Friday, January 3, 2014

651. Bergerak (iv)

"Dia tak angkat phone."

Sudah. Tengok jam, menunjukkan pukul 5.30 pagi. Subuh bakal menjengah. Kami berada dalam perut kereta merah, di persiaran masjid ; terfikir-fikir nak gerak dulu, atau solat Subuh dulu.

"Kita jalan dulu kot. Nanti subuh kat RnR." suggest seorang ukhty. 

Panggilan dibuat kembali. Kami tekad untuk gerak dulu, memandangkan janji dah dibuat. Pukul 9 di UIAM. Pukul 10 pagi di pejabat. Pergh,  sempat ke ni?

"Ok ok. Dia baru bangun. Bateri kong tak sempat caj. Korang gerak la dulu. Nanti jumpa kat RnR."

Wah.
Geram? Tipulah kalau takde walau sekelumit. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana. InsyaALLAH sempat je, tapi kena sangat 'kelajuan' dan 'fokus' lah memandu.

Tapi bila diingat semula, macam lucu pun ada.
Bila kenangkan semangat akhawat yang 'macam-macam', yang susah melintang depan mata pun, insya Allah rasa senang je ^_^ (eceh)

Alhamdulillah, akhawat yang 'terlewat' tadi menunjukkan hamasah ketika ber-jaulah. Memanfaatkan setiap waktu dan ketika untuk belajar dengan lebih senior. I can see her effort! ^_^

Begitulah ; kalau kita salah, kena cepat-cepat cover dengan perkara2 yang baik, istighfar. Kalau salah dengan orang, kena minta maaf cecepat. Kalau tak, kena bahan :P

Untuk marah, atau stay calm, 
pilihan di tangan kita. Kita yang decide, iman membantu utk tolong decide.
Benar sungguh kata Dr. Har, "Emosi itu tingkap kepada akal."

Kalau marah, kira emosi tak stabil. Waktu tu, cakap2 dia pun jangan amik pusing sangat. #eh

Kadang kadang fikir, kalau marah, tak ke mana pun. Kalau tak marah, pun tak ke mana. Tapi impak berbeza untuk keduanya. Kalau marah, kita tak tentu puas hati pun lepas tu, makin membara ada lagi!
Hati orang pun terasa. Tak memasal je menempah dosa kering.

Kalau tak marah, mungkin kita memendam rasa. Tapi insyaAllah dengan hikmah sabar yang Allah ketuk kita banyak kali dalam Quran, rasa marah akan reda, dan mungkin hilang tanpa kita sendiri sedari. Hati orang pun tak terluka.

Lately ni kalau nak marah, selalu cakap kat diri sendiri,

"Perempuan gemuk memang kuat emo, kuat marah. Tak lawa betul!"

Haha. Okbai.

Tuesday, December 31, 2013

650. Historeh!



"Erm.. bagi saya cendol.."

Tenung muka Amal.

"Cendol.. pulut 1?"

Riak Amal tak berubah. Aku je yang perasan.

Tetiba rasa nak makan cendol pulut, on 31st December 2013.
Akhirnya aku memilih 'pulut' dalam menu.

Sungguh, manusia berubah (Baca : People's changed)
Tunggu masa, hari, detik sahaja.

History. Boleh tukar cara perkenalkan diri (ta'aruf) sekarang.
"Tak-minat-pulut" dah tak valid.




Monday, December 30, 2013

649. Bergerak (iii)

Epilog.


“Anis..”

“Rindu nak pergi jaulah. Rindu pada suasana semua orang berpening-pening fikir pasal tarbiyyah.”

Tiba-tiba F meluahkan rasa terpendam di dinding Whatsapp.

Luahannya bukan saja-saja. Luahannya disertai kerisauan yang membungkam hatinya, sejak-sejak pulang dari jaulah yang lalu.

