Thursday, May 13, 2010

bolognaise..


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

Bolognaise (:

i'm one of the food-lovers in this World. i can tolerate any types of food, as long as they are certified Halalan wal Toyyiba..

when it comes to Western food, or so called European's delights, i would prefer bolognaise or chicken chop. i'm not into those sizzling or charboiled or lamb chop or steaks, i'm not a fully beef lover. but, i do consume sometimes. hehe. but, not most of the time.

*starts to type-in malay*

sebagai orang Melayu yang totok *means pure :D *, mestilah saya jarang makan makanan Barat nih, tapi sekali sekala ada la 'terasa' macam nak makan. bila 'seru' nak makan tu muncul, saya akan terfikir spaghetti Bolognaise. sebab, selain daripada saya, adik beradik saya yang lain, termasuk ibu saya, gemar makanan ni. not my dad of course. he's more Malay than me. dia tak boleh terima, other than nasi. :D

boleh jugak saya taip di sini, Bolognaise adalah salah satu makanan yang saya boleh masak. maksudnya, saya bukanlah handal memasak pun. insyaAllah.. in the making la. tapi bukan Chef Wan.. *malunya ya Allah..*

first and foremost, anda mesti ambil tahu jugak latar belakang 'makanan' yang hendak di makan. itu habit jugak la. saya mesti tanya, "sape masak ni bu?" "negeri mana punye ni?" "manis x?"

untuk bolognaise nih, yang saya tahu, originated from Bologna, satu jajahan kat Italy. maaf, guna 'jajahan' instead of negeri di situ. :)

saya nak share resipi bolognaise nih. tapi, lebih kepada Malay-taste kot. not soo Italian. :D

bahan-bahan:-

1 paket spaghetti biasa (hati2 dalam pilih spaghetti, takut terbeli yang jenis Angel Hair, halus sgt. tak masyuk :p)

1 botol sos Prego (boleh pilih any brand, mengikut kesesuaian. saya biasa guna Prego's. lagi murah, senang nak dapat. Jenis sos adalah Traditional Sauce or Bolognaise, suka hati)

1 paket daging kisar (tak kisah brand apa. tak kisah juga daging apa pun. ayam pun boleh. ikan, tak pernah orang buat lagi la..)

beberapa ulas bawang putih (mengikut citarasa.. tapi, Europeans suka bawang putih banyak..)

3,4 ulas bawang besar (ni pun suka hati, ada yang tak suka bawang merah. terpulang..)

2 tangkai cili merah

sedikit minyak

garam secukup rasa

ajinomoto (kalau nak guna, biasanya tak..)

sos cili

cara-cara nak buat.. :-

  1. mula-mula sekali, bacalah Basmalah. bukan apa, saja nak amik berkat. :D
  2. ok, boleh start rebus spaghetti dalam air periuk. air takat mana? ikut saiz periuk. agak2 boleh rendam spaghetti tu sampai 3/4, ok la tuh.
  3. boleh start rendam daging kisar tadi. mesti frozen dalam peti ais kan?
  4. mula chopping bawang putih. mula-mula smack dengan pisau, lepas tu cincang pakat halus. lepas tu, kopek bawang merah, then potong dadu. bukan hiris macam nak masak sambal ye. make them diced.
  5. then hiris halus cili merah. hiris menyenget, macam nak goreng sayur. *sambil2 tu, usha spaghetti dalam periuk..*
  6. dah selesai kerja memotong, boleh start panaskan kuali. letak minyak sedikit, then tumis segala macam yang anda potong tadi.
  7. dah tumis, bau bawang putih pun dah naik, (bukan burnt ye), boleh masukkan daging (yang dah tak beku, kalau beku, jangan start tumis lagi)
  8. saya rasa, by this time, kalau ikut urutan, spaghetti memang dah masak, maksudnya, dah kembang, boleh rasa dengan cucuk spaghetti guna garfu, kalau boleh potong spaghetti nya, boleh la di tos kan. then letak sikit minyak or planta (marjerin pun boleh), then gaul kan. supaya tak melekit+melekat.
  9. daging di kuali pun dah bertukar warna, macam nak masak je, then boleh tuang sos Prego tadi. ikut banyak mane kuantiti spaghetti dan daging kisar. kalau nak kuah lebih, then letak banyak sikit.
  10. kacau dan kacau hingga sebati. boleh letak garam dan perasa. tutup kuali dengan penutup, bagi memastikan daging lebih masak dan empuk.
  11. agak2 dah berwap penutup kuali tuh, boleh la di buka, dan sila isi sos cili, mengikut citarasa. lepas tu, colek sikit kat tangan, pandai kan merasa?
  12. jangan overcooked. kalau dah cukup rasa, boleh tutup api.
  13. hidang kan sos bolognaise, bersama daun parsley (jika ada) dan parmesan cheese yang di parut (jika ada)
  14. siap! alhamdulillah~
masa menyiapkan : plus minus 30 minutes..

p/s: gambar di atas hanyalah sekadar hiasan. saya tak menjanjikan spaghetti sebegitu rupa. jenis spaghetti itu mungkin dari jenis Penne, if i'm not mistaken.. :)

selamat mencuba~




practice..


Bismillah..

saya suka blog-walking. suka sebab banyak perkara baru boleh belajar, di samping kita update blog kita sendiri. kadang2 saya terleka depan skrin laptop, hanya di sebabkan blog-walk. saya nak share mengenai something yang saya dapat, ketika 'sibuk' meneroka blog seorang hamba Allah yang saya-kenal-tapi-dia-kenal-saya ni. (:

Wajibat 38

Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan.

TAJUK-TAJUK WAJIBAT 38

Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.

Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.

  1. Jagalah kesihatan.
  2. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
  3. Sentiasa berada dalam kebersihan.
  4. Jangan bercakap bohong.
  5. Jangan memunkiri janji.
  6. Jadilah seorang yang berani.
  7. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  8. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  9. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  10. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
  11. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
  12. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  13. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  14. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  15. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  16. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  17. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  18. Jauhi riba.
  19. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
  20. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  21. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  22. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  23. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
  24. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  25. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  26. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  27. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  28. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  29. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
  30. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
  31. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  32. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
  33. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
  34. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
  35. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  36. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat

alhamdulillah.. banyak jugak yang saya perolehi melalui medium blog oleh hamba Allah ini. moga beliau dapat 'saham' kerana telah menurunkan ilmu ni. insyaAllah.
mudah kan nak membuat pahala, untuk bekalan sendiri. kenapa kita masih mengamalkan yang 'sebaliknya'?

nota untuk diri sendiri, terutamanya..
wallahu'alam~

Tuesday, May 11, 2010

redha ibu bapa..


bismillah..

umur saya menginjak 20 tahun, 30 Mac yang lalu. alhamdulillah. masih dikurniakan keupayaan nak menyedut udara hingga sekarang. (:

tak banyak berubah?

itu soalan dari saya kepada saya, setiap kali umur saya berubah angka. kini bukan angka belakang je yang berubah, tapi yang depan pun ikut sekali. menunjukkan umur saya dah berubah sedekad. soalan yang saya tujukan kepada saya sendiri, akan terpacul pada pagi hari 30 Mac. kali ni, means, untuk 30 Mac yang lalu, saya perasan, ada yang berubah untuk diri saya. apa dia? biarlah rahsia~

mungkin sahabat2 saya yang belum dan masih counting on days untuk menginjak umur seperti saya, masih terbuai dengan kiraan mereka. mungkin ada yang ternanti2, sebab kemungkinan besar, apabila tiba umur seperti saya, lebih banyak 'kebebasan' bakal diperoleh. mungkin, siapa tahu.

saya pasti, ramai yang berkira2, umur dah matang, maka perangai perlu 'sekufu'. takkanlah nak seperti umur belasan tahun lagi? takkan nak merengek dengan mak ayah untuk dapatkan sesuatu? kalau soalan seperti ini berada di benak anda, maka alhamdulillah. anda 'bersedia' enough to take a step into 20's.

menaip seperti ini, sebenarnya bukan lah nak mengcungkil yang saya ni matang habis, dan bersedia menempuh segala ujian di awal umur 20 ni. tidak. tapi, saya pun seperti anda, ter'panggil' nak memikirkan diri sendiri yang masih kebudak-budakan lagi.

dan, saya minta maaf kalau terasa, tapi, pasti ramai yang dah bersiap sedia, berkira2 dan menghitung hari nak bertukar 'tanggungjawab' kepada yang lebih besar punya. saya tahu anda faham maksudnye. tak mahu explain.

tapi, saya terfikir juga, lunas sudahkah hidup saya sebagai seorang anak perempuan, kakak kepada adik2 kandung, adik2 junior, jiran, satu komuniti dalam taman perumahan, pelajar, dan panjang lagi taklifan saya untuk di tulis?

mungkin dek kerana berada di rumah sekarang. berada lebih 'dekat' dengan adik kandung. makin 'menyertai' kehidupan dan persekolahan mereka. dah habiskah tanggungjawab saya ni? saya dah lunaskan sebaik mungkin?

saya rasa lebih kakak sekarang.

kita asyik berfikir untuk menjadi isteri yang baik, mencari bakal suami yang baik, menjadi mujahidah agama, tetapi bagaimana dengan asas kita, maksud saya, tanggungjawab kita di tapak paling asas untuk manusia, iaitu baiti jannati kita?

tak salah untuk 'pandang ke hadapan', iaitu memikirkan diri kita dalam konteks yang lebih matang dalam tanggungjawaban, tapi, yang asas pun, kita kene islah selalu.

berikut saya ada copy mengenai ciri2 anak yang soleh..

1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.

3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.

4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.

6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.

7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T

(credit Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab)

petikan surah al-Luqman. ayat 14 dan 15.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" [14].

"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan " [15].

insyaAllah, redha Allah terletak kepada redha ibu bapa.



mungkin sahabat2 yang lain, dah lama 'bersedia' dari segi ciri2 diatas. saya je yang mungkin tertinggal. wallahu'alam. (:

Monday, May 10, 2010

hari ke-3..



bismillah..

hari ni hari ketiga bercuti. hari ni Anniversary ibu dan ayah saya yang k
e-21. (:

hari ni tiada yang special. mungkin belum lagi kot. *emoticon tunjuk lidah*

hari ni something, silently happen..

"nak pergi Turki!" *emoticon tunjuk lidah lagi*




saya pun tak berapa pasti kenapa, dan mengapa dan sejak bila saya terfikir nak ke Turki. asalnya, saya memang meminati dan mengagumi pandangan dan scenery Mediterranean. tapi, tak tau sejak bila timbul negara Turki. mungkin kerana, penangan Turkish Candy, yang pensyarah saya bagi saya dan kawan 'rasa' dulu. *rasa sangat manis, dan 'semacam'. bukan lidah saya, of course!*, tapi rasanya tak 'into it' pun. mungkin kerana bayangan Blue Mosque, tapi saya tak pernah tengok, baru nak google ni ha.

ini Turkish Candy.. siapa yang pernah menonton Narnia, mesti tau..

bila teringat Turki, saya mesti teringat Istanbul. bila teringat Istanbul, saya akan terngiang2 mengingatkan lagu tone untuk handphone berjenama Sony yang ada tajuk 'Istanbul'.. very Arabic! suka~

mungkin juga kerana buku travelog by Ust Hasrizal yang bertajuk "Secangkir Teh Pengubat Letih" yang mengisahkan pengembaraan beliau di tanah Mustafa Kamal Ataturk tuh. ma
ybe..



mungkinkah kerana Masjid Biru di Sultanahmet ni? :)




saya
pun tak pasti mengapa.. hati saya berkata2 setiap kali menyebut nama Turki. mungkinkah saya akan menjejakkan kaki ke negara itu? wallahu'alam..


insyaAllah, satu hari nanti.. (:


Saturday, May 8, 2010

1011........



bismillah..

alhamdulillah.. segala nikmat, saya panjatkan kesyukuran kerana berlalu sudah imtihan niha'ie untuk semester ni. berakhir imtihan, berakhir sesi 2009/2010, bermulalah musim cuti. UIA baru nak cuti? ye.. itulah uniknya UIA.. (:

baru balik rumah. meaning 'tiba' rumah. mata mengantuk dek belajar mathematics malam tadi. jemari ligat meng'install' Kaspersky. sambil2 blogwalking, *macam dah lama sangat tak on9. kunun.* sambil bukak fB.

di Facebook, saya suka ke Home. bukan tak suka bukak profile sendiri, tapi Home lagi updated.

tiba-tiba, ternampak status seorang hamba Allah. sahabat sendiri. T_T

terus, tangan ni 'gatal' nak komen. "Erk?"- ringkas tapi bermakna.

nak tegur, cam terkejut lagi. bukan saya tak kenal hamba Allah ni. peribadi agama beliau. hmm.

seronok tengok kawan ber'couple'? punyalah banyak threads dan forum yang membincangkan hal dan mencari wadah nak tegur "sahabat sendiri yang bercouple", dia boleh "seronok"?

bila ditegur, marah pula.

teringat kata2 kat seorang 'sahabat'.. "dunia akhir zaman, tak mustahil benda yang pelik pun, boleh jadi norm."

ya Allah.. lindungi diriku dan keluargaku dari anasir2 yang tidak memberi faedah lagi memburukkan. amin~

