Saturday, April 24, 2010

inspired!


in the name of Allah, the most Gracious and Most Merciful..

beberapa hari yang lalu, buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya drama-thon! :)

tak pernah terlintas nak movie-thon or segala -thon before ni.. tapi dek kerana baru selesai kuiz Maths.. di tambah pulak dengan homework yang dah 'settle', saya pun beranikan diri 'mencuba' tgk cerita Iryuu 2 atau lebih dikenali dengan Team Medical Dragon...

cerita or drama ni, sudahla roommates saya 'khatam'kan last semester.. cuma dengan jadual saya last semester menyebabkan saya tak berapa bekesempatan nak tengok, walaupun satu episode.. :p

ternyata.. cerita ni SANGAT BEST!!!!!!! :D

thumbs up sangat2 kepada pengarah cerita ni.. macam REAL je segala operations and bypass surgeries dalam drama ni.. sangat2 berbeza dengan cerita ber'theme'kan doktor cam House, E.R apetah lagi Grey's Anatomy :p

kalau cerita 'doktor' barat, mesti ader 'adegan2' itu.. tapi tidak untuk cerita ni.. :p

Asada Sensei dalam cerita ni, sebagai cardiologist, di gambarkan sebagai seorang yang sangat calm.. dan hampir2 'tiada perasaan' pada riak nya..

dan sekarang, saya nak download yang Iryuu 1 dan other 'karte' yang saya tiada dalam folder Iryuu..

sangat recommended! esp kepada sesiapa yang berminat nak menjadi doktor.. esp Cardiologist..

selain penerapan 'minat' doktor itu sendiri, drama ni ada menonjolkan aspek2 kehidupan.. walaupun dorang orang Jepun, kita boleh ambil beberapa nilai sebagai pengajaran dan teladan,m selagi tak berlanggar syariat :)

p/s: boleh ke jumpa cardiologist macam Dr. Asada, versi melayu, kat IJN nanti ek? ;p

wallahu'alam..

Wednesday, April 21, 2010

bedah lagi.. dan lagi..

in the name of Allah.. the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. short semester saya kali ni, masa banyak di habiskan di dalam bilik..
bukanlah short semester yang dulu, dihabiskan di luar bilik.. tapi, suasana 'bilik' amat terasa semester kali ni..
setelah 2 minggu di cfs, saya boleh habiskan 2 buku yang bertebalkan sebuah novel.. itu merupakan pencapaian untuk diri saya, yang sememangnya seorang yang payah nak habiskan satu novel.. :)

buku yang berjaya saya habiskan within 2 weeks adalah:

-Denyut Kasih Medik
-Aku Terima Nikahnya

buku denyut kasih medik tuh, saya baru beli di Pesta Buku hari tuh.. mungkin 'spirit' nak baca menyebabkan saya berjaya habiskan buku ni.. Ustaz Hasrizal's Aku Terima Nikahnya saya beli November lalu.. masa tuh, ada pameran buku kat AMF.. dalam pada browse2, dari satu booth ke booth, saya pn beli la..

alhamdulillah again.. tak rugi beli+baca 2 buku ni.. sangat best!

Aku Terima Nikahnya

buku ni, kalau tak diselak pada awal2 anda melihat 'cover'nye, mesti anda beranggapan buku ni al-kisah 100% perkahwinan.. padahal sahaje.. percayalah..

saya pun, mula2 'berkenalan' dengan buku ni, dekat satu blog.. dan saya tahu pemilik blog tuh masih menuntut kat universiti, yang saya lupa kat mana.. waktu tu, saya first year lagi kalau tak silap.. so,agak sipu2 la untuk membeli, buku yang tajuknya 'agak matang' ni kan..

kalau berbicara mengenai buku-buku Ust Hasrizal, saya yakin, pembaca2 nya mesti setuju dengan konsep yang cuba disampaikan.. iaitu tarbiah via travelog, atau pengalaman kehidupan.. saya amat tertarik, dan merupakan collector-in progress of buku2 Ust ni.. cara yang beliau sampaikan, sangat 'straight to the point' yet santai..

buku ini menggambarkan tarbiah mengenai 'kefahaman' muda-mudi tentang konsep perkahwinan dalam Islam.. tapi, tak semua bab dalam buku ni berkisar perihal kawen, kawen dan kawen.. tapi,suntikan elemen 'perli' dalam realiti serta pengalaman hidup sebagai seorang 'single going to double' yang berada di perantauan dan masih bergelar pelajar, amat2 mengajar dan memberi nasihat.. buku ini khas untuk mereka yang dah berada dalam 'mood' remaja-to-dewasa.. dan yang masih mencari2 erti perkahwinan, dan yang masih 'kurang jelas' adakah konsep COUPLE itu perlu.. :)


Denyut Kasih Medik

attention to Medical students.. buku ni cam must-have la utk golongan ini! :)

setakat ni, rakan2 seperjuangan yang berada dalam course ni, semua cam ada a copy of this novel.. jangan di nilai dari muka depan novel ni.. tampak biasa mungkin. tapi,isi di dalamnya.. mahalll... :)

penulisnya juga.. mungkin dikenali kerana isterinya.. especially kat bumi UIA ni.. Ustazah Fatimah Syarha.. siapa yang tak kenal..

buku ni berkisar mengenai seorang HO atau Houseman yang masih dalam waktu praktikal kat sebuah hospital.. dalam pada ingin memenuhi tuntutan masa seorang HO, beralih kepada practicality of practising Islamic Ethics dalam kerjaya perubatan.. di selitkan jugak beberapa fiqh mengenai medic, dan juga dalam mengharungi kehidupan seharian.. yang paling best, ada hadis yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan.. dan juga quotes yang boleh dijadikan status kat FB! :p bukanlah bermakna nak menunjuk2 betapa 'islamik'nye kita.. tapi,sekadar perkongsian.. bukankah facebook itu medan dakwah yang luas.. :)

habis baca kedua-dua buku, saya merindui pulak moments semasa meng'indulge'kan diri dalam novel tadi.. sememangnya saya mengalu-alukan sesiapa yang nak mencadangkan novel Islamik yang best..

ouh.. habis short sem.. akan bermula long sem..

7 contact hours per week.. what i need to do? :p

Sunday, April 18, 2010

moga Allah permudahkan..

in the name of Allah.. the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. 16 April.. saya dapat lesen Kompeten *competent* klas D.. :D

toleh cermin depan and belakang.. "ibu dah cabut P rupenye.." getus hati.. suka.. :)

hari Jumaat yang lalu, selain menemani rumate ke Pudu.. saya juga menjejak ke Stesen BTR utk bergegas ke JPJ, untuk tukar lesen.. dah hampir sebulan delayed.. sepatutnya 18 Mac yang lalu..

alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan 'balik' saya.. dan juga, ada satu peristiwa yang saya sangat stunted and grateful semasa urusan di JPJ..

sementara menunggu adik saya, Ashraf Hafiz habis kelas di SMSS, ayah drop-by sekejap di JPJ Salak Selatan.. saya dan ibu pun bergegas ke pejabat.. mula2 sekali, ambil nombor giliran..

"Ya Allah.. 2__.. padahal sekarang nombor baru seratus lebih.. saya kene tunggu dalam lebih kurang 60 giliran lagi.. orang ramai tersangatlah padat.." getus hati saya.. geram jugak.. punyalah bergegas2 ke JPJ, lepas tