Thursday, November 14, 2013

646. random (ii)



Profil FB.

Sering diingat-ingatkan oleh FB untuk meng-hapdet keberadaan profil yang masih tak lengkap sepenuhnya. Phew. Hat ni memang payah. To describe where I'm working?

Not easy.


a. Harapanku ; synergistic.

Saya tak punya impian besar yang melambung ke langit. Cukup, untuk diri ini berasa 'izzah dengan apa yang saya imani selama ini. Dalam semua perkara,  itulah harapan saya. 

Saya juga bukanlah pemimpin yang baik. Dan haibat. Yang diakui kepimpinannya oleh segenap ceruk bumi UIAM Kuantan. 

Apa yang saya harapkan, dan doakan ; semoga kepimpinan ber-organisasi yang saya ceburi bersifat realistik, tak terlalu idealis. 

Ber-sinergi. Dan bukan sekadar mengharapkan apa adanya ; atau lebih teruk, tak harap apa-apa. Sekadar melakukan dengan impian kosong. Tak nak.

Dan sentiasa bersemangat. Saya tak pernah tahu apa hala tuju sesebuah organisasi yang diisi dengan ahli-ahli yang sedikit sahaja yang bersemangat, yang lainnya - pesimis.

Kerana organisasi yang saya ceburi previously, mengajar saya untuk sentiasa bersemangat. 

Dan sepanjang 23 tahun kehidupan yang Allah bagi di dunia ini, ke-semua leader atau ikhwah atau lelaki yang saya jumpa, semuanya yang saya mampu hormati.

Sila jangan biarkan 'kepercayaan' ini di-gugahkan untuk kali ini.


b. Quiz on the spot.

Pelik ke tak de tanda (!)
Heh.

Harini, kelas yang dikatakan paling 'sporting', tiba-tiba diuji dengan adanya kuiz on the spot.

Nota tertinggal. 
Walhal baru belajar last 2 weeks.

Bayangkan?

Dan yang paling best, ada satu soalan esei 10 markah. Memang tak nampak nilai-nilai kecemerlangan di situ -.- *salahkan diri sendiri*

Semua culas. Keluh kesah. Susah hati. Ada yang macam bengkek dengan lecturer. Astaghfirullah.

Tiba-tiba terfikir, kalaulah tiba-tiba Hari Akhirat tiba.
Dan kita ; tak bersedia untuk dihisab semua amalan-amalan kita, 

.... apa agaknya reaksi waktu itu? Of kos! Berlari-lari2 lari lari dan lari meminta belas.. kasihan.. teringat kesalahan-kesalahan...

.. lupa nak taubat..

.. lupa nak bayar hutang..

segalanya...

Tapi Allah Maha Penyayang. 
Dia bagi can lagi untuk kita hidup.
Perbaiki mana yang patut.

Dah 'baiki' belum?

Setakat kuiz di kelas ; apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan persediaan kita terhadap 'peperiksaan' sebenar di Sana nanti.

Itu 'exam' yang konfem.
Sejauh mana kita bersedia ke arahnya?

Dan semua orang lain, terfikir ke arahnya tak?


c. Tak minta difahami

Saya tak minta di fahami pun. Jauh sekali untuk orang concern dengan saya.
Cuma, just bear in mind yang,

"Everybody got their own struggles inside."


So, cubalah untuk memahami setiap keadaan. 
Jangan aku-oriented sangat. Please.




No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...