Wednesday, May 5, 2010

2 days left.. now.. 0! (T_T)

~my gang~
bismillah..

while i type down this, it made me realize that i have only 2 days left to be with my friends, especially roommate, and this 2009/2010 ambience here in cfs. :'(

i seriously don't want to have a sad and afraid of anythings, in this time around. well, i will meet them again after Eid Fitri, end of this year, insyaAllah.

to be frank, there is only about 4 months ahead. and, i'm no worry about it. i will make myself go to Kuantan Campus, happily, with 'smashing' results, to spice up my days there in Kuantan. i mean, i want to hit the scholarship.

i hope my friends have a blast final week here. i don't want all of you to be sad, because everything that starts, will reach to it's end. so, enjoy your final week here.

to all my friends that have been graduated, i'm sorry because i could not meet all of you this July. we will meet somewhere end of this upcoming October or early November. okayh. do wait for me, because i'm longing to meet all of you. :)

pray for the best for me. seriously, i'm looking forward to meet you guys again. it will be my booster to finish up my studies here, happily, and reunite with all of you again in the future.

may Allah bless us with his Barakah wa Rahmah..

will miss all of you..

*Shiba, Amalina, Diyanah, Farhana, Hanisah* and other colleagues~

Tuesday, May 4, 2010

saya kenal?

Bismillah..

pernah tak dalam kehidupan anda, kebetulan menjadi 'nyata'? :p

semenjak dua menjak nih, ada suatu kisah 'kebetulan' saya, yang saya rasa sangat kelakar, dan dunia-ini-kecik dan saya pun tak tahu nak describe macam mana.

al-kisah I

ketika saya di alam form 4 dan 5 dulu, pusat media atau 'library' atau perpustakaan merupakan 'tempat' saya untuk setiap waktu prep *preparation*, kalau tidak di kelas. ini kerana pusat media kat sekolah membuat peraturan prep mengikut jantina, selang seli berdasarkan hari. so, kalau perempuan untuk malam itu, memang 'conquer' la. ada la yang akan menghabiskan masa dengan mengembara ke alam mimpi semua. apatah lagi, PM memang beraircond. *biasa rasenye..* dan pintu akan ditutup. pergh! sabar je la..

tapi, saya pula akan menghabiskan waktu prep, kalau dah settle semua homework, dengan membaca e-siswa.. tak pun majalah SBP lain, yang menimbun di bahagian hadapan PM.. dah la ada sofa.. memang best lah!

*e-siswa merupakan majalah perihal aktiviti pelajar, especially pelajar sekolah berasrama. dan menjadi kebiasaan di setiap SBP, mempunyai majalah sekolah SBP lain, dan kami selalunya akan ternanti2 majalah yang latest, untuk mencari sahabat dan...... :D

dah memang ruji la, saya memang suka baca e-siswa nih, especially time form 4 dan awal2 form 5. al-kebetulan, sebab saya merupakan ahli Kelab Bahas, so macam nak cari point lah . *kunun!* akhirnya, saya tarik diri time form 5, sebab saya rasa masa makin berterabur pulak. so, i'm quit! :)

sambung balik perihal e-siswa. ok, saya terpikat la dengan satu edisi nih. berkenaan dengan *pertandingan bahas seluruh sekolah. semestinya, macam akan tahu je la, sekolah mana yang selalu harum di persada bahas nih. selalunya mesti KISAS, Alam Shah, MCKK, KTC dan SAINA (Sains Pokok Sena). dan tiap-tiap tahun akan berlansungnya pertandingan bahas di UIA Gombak. dan semua SBP akan berentap la kat sana. dan selalunya para pembahas SBP nih, akan popular la. *bukan saya la, of course*

*pertandingan yang ber'kelas' untuk pelajar SBP

dan dengan satu edisi nih, juara baru muncul la kan. saya pernah dengar jugak la nama2 nih masa tingkatan 4 dulu. sekolah yang saya baru tahu la, menjadi pesaing terdekat untuk sekolah2 femes tadi. Integrasi Gombak. atau InterGomb

seperkara lagi, kawan baik saya pulak memang pembahas sekolah. ha lagi lah. hari tuh balik muncung je.

"Chik, amacam? nombor bape?" tanya kitorang. sengih je la. dah boleh agak dah jawapan.

"erm. kalah.. intergomb menang!" jawab Achik. malas nak layan. :

memang sengal lah. dah tahu, tanya lagi. kejam betul. tapi itu cerita dulu. :)

okayh, berbalik pada majalah e-siswa tadi, menayangkan lah pasukan bahas dari sekolah yang tiba2 muncul tadi. 4 orang kesemuanya, 2 lelaki dan 2 perempuan.

"weh! Intergomb masuk majalah!" pekik kawan dalam PM tadi. saya yang pegang majalah tuh masalahnya.
saya pun tak sempat tatap muka depan lagi. then, baru lah melihat.

ok, selak bahagian dalam. ada profile penghias cover depan.
berderau jugaklah darah. menang Piala Perdana Menteri (PPM) kot! hebat seyh..
pembahas perempuan dah la cun. hmm...

baca profile yang lelaki.. "ok, satu batch!" *zaman2 jahil nih*

erm.. yang ni, muka skem *skema* sikit.. tapi sweet jugak.. ouh, junior.. cam lembut je.." :p :p

ouh, dalam grup ni, 3 orang satu batch dengan saya, satu je junior. hebat!memang kalau tengok cita-cita diorang nih, dan latar belakang, memang hebat lah semua. aduih, terasa diri ku begitu rendah.. =.="

memang saya akui, diorang memang hebat. Achik pun akui benda tuh.

so,saya pun meneruskan bacaan saya untuk keseluruhan buku. maklumlah, e-siswa ni macam biskut, kejap ade, kejap xde. memang semua nak baca lah! siap ber pass2 lagi.. kalau dah dapat, baik habiskan. ok, the end~

2 tahun kemudian....

wah, macam drama pulak ye. *winks*

Jun 2009.

malam ni ada meeting ngan officer dari STAD (Student Activities Department). dan saf pimpinan dari Nilai pun turut serta. *cam ayat berita*.

malam itu di Operation Room..

officer STAD pun mengumum dan memperkenalkan barisan pimpinan student council, untuk pj dan Nilai. saya pun tidaklah melihat kepada seorang demi seorang ahli-ahli nya,cuma mendengar nama2 yang di sebut, sambil mereka memperkenalkan diri masing-masing.

berdentum satu nama. malangnya, tiada perasaan pulak mendengarnya. nervous barangkali :p

masing2 sudah memperkenalkan diri, berbincang mengenai activities etc etc etc.....

*****

"nape macam pernah dengar nama ni ek?" berminat pulak saya nak tahu mengenai seorang teammate saya ni. saya berkira2 seorang diri. dalam hati, to be frank.

"deja vu ke?"

*****

tak tahu lah mengapa, tangan ni gatal nak tekan nama teammate yang saya curious ni, di Google. sangat struggle di situ.

dang!

"laaaaaaaaaaaaaaaaa............"

*****

beberapa bulan kemudian.

kadang-kadang saya pun tak percaya, di hadapan saya ni, adalah orang yang saya 'komen' semasa membelek majalah e-siswa, semasa saya form 5 dulu. yang menjadi coverpage majalah itu. dan mungkin sekali yang menyebabkan kekalahan Achik dan pasukan sekolah saya.

anis tertegun setagal.

nak gelak pun ada. betulkah? dunia ni memang kecik!

kini, saya pun 'berpersatuan' dengan hambaAllah itu. memang selalu berinteraksi lah. tak percaya pun ada jugak! yang penting, sangat kelakar. nak je saya cerita pada kawan2 saya dulu, yang sama2 membaca majalah itu kat PM.. :p

pernah sekali, saya bertanya soalan 'cepu mas' mengenai coverpage itu dulu. dia hanya gelak.

"laa.. saya punya lah nak sorok benda tuh. janganlah bagitau orang lain eh?"

takut sangat. popular ke?

saya pun sempat bertanya mengenai seniornya yang satu batch dengan saya tuh. dia pun bercerita sorang demi sorang. ya Allah. sangat unik perkenalan kami.


moral of the story:-

bersangka baiklah dan berbuat baiklah kepada saudara, seagama kita.. :)



p/s: moga Allah redha.

credit to Bro. itu :)

Monday, May 3, 2010

.arranged.


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.



saya pun dah 'muak' nak cakap mengenai benda ni. tapi, selagi itulah, akan terus menjadi topik hangat remaja2 sekarang, selagi tak 'melangkah' ke alam 'itu'. yes, alam perkahwinan. *sigh

saya tak akan bercerita, atau menghasilkan apa2 wasilah tentang perkara itu, cuma nak share la, pandangan saya, mengenai drama slot Akasia yang sedang hangat kat TV3 sekarang *mungkin*, AdaMaya.. :D

saya bukanlah, penonton setia mana2 drama, luar atau dalam negara *sekarang* sejak masuk ke alam asrama masa Form 4. seriously, dah lama tak mengikuti drama2 nih. tapi, sejak minggu lepas, saya macam tertarik nak tengok drama AdaMaya nih. sebab, setiap kali saya nak beli makan malam, di mana2 sahaja cafe kat cfs, akan terpasang drama nih. semua mesti mendongak tengok t.v.

"Ape lah yang best sangat drama nih?" getus hati, time pilih2 lauk.

mata menjeling t.v.. ohho.. "Sein!" fine.. hero agak.. erm.. :p

"Lisa Surihani pun ader!"--->antara feveret gak nih..

tak lama lepas tuh, roommate saya bagitau, yang cerita nih sama sahaja seperti "I'm Not Single!".. "laa..."

okay. saya tak mahu mengulas panjang, sebab saya pun sedang mengikuti drama ni, via on9.. :p

bukan sebab apa, saya rasa, kalau kita melihat dari kisi-kisi pandangan positif, maka positiflah ia. dan saya akui, banyak jugak pengajaran dalam cerita nih!

f
irst and foremost.. mengenai arrange marriage, yang saya pasti, agak asing untuk culture bebudak sekarang nih.. *nauzubillah untuk saya*

seperti ayat pertama saya di atas, bukanlah nak menjadi 'gedik' nak cerita pasal era perkahwinan ni, tapi, saya suka melihat pasangan yang di arrange kan. :)

dalam drama AdaMaya nih, Adam dan Maya di satukan atas pilihan keluarga kedua-dua belah pihak. diorang tak bercinta pun. walaupun, salah seorang ada 'pasangan' masing2, tapi sanggup diketepikan demi keluarga.

saya cuba la nak relate dengan zaman kini, remaja kini. sila kira berapa bilangan rakan2 anda yang dengan yakinnya meletakkan status "Single" untuk status mereka di Facebook? no
"It's Complicated" nor "In a Relationship".. yang betul "Married"? ke saja letak, sebab dah 'confirm' akan kahwin dengan orang itu kan? masyaAllah..

macam satu kebiasaan yang nyata pulak, dan menjadi perkara yang pelik kalau tiada gambar gf/bf dalam handphone anak muda kini.. sedih? ye memang sedih. sebab, implikasi 'gejala' tu sendiri dah diketahui, dan dipelajari, malah termaktub dalam kitab suci yang menjadi pegangan kita, tapi nape masih kita practice?

dalam cerita ni juga, ternyata Maya yang juga heroin dalam drama ni, mempunyai seorang kekasih sejak sebelum berkahwin dengan Adam lagi. dan Adam pun pernah mengikuti camping kat hutan bersama Maya dan bf nya, serta dua orang lagi rakan mereka. tapi, sehingga 5 tahun perkahwinan, sampai Maya dan Adam dikurniakan anak, bekas bf Maya, masih mengejar Maya sana sini. ha, apa yang anda dapat kat sini?

maksudnya, 'perkara silam' seperti 1st love semua2 tuh akan kembali menghantui hidup, walaupun mungkin pada masa itu anda dah beranak pinak! especially, kalau perkahwinan anda, bukanlah dengan 1st love anda, dan anda mengahwini yang lain. 'cinta pertama' sebelum kahwin itu akan kembali menghantui anda! nak ke?

nampak sangat, terang lagi ber'spotlight'.. tak perlu dinafikan. Islam sendiri menegah malah mengharamkan pergaulan antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, melainkan atas beberapa sebab yang tak dapat di elak. tapi, kalau setakat ingin ber'madu kasih', perlukah? tak cukup ke, kasih ibu bapa dan family yang melimpah ruah, yang memberi duit poket, yang membeli segala keinginan kita, yang tak pernah mengeluh menjemput menghantar kita pulang ke kampus setiap minggu, yang mendoakan kesejahteraan kita siang malam, sampai kita perlu mencari 'kasih' yang lain, yang sampai bila kita pun tak tahu hujung pangkal 'kasih' tersebut? atau, paling tidak pun, kasih rakan2 terhadap kita, pensyarah, roommates dan kasih yang paling agung, Maha Pencipta terhadap hambaNya yang tak berbelah bahagi?

pelik kan?

