Sunday, January 12, 2014

654. Semester Enam (6).

Bismillah.

Alhamdulillah, berjaya melepasi ujian saringan ke Semester 7. 

Rasanya dah buat yang terbaik. RASANYA. 
InsyaAllah kalau takde aral, akan melangkah ke semester 7 dengan jayanya. Doakan.

Sejak menyambung pelajaran di UIAM, pertukaran tahun masihi memang tak dirasakan sangat. Kerana setiap kali tahun bertukar, kami pasti dalam mengharungi fatrah exam, di mana hari yang dikenalpasti selalunya adalah hari yang ada paper ; yakni hari yang ada exam!

Pathetic.

Tapi sedaya upaya akan cuba keep on track dengan hari, supaya tak ter-miss any good/partially good or not even good news di media massa. 

Dan dalam sedar tak sedar, usia semakin bertambah. Twen-teen Four.

Dan ketika umur bertambah juga aku akan sedar, ujian dan 'agenda' kehidupan pun, macam bertambah - matang. Dan berat. Dan - mengajarkan.

Dan semester 6 ini ; paling padu ujiannya.


#1. Surat Chenta Pak Guard

Untuk pertama kalinya, aku mendapat surat chenta yang selama ini di-canangkan oleh student UIAM. Yes, surat cinta ini bukanlah dari orang yang kita cintai, obviously. Dan surat cinta ini adalah yang paling 'disukai' rakyat jelata UIAM tak kira di kampus mana sekalipun. Mungkin CFS IIUM Gambang termasuk sekali? Mungkin. Bakal.

Dan surat cinta yang aku dapat, bukan satu. Tapi dua (2).

Benar. Mungkin salahku. Tapi asbab utama kesalahan, aku rasa seperti mangsa keadaan.

Ok, benda dah lepas. Aku pun tak suka nak ungkit-ungkit, memang takde lebihan masa nak ungkit. Cuma aku harap, dengan adanya coretan kat sini, serba sedikit dapat mengingatkan diri aku kelak. 

InsyaAllah.

Aku halalkan RM50 untuk dua (2) kali clamp. Moga bermanfaat untuk ummah, kalau tak ummah pun, rakyat UIAM pun cukuplah!


#2. Handphone rosak

Aku tak tau lah apa lagi istilah 'nikmat' yang 'ditarik' sekejap oleh Allah untuk kesedaran diri aku sendiri. 

Menghadapi hari-hari awal di tahun baru TANPA handphone, agak payah.

Handphone aku biasa-biasa sahaja, bukan dalam kalangan keluarga Android pun. Tapi aku cukup bersyukur, kerana ayah bagi aku peluang untuk pakai smartphone tersebut, yang menjadi impian aku berbanding Android lainnya, sebelum aku bekerja. Dulu aku fikir aku akan pakai ketika aku bekerja nanti, tapi rezeki datang awal sikit :)

Aku cukup suka handphone aku sekarang ni, walaupun at the same time hati ini mudah terpikat dengan kecanggihan application dan widescreen Note III atau Mega. Tapi kerana aplikasi mudah ala-ala pejabat yang ada di handphone-ku, aku bersyukur.

9 hari menjalani 'rehab', cukup untuk buat aku bertambah 'sayang' dan ingin menjaga handphone-ku dengan lebih baik. Allah. 

Ketiadaan'nya' di sisi, buat aku terfikir, "Memang benda kat dunia ni temporary je kan?"


#3. Taklifan

Semester 6 menyaksikan aku diturun-kan dari kalangan MRC tenure ini. Genap setahun ber-'khidmat', akhirnya tiba masa yang dinanti-nanti  kami diturunkan, dan digantikan dengan yang lebih baik, insyaAllah. Aku mengucapkan tahniah dan takziah untuk junior-ku, Najihah sebab dinaikkan sebagai Presiden MRC menggantikan previous boss aku. 

Tak dapat dinyatakan perasaan ketika menerima sijil penghargaan dari Principal, tanda stepping down. Suka?

'Ala kulli hal, MMRC banyak mengajar aku erti berpersatuan yang mungkin selama ini aku terlepas pandang. Mungkin dalam pada aku syok sendiri berpersatuan di persatuan lain, rupanya ada juga persatuan yang berpersatuan dengan gaya yang berlainan serta campuran emosi yang ternyata, lain bro!

Cukuplah.

Cukuplah MRC marks the end of my socialite days in IIUM. Adapun semester lebihan aku di sini tak memungkin-kan aku untuk berpersatuan lagi, dan aku harap aku dapat menghabiskan hari-hari akhir aku di IIUM dengan jayanya ; ijazah. InsyaAllah ameen.


#4. FYP. 

Suka untuk aku ingatkan diri aku sendiri bahawasanya aku adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan projek tahun akhir di sebuah IPTA. 

Bunyi macam cool kan? Memang pun.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Extraction -> Analysis. 


Sungguh, mohonlah pada Allah untuk mempermudah segala urusan untuk kita, walaupun untuk mengikat tali kasut sekalipun!







No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...