Dan aku, rasa perlu turut ‘tumpang’ merasai kerisauannya.
Jumlah itu kelihatan semakin kecil saban tahun. Semoga Allah ilhami dan gerakkan hati-hati manusia untuk ‘menambahnya’.

***

Babak I : Dalam Kereta.

“Dah dah. Biar saya bawak. Awak prektis je.” Ujar F, sambil menukar haluan ke arah pintu pemandu.

Sepanjang perjalanan dari Lanchang, dia melayan saya. Saya melayan kerenahnya. Tidak tidur, tidak terlelap! ‘Menemaninya’ memandu, bagi dia kopi saat dia perlu. Haha!

“Cuba tengok ayat 38, surah at-Taubah. Apa kata awak elaborate sikit daripada ayat tu bla bla bla…..” bebel yang aku rasakan arahan chomel dari seorang pemandu. Sempat lagi memberiku idea untuk ucapan. Ucapan bro! Sangat bukan aku. #nangis

“Ok tak? Ke panjang sangat?” tanyaku setelah prektis hampir 3-5 kali, ‘berucap’ dengan ayat yang sama tak habis-habis. Nervous katanya!

“Ok la. Jangan panjang sangat, nanti orang boring. Cakaplah “saya tak berhasrat untuk berucap panjang..” bla bla bla..”. Tengok tu, F sambung lagi.

Ada je nak menambah.

Apa yang sangat menterharukan aku di jalan dnt ini adalah ; aku sering dipertemukan dengan susuk2 peribadi yang haibat, tanpa aku sedari, tanpa aku pinta.

Oh mungkin, aku ingin. Tapi tak spesifik, siapa.

Terima kasih Allah, atas anugerah ini.


“Macam mana ayat panjang dia? Alamak… Aqulu qawli haza astaghfirullah…?” tanyaku lagi.

“Astaghfirullahal ‘azim li walakum!” jawab F, lagi.


Sinergistik.


Okthanksbye.


p.s credit to Ukhty F. Yang lain, dalam post seterusnya, insyaAllah! *kenyit mata*

Monday, December 23, 2013

648. Bergerak (ii)



Bismillah.

Sejujurnya, aku sendiri masih mengingati setiap detik di pejabat itu. Masih terngiang-ngiang lagi suara, masih teringat-ingat lagi wajah, akhawatifillah yang baru ke-kenali, tapi seperti sudah melalui 4 tahun bersama di kampus UIAM. Yes, kami melalui 4 tahun yang sama, di UIAM, tapi kampus berbeza.

:)

Baru aku tau kenapa jaulah itu sendiri merupakan salah satu wasilah tarbiyyah.
Berita penuh di post akan datang. Doakan.

Monday, December 16, 2013

647. Bergerak.

Bismillah.

"Kak, macam mana kita nak pastikan keluarga kita, diri kita dan anak-anak kita tak jauhkan diri dari DnT ye?"

Senyap sekejap. Pergh. 

Serius, diri sendiri pun mencari jawapan untuk soalan yang sama, sebab diri sendiri pun masih bertatih di jalan ini. Hm.

Jalan di hadapan semakin berfokus, ke stesyen minyak. Steering digenggam erat.

Saya kenal adik ini, walaupun tak mengenali 'se-dalam' emak usrahnya, tapi saya kenal dia sebab kami bekerja bersama. 

Di depan mesin ATM, otak ligat berfikir jawapan. Kalau takde jawapan exact pun, harapnya ada la klu ke arah jawapan kan. Hu.

Tiba-tiba teringat satu quotation.

"Tarbiyyah itu sifatnya menggerakkan."

Ok la kot. Pandai-pandai la elaborate dari satu frasa tu.

Berlatar belakangkan family tarbiyyah tahap QJJ pun bukan jaminan untuk keberlansungan dakwah kepada cucu cicit dan ke bawah. 

Itu mungkin bonus yang patut disyukuri, dan juga terkait sekali tanggungjawab dengannya.

'ala kulli hal, mengikut pengalaman sendiri beserta orang sekitar, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Nak garap macam mana, nak warnakan macam mana, nak bentuk apa, atas jalan dakwah ini.

Isy, macam tak layak nak elaborate lebih. Tapi, itu sedikit sebanyak jawapan saya. 

Just do the best, and leave the rest to Allah. Kita buat kerja kita.
Kalau faham tarbiyyah, mesti tak biarkan diri stagnant. 

Kalau faham tarbiyyah betul-betul, mesti reflek diri sendiri balik, 
and keluarga,
and anak-anak.

Semuanya, berbalik pada diri sendiri.

Huu. Allah, kuatkanlah!




Thursday, November 14, 2013

646. random (ii)



Profil FB.

Sering diingat-ingatkan oleh FB untuk meng-hapdet keberadaan profil yang masih tak lengkap sepenuhnya. Phew. Hat ni memang payah. To describe where I'm working?

Not easy.


a. Harapanku ; synergistic.

Saya tak punya impian besar yang melambung ke langit. Cukup, untuk diri ini berasa 'izzah dengan apa yang saya imani selama ini. Dalam semua perkara,  itulah harapan saya. 

Saya juga bukanlah pemimpin yang baik. Dan haibat. Yang diakui kepimpinannya oleh segenap ceruk bumi UIAM Kuantan. 

Apa yang saya harapkan, dan doakan ; semoga kepimpinan ber-organisasi yang saya ceburi bersifat realistik, tak terlalu idealis. 

Ber-sinergi. Dan bukan sekadar mengharapkan apa adanya ; atau lebih teruk, tak harap apa-apa. Sekadar melakukan dengan impian kosong. Tak nak.

Dan sentiasa bersemangat. Saya tak pernah tahu apa hala tuju sesebuah organisasi yang diisi dengan ahli-ahli yang sedikit sahaja yang bersemangat, yang lainnya - pesimis.

Kerana organisasi yang saya ceburi previously, mengajar saya untuk sentiasa bersemangat. 

Dan sepanjang 23 tahun kehidupan yang Allah bagi di dunia ini, ke-semua leader atau ikhwah atau lelaki yang saya jumpa, semuanya yang saya mampu hormati.

Sila jangan biarkan 'kepercayaan' ini di-gugahkan untuk kali ini.


b. Quiz on the spot.

Pelik ke tak de tanda (!)
Heh.

Harini, kelas yang dikatakan paling 'sporting', tiba-tiba diuji dengan adanya kuiz on the spot.

Nota tertinggal. 
Walhal baru belajar last 2 weeks.

Bayangkan?

Dan yang paling best, ada satu soalan esei 10 markah. Memang tak nampak nilai-nilai kecemerlangan di situ -.- *salahkan diri sendiri*

Semua culas. Keluh kesah. Susah hati. Ada yang macam bengkek dengan lecturer. Astaghfirullah.

Tiba-tiba terfikir, kalaulah tiba-tiba Hari Akhirat tiba.
Dan kita ; tak bersedia untuk dihisab semua amalan-amalan kita, 

.... apa agaknya reaksi waktu itu? Of kos! Berlari-lari2 lari lari dan lari meminta belas.. kasihan.. teringat kesalahan-kesalahan...

.. lupa nak taubat..

.. lupa nak bayar hutang..

segalanya...

Tapi Allah Maha Penyayang. 
Dia bagi can lagi untuk kita hidup.
Perbaiki mana yang patut.

Dah 'baiki' belum?

Setakat kuiz di kelas ; apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan persediaan kita terhadap 'peperiksaan' sebenar di Sana nanti.

Itu 'exam' yang konfem.
Sejauh mana kita bersedia ke arahnya?

Dan semua orang lain, terfikir ke arahnya tak?


c. Tak minta difahami

Saya tak minta di fahami pun. Jauh sekali untuk orang concern dengan saya.
Cuma, just bear in mind yang,

"Everybody got their own struggles inside."


So, cubalah untuk memahami setiap keadaan. 
Jangan aku-oriented sangat. Please.




Wednesday, November 13, 2013

Donut dan semut.


Pagi tadi, teringatkan ada sekeping donut yang tak mampu dihabiskan malam tadi.
Saya simpan di bahagian locker, since memang cari nahas la kalau letak atas meja kan :)

Rupanya tidak.

Dikeluarkan kotak berisi sekeping donut, semut berlari-lari sekitar kotak. Mengganggu agaknya saya ni.

Tak boleh jadi, sebab donut sedap kot, saya buka alhamdulillah tak banyak semut yang menghurung bahagian yang paling manis.

Senyum.

Buat kopi, bismillah makan. Good start for the day. Imma happy girl. Heh.

Di samping belek-belek untuk mencari semut pada donut, saya terkenang something.

Ibarat gula ; ke mana sahaja ada ia, semut akan menghurung. Waima dalam locker yang memang takde makanan lansung, tapi disebabkan ada donut yang manis overdose, semut tetap dapat cari.

Begitulah diibaratkan manusia yang baik peribadi dan akhlaknya. Ke mana sahaja dia berada, pasti 'dicari-cari' oleh manusia di sekelilingnya. Tak ke best tu? Senang kot nak buat dakwah kalau cam tu.

Kalaulah. Macam tu.

Tapi kita masih hesitate lagi nak jadi baik, serba serbi. Masih adaaa je karat-karat jahiliyyah yang tak ter-sental. Hari-hari ada je nak gugahkan rasa nak buat baik. Why whyyyy? Eh dramanya.

Baru kena uji sket, dah menggelabah. Keluh kesah tak habis-habis. Oh diri, bila la nak mula "Keep Calm and Smile" bila probs datang?

Entahlah. 

Itu doa sehari-hari.. Semoga Allah beri kekuatan untuk buat baik, mengerjakan kebaikan, kekuatan untuk beribadah dan menyerahkan kebergantungan semuanya pada Dia, SAHAJA. 

Dari view sang semut ; bestnya kalau dapat jadi semut. Buat je kerja, Allah suruh. Buat terus. Tak toleh kiri kanan, itulah kerjanya sehari-hari. Seharian bertasbih kepadaNya, dengan cara buat apa yang Dia suruh.

Sang semut tak pernah menyerah kalah. Walaupun manusia ni obliviously lagi super besar dari dorang, tapi takdenya dorang nak menyerah kalah dengan stay kat tempat2 berbahaya (yang ada manusia) selamanya! Dorang mesti try nak lari walaupun konfem akan kalah dengan manusia walau dengan kadar manusia berjalan pun! 

And, walaupun tahu manusia ni amat sukakan gula ; sepertimana semut sukakan gula, tapi dorang still cari ke setiap ceruk tempat untuk dapatkan gula ni. Essential kot! Nak hidup!

Tapi kita as manusia? Pernah nak cari kebaikan dalam setiap perkara? Kebaikan untuk diri sendiri pun kadang-kadang malas nak cari. Culas. Allah.

Jom jadi macam semut, sentiasa tanpa lelah mengikut arahan Allah. 
Jom, sentiasa cari kebaikan untuk diri sendiri (meletakkan diri dalam suasana terbaik untuk jadi practising Muslim)
Jom jadikan diri macam gula ; sentiasa menjadi rujukan orang, disenangi orang, disukai orang, dek akhlak dan peribadi se-manis gula! ^_^


Jom, jom. If not now then when?




random (i)

Assalamualaikum.

It has been a 'shut' day. At least for me. 
The time frame was short. It only took me about 5 days ; and everything is different than before.

i. the konvensyen.


Sabtu dan Ahad lepas diberi peluang oleh Allah untuk mengintai peluang berDnT selepas graduasi. Dalam pada pening menghadapi trafik yang melampaui kat Shah Alam, pergi melepaskan lelah, merenggangkan urat badan di tasik Shah Alam depan PKNS, seorang ukhty berbisik, 

"Best kan jalan-jalan dengan akhawat.."

Senyum.

ii. Opick dan air mata

Se-usai menghabiskan masa satu hari full dengan family, tiba-lah masa meninggalkan 'comfort zone' terhaibat di dunia, yakni rumah. Langkah diatur, kereta dipandu cermat walaupun dah lambat asbab kononnya nak menyambut tahun baru di masjid SHAS, UIAM Gombak.

Alhamdulillah, Allah bagi 'can'. Tapi baca doa akhir tahun dalam kereta je sobs.
Ok la kan?

Ba'da sunat Maghrib, terus ke bilik sahabat se-...... what to say? Hehe. Chomel je.
Mahallah Asma', tak pernah jemu menyambut kedatangan saya setiap kali ke Gombak.

"Pukul 9. Mali's Corner."
"Saya boleh datang kalau buat kat dalam je. Kalau buat kat luar UIAM, tak dapat pergi."

Nak jumpa punyalah payah. Siap buat appointment. Itu pun tak habis deal. Akhirnya, perut berbunyi, lalu terus ke HS Cafe.

Mereka ; antara orang-orang yang setia buat, handle program sesama. Tiba-tiba kami di-pertemukan lagi di ruang sekejap ini, untuk organize sebuah pertemuan. Ecewah.

Malam penuh makna. Penuh drama. Yang penat. Yang keluh dan kesah. Yang relieved. Yang... semuanyalah!

Membuatkan diri semakin kagum, bukan pada dia, tapi pada Dia yang owns him.
How He created problems unto him, just to make sure that he's not going astray from what have been prescribed unto him. To be the leader.

Doakan dia ye.



Esok harinya, ke konsert amal Opick dan IzIs.
Subhanallah, lainnnnnn rasanya! Memang credits to IS UIAM Gombak sebab dapat collab untuk anjurkan konsert sebegini rupa! Or maybe saya yang jarang ke konsert kot, hehew.

Dealova ; lain rasanya 'fenfeeling' hayati lagu ini, zaman 2007 dan 2013.

Macam itu jugaklah rasanya bila kita go through ayat-ayatNya. Setiap kali baca, mesti lain 'fenfeeling'nya. Cuba lah!


iii. Aku dan volley.




Ini paling khalakar!
Entah mimpi apa boleh bagi nama penuh and no matrik siap ke classmate kelas skill volley. 
To participate in Interbatch Games playing games that I have never played??

Mehh... True story. No need. :)

If winning is your priority, then the trial of doing the same thing must be suspended.
Long way to go, to win this. But I would say it's a good try! The best one! Hehe.

Dan baru faham sangat kenapa budak sekolah agama suka main volley.

Sebab volleyball sangat menguji ukhuwwah okay. Kalau tak rasa setiakawan, memang tak boleh main. 



Monday, October 28, 2013

645. "Lihat ibunya."


Saya percaya, individu yang baik, bagus, daebak, rajin, kemas, solehah, soleh, cukup muwasofat dan segalanya adalah hasil 'tarbiyyah' atau didikan seorang yang sangat tulus hatinya ; ibu.

Oleh yang demikian, setiap kali di-pertemukan dengan susuk yang hebat dan dicari-cari kelemahannya, saya pasti akan rasa tersentuh sendiri dengan gaya dan cara didikan wanita di sebalik susuk tubuh itu. Yang mengajarkan, yang mendidik, yang memberi makan, yang mengasuh ; semuanya! Walaupun pada realitinya tak pernah berjumpa, atau bakal berjumpa, mungkin.

:)

Dan di sebalik rasa haru itu, tegar di dalam hati ingin mencontohi gaya didikan ibu-nya. Dan ibu saya sendiri, walaupun saya tidaklah baik mana. Tapi itu kesilapan sendiri. Sob.