saya lagi pelik kalau di alam maya Facebook, sanggup meletakkan hanya status "In a Relationship" atau "Engaged" atau "Married" di profile, tayang yang itu sahaja, dengan ter tagnya nama bf/gf masing2. wah, bangganya! terlupa pulak, yang mak ayah kita pun kadang2 ada akaun Facebook sendiri, tak pula di addnya dalam akaun kita. takut kantoi la kunun kan!

atau yang meng'upload' sebanyak mungkin, gambar2 'manje anje' siap beralbum2 dalam FB.. apa reaksi atau respons mak ayah mereka mungkin, kalau bukak je akaun anak mereka yang 'berkasih' tuh, dang! gambar romantik berdua sebagai profile picture. tak sedih ke hati mak ayah time tuh? nama di FB ber 'bin' dan 'binti' kan nama ayah masing2, tapi gambar, masyaAllah.. tak ke kita menconteng arang kat muka mereka? silap hari bulan, kawan2 mak ayah kita pulak ternampak profile kita, ha lagilah! memang malu la..

*macam emo je anis..*

yang paling best dalam drama ni, maksud saya pengajaran paling best is, "janganlah bersedudukan dengan yang bukan mahram". nauzubillah min zalik!

itu memang dah haram lah. walaupun, watak untuk perkara 'bersedudukan' ni bukanlah major scene, dan tidak di frame kan sebagai tarikan pun, tapi, dapatlah penonton kupas kat sini, bahawa sesayang mana pun anda kalau berkasih, "dengan yang bukan mahram", maka janganlah sampai bersedudukan, macam kat Barat. tak manis, tak elok, jahat dan semua perkataan negatif lah!

yep, saya memang insyaAllah masih rasa 'selamat' dengan diri ini, yang tidak mempunyai apa2 'status' pelik lagi pening. =)

dan, hati pun rasa ngilu apabila perkara sekecil2 fitrah nih "iaitu bercinta" menjadi sebesar2 "fitrah". maksud saya, apabila ianya menjadi begitu penting pulak dalam kehidupan remaja sekarang. macam satu "kewajipan" pulak untuk setiap daripada kami, have ones! oh tidak!

biasalah budak kampus macam saya nih. macamlah tak pernah dengar, cerita fly larut malam, atau pagi dinihari, pelajar perempuan dengan lelaki. macamlah saya tak tahu. amende yang diorang buat pun, saya tak tahu. tak nak tahu pun!

macamlah tak biasa dengar, orang berdating sana sini kat sekitar kampus. dengan bangganya. padahal, kat setiap meja di kafe *uia only* dan di ceiling kafe, dah terpampang sebesar2 alam, "Brothers and sisters sit separately", "Ketahuilah bahawa di antara seorang lelaki dan perempuan, akan ada yang ketiga iaitu IBLIS".. dan macam2 lagi lah. yang lelaki, dengan 'gentle'nye kunun, bawakkan beg gf masing2. yang baru habis kelas. ye, suasana sekarang. itu belum masuk lagi shopping complex. yang club segala club kat sekitar k.l ni, toksah habaq la kan.

okeh, saya nak cakap balik mengenai 'arrange marriage' tadi.

sebetul dan sebenarnya, saya sudah lama mendengar perihal orang kahwin melalui arrangement parents nih. sebetulnya, memang rasanya seperti tak wujud lagi dalam keluarga saya. tapi, kalau ada orang nak kahwin dengan ahli keluarga dan terus berjumpa dengan parents itu, ramailah. tapi,kalau melalui orang tengah ni, macam tiada lagi dalam kamus hidup :)

sejak masuk UIA nih, saya mula didedah-revealkan kepada perihal membina Bait Muslim yang rupa-rupanya bukanlah seperti fairy tale and lovey dovey dalam any dramas or films tu.

walaupun tidak payah, sifirnya tak payah, tapi nak melaksanakannya itu, hanya orang2 tertentu lah yang boleh buat.

maksud saya orang tertentu itu, adalah orang yang betul2 kuat imannya terhadap godaan nafsu yang liar sebagai seorang remaja, especially golongan brothers la. ialah, dah nama perkenalan melalui orang tengah, dah semestinya tiada 'dating' atau 'sms-ing' apetah lagi calling2. sebab, nak buat semua tuh, memerlukan perantaraan orang tengah yang meng'kenen'kan itu tadi.

senang cakap, sifir nak membina Bait Muslim ini mudah sangat sebenarnya,

"kalau rasa dah suka kat seseorang, rasa dah mampu nak kahwin, dengan kata lain, nak pegang tanggungjawab yang lebih besar, dah tak boleh bendung nafsu tu lagi, dengan erti kata lain, dah masuk golongan 'wajib' dan 'sunat' kahwin, proceed lah!"

