Pagi tadi, teringatkan ada sekeping donut yang tak mampu dihabiskan malam tadi.
Saya simpan di bahagian locker, since memang cari nahas la kalau letak atas meja kan :)
Rupanya tidak.
Dikeluarkan kotak berisi sekeping donut, semut berlari-lari sekitar kotak. Mengganggu agaknya saya ni.
Tak boleh jadi, sebab donut sedap kot, saya buka alhamdulillah tak banyak semut yang menghurung bahagian yang paling manis.
Senyum.
Buat kopi, bismillah makan. Good start for the day. Imma happy girl. Heh.
Di samping belek-belek untuk mencari semut pada donut, saya terkenang something.
Ibarat gula ; ke mana sahaja ada ia, semut akan menghurung. Waima dalam locker yang memang takde makanan lansung, tapi disebabkan ada donut yang manis overdose, semut tetap dapat cari.
Begitulah diibaratkan manusia yang baik peribadi dan akhlaknya. Ke mana sahaja dia berada, pasti 'dicari-cari' oleh manusia di sekelilingnya. Tak ke best tu? Senang kot nak buat dakwah kalau cam tu.
Kalaulah. Macam tu.
Tapi kita masih hesitate lagi nak jadi baik, serba serbi. Masih adaaa je karat-karat jahiliyyah yang tak ter-sental. Hari-hari ada je nak gugahkan rasa nak buat baik. Why whyyyy? Eh dramanya.
Baru kena uji sket, dah menggelabah. Keluh kesah tak habis-habis. Oh diri, bila la nak mula "Keep Calm and Smile" bila probs datang?
Entahlah.
Itu doa sehari-hari.. Semoga Allah beri kekuatan untuk buat baik, mengerjakan kebaikan, kekuatan untuk beribadah dan menyerahkan kebergantungan semuanya pada Dia, SAHAJA.
Dari view sang semut ; bestnya kalau dapat jadi semut. Buat je kerja, Allah suruh. Buat terus. Tak toleh kiri kanan, itulah kerjanya sehari-hari. Seharian bertasbih kepadaNya, dengan cara buat apa yang Dia suruh.
Sang semut tak pernah menyerah kalah. Walaupun manusia ni obliviously lagi super besar dari dorang, tapi takdenya dorang nak menyerah kalah dengan stay kat tempat2 berbahaya (yang ada manusia) selamanya! Dorang mesti try nak lari walaupun konfem akan kalah dengan manusia walau dengan kadar manusia berjalan pun!
And, walaupun tahu manusia ni amat sukakan gula ; sepertimana semut sukakan gula, tapi dorang still cari ke setiap ceruk tempat untuk dapatkan gula ni. Essential kot! Nak hidup!
Tapi kita as manusia? Pernah nak cari kebaikan dalam setiap perkara? Kebaikan untuk diri sendiri pun kadang-kadang malas nak cari. Culas. Allah.
Jom jadi macam semut, sentiasa tanpa lelah mengikut arahan Allah.
Jom, sentiasa cari kebaikan untuk diri sendiri (meletakkan diri dalam suasana terbaik untuk jadi practising Muslim)
Jom jadikan diri macam gula ; sentiasa menjadi rujukan orang, disenangi orang, disukai orang, dek akhlak dan peribadi se-manis gula! ^_^
Jom, jom. If not now then when?

No comments:
Post a Comment