting -- pesanan untuk diri sendiri yang menaip ini, terutama.
Mengambil contoh di atas, kalau anda sebagai ketua biro Cert & Prizes tu rasa rendah diri dengan biro anda sendiri dan merasakan biro anda tak penting (takda pun takpa aih. tak efek apa pun.), maka anda menzalimi jawatan anda itu sendiri. Apa symptomnya?
- Takda apa nak update waktu meeting
- Hanya mendengar biro-biro lain membentangkan plan
- Tak bersikap responsif dan reaktif ketika meeting
Nampak macam mudah dan simple. Macam tak perlu je share pasal benda ni kan. Tapi hakikatnya ahli organisasi/pimpinan sangat kena ada mind-setting begini.
Hakikatnya, semua biro dan individu dalam pimpinan penting sebenarnya.
Kalau tak penting, buat apa masukkan atau spesifikkan jobscope biro dalam organisasi, ye dop?
Semua individu tanpa mengira lapisan adalah complement to each other. Saling melengkapi. Presiden tak selamanya benar, dan Ketua Biro tak selamanya salah.
Dan anggapan bahawa wujudnya biro-biro penting (kononnya) adalah salah sama sekali. Sebagai contoh (again), biro PC dirasakan penting kerana berkait rapat dengan perjalanan sebuah program. Tapi sedarkah anda, dalam banyak-banyak program, hanya berapa kali sahaja program tersebut bertukar dari plan A ke plan B? Macam tak banyak je.
Tapi, berapa banyak program tergendala sebentar kerana susun atur hadiah mengikut pemenang, di-salah susunkan?
Hadiah tak cukup?
Pemenang tak datang untuk ambil hadiah? (MIA, lost contact)
Ok banyak kali.
Dan semua tu jobscope siapa? Yes.
Dan post saya ini bukanlah untuk menidakkan tugas PC yang dianggap penting oleh ramai pihak itu. Cuma, sekadar ingin menunjukkan hubungan kerjasama biro yang perlu ada dan bukan untuk menidakkan biro-biro tertentu!
Mungkin, biro yang dirasakan penting itu hanyalah kerana biro tersebut selalu berhadapan dengan stakeholder organisasi. Itu sahaja.
Dan biro yang dirasakan
Itu sahaja bezanya. Of course, kita akan menjaga apa-apa yang berkait rapat dengan 'client' kita :)
Bagi pemimpin yang bijaksana, mereka tidak akan double standard dengan hal-hal asas organisasi sebegini. Semua orang dirasakan penting dalam organisasi dan you deserved that!
Maka janganlah kita berasa kurang 'izzah dengan kepimpinan kita, biro kita, tanggungjawab kita. Jangan! Jangan menzalimi diri anda, biro anda dan anak-anak buah anda.
Jika anda punya tanggapan sedemikian, cepat-cepat rejuvenate diri dan reflek kembali keikhlasan kita bekerja dalam lapangan ; adakah untuk merasa diri penting, atau tugas kita laksanakan dengan jayanya?
Woah, susah soalan.
Kalau jawapan anda yang nombor dua, maka selayaknya untuk kita berusaha ke arah kesempurnaan bekerja dan jangan biar orang lain dalam organisasi rasa biro kita tidak penting, malah sangat penting dan sangat memberi impak okay!
"Verily Allah has prescribed excellence in all things. Thus, if you kill, kill well; and if you slaughter, slaughter well. Let each one of you sharpen his blade and let him spare suffering to the animal he slaughters." [hadith 17]
Jom buat semuanya se-ikhlas se-ihsan mungkin!
Lillahi Ta'ala.
P.S Harap tak merepek kerepek.

No comments:
Post a Comment