nah, suci nya tali perhubungan lelaki dan wanita yang bukan mahram. hanya wujud selepas pernikahan. dan jalan ke arah pernikahan itu sendiri, suci. tiada cacat cela. tiada keperluan dating2 bagai.

tetapi, kenapa perlu prektis cara Barat? kene kenal dahulu hati budi, yang paling best, kena tinggal serumah dahulu, kalau rasa 'ngam', baru boleh proceed. pulak?

sejauh mana keberkatan di situ? macam mana pula dengan hak Allah terhadap kita?

kalau dah ada orang yang 'sentiasa diingati' dan perlu 'diingati', macam mana dengan ingatan kita kepada Allah, Rasul dan ahli keluarga kita?

berbalik kepada hal 'arrange marriage' tadi, sebenarnya, mula terfikir sejak perkenalan saya dengan roommate saya dahulu. al kebetulan, semasa saya baru menjadi roommate nya, sewaktu alam 1st year, akak sulungnya berkahwin. arranged by parents.

saya rasa sweet sangat perkenalan mereka. maksud saya, perjalanan yang begitu mudah ke alam perkahwinan. dari merisik, bertunang,walaupun tempoh yang pendek, serta berkahwin.

rasa sweet, sebab macam tiada 'pencemaran' berlaku.

dah di arrange by our own parents, saya rasa dan mula terfikir, itu yang terbaik. masakan tidak, selain Allah S.W.T, hanya parents yang kenal hati budi kita, luar dan dalam, dan mereka mempunyai instinct yang kuat dengan kita. mestilah mereka tahu siapa yang terbaik untuk anak mereka.

sehingga kini, alhamdulillah, dah dua tahun saya bersama roommate, dan akak sulungnya dah ada anak perempuan sorang dah. masa berlalu pantas, rasa macam baru je akak roommate saya tu kahwin, itulah ayat saya yang saya ulangcakap dengan roommate. beliau pun setuju.

dah tu, kenapa perlu gusar lagi?

saya pernah tanya pandangan roommate saya, apa agaknya yang terjadi kalau kita macam tak suka dengan orang yang di arrangekan itu?

ingat balik ayat Allah yang masyhur ni.. 2:216

"It may be you dislike a thing which is good for you, and that you like a thing which is bad for you. Allah knows what you do know not."

dan ayat itu kini terpampang kat pencil box saya.

ingatlah janji Allah. terselit seinfiniti hikmah, dan kita sebagai HAMBA nih, kadang2 tak daya nak fikir hikmah nya sekarang. mungkin hikmah nya muncul di masa depan. berdoa lah kawan2. saya mendoakan semoga kita semua mendapat jodoh yang baik, insyaAllah.

itu yang melalui parents, ada juga yang melalui perantaraan orang tengah *suami isteri* yang dipercayai soleh dan solehah.

ini selalunya terjadi kepada students.

yang ini pun, antara inisiatif, bila rasa diri dah boleh bawa tanggungjawab, kita serahkan kepada seseorang yang kita percayai untuk menjadi orang tengah untuk kita.

boleh risik perihal agama, itu yang paling penting. :)

kesimpulan.........

banyak lagi cara lain selain daripada mengamalkan cara hidup Barat. back to basic. kembali kepada pegangan kita, al-Qur'an. bukan hanya hal akad nikah sahaja, tapi insyaAllah semua perkara. itulah sebaik2 manual guide kehidupan.

saya pun merasakan logiknya cara ini. bukan sahaja logik, tapi keberkatan yang dicari. cinta yang fitrah ini bukanlah segalanya, tapi sebagai wasilah dan nikmat yang Allah turunkan kepada hambaNya, sebagai wadah untuk mendekatkan diri kepadaNya.

kalau bait kita sendiri, 'pembinaan' asas atau foundation dan base sahaja dah melalaikan, di manakah keberkatannya? boleh assured ke kebahagiaan yang boleh di bawa, insyaAllah ke syurga?

yang paling penting, tautan hati akan lebih mudah, kalau bersandarkan kepada Allah.

dan binalah base yang baik, dengan mencari keberkatan, seawal perkenalan. keberkatan rezeki juga insyaALLAH terjamin.

~saya milik Allah~

akhir kalam, nasihat untuk saya, dan ingin share bersama rakan2, carilah keberkatan dan redha Allah di mana sahaja, bukan sahaja di jalan menuju akad nikah. :)

wallahu'alam.





End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...