Dan untuk masa yang terlalu hampir ini, ingin sekali menjadi 'ibu' yang baik kepada 'anak-anak' saya.

#Semoga sentiasa menjadikan Allah dan Rasul sebagai yang Terutama, dalam hidup kalian.

#Semoga sentiasa menjadi qudwah dalam masyarakat. 

#Semoga menjadi akhawat yang solehah dan sentiasa bersemangat untuk melakukan kerja-kerja islah dan dakwah.

ya Allah, mohon diperkenankan. Ameen.



p.s Behind Besides every successful man, there is a woman.

Dan woman yang dimaksudkan, aku yakin itu ibu-nya.

Tuesday, October 22, 2013

644. Poll.

Bismillah.

It made me cold down to my nerves when people start talking about, yes, election. Especially campus election.

I don't know why, but I will usually have these symptoms when PRK is about to start and the ambience started to get place. People will be heated up and everyone is about to do some researches for the people they are going to vote and all the posts here and there in FB, Twitter and such will be hashtagged with #PRK. Ok, whatever.

I have this kind of inferiority ; which will made myself distracting, and not focusing much on what's going on for PRK. I will usually focus on any other important matters ; for the time being the DnTs, mid-sems which is already at the corner, and the timeline for my FYP. Oh, thank you for FYP for being helpful though for only this matter.

And most of these days, I will not scroll down my FB Home. That's for sure.


Inferiority. 

I know I have to define this on specific manner, but the ideas are just can't be jotted down or blogged here.

#meh

may Allah ease all of them through these journey ; journey towards self-knowing.




Thursday, October 3, 2013

643. Bapa.


Bapa. Ayah.

Setelah ibu, ayah menjadi tempat rujukan aku, especially bab-bab nak buat keputusan, untuk sebuah keputusan, atau hal-hal yang aku rasa ‘susah’ atau ‘clueless’ bila share dengan ibu.
Untuk aku sebagai pelajar ni, selalunya aku akan merujuk ayah bila tiba bab2 kewangan, yang tak menentu -.-

Dan setiap kali aku ingin meminta, memohon, aku rasa serba salah sendiri.

“Eh, takpe ke eh?”

“Ayah ada duit tak eh?”

“Menyusahkan ke tak ni?”

… dan banyak lagi dialog yang bermain dan rancak dimainkan dalam fikiran dan hati.
Untuk setiap kali, ibu selalu pesan untuk minta apa sahaja pada ayah, jangan takut-takut.

Dan setiap kali itu jugaklah, aku takut.
Takut menyusahkan.

Dan setiap kali ‘meminta’ pada ayah, setiap kali itu jugaklah aku terfikir sejenak,

“Kalau ayah takde, ada tak orang lain yang boleh aku mintak-mintak macam ni?”

Aku sedar, ayah takkan selamanya memberi apa yang aku minta.

Dan aku pun tak dapat nak jangka sampai bila aku harus meminta, untuk mendapatkan.

Mungkin ; pada seseorang lainnya, bakal ada seseorang yang akan ‘menggantikan’ tempat ayah.
Waktu itu, aku pun tak wajib untuk mematuhi ayah lagi. Aku hanya perlu ‘mematuhi’ seseorang itu, dan mana-mana pintu syurga akan terbuka buatku.

Tapi aku hanya mampu berdoa supaya seseorang yang dimaksudkan itu dapat menggantikan tempat ayah, dengan sebaik-baik definisi ‘meng-gantikan’.

Aku hanya mampu berdoa buat waktu ini.

Sebab aku tak jumpa lagi orang yang dapat meng-gantikan ‘tempat’ ayah ; kurang lebih pada waktu ini.

Semoga aku dapat berjumpa dan re-unite balik dengan ayah, dalam syurga nanti.

Semoga ; Allah kurniakan darjat dan pahala yang terbaik buat ayah, kerana sentiasa bersabar dan menunaikan permintaan anak sulungnya ini.

Ameen.


*nangis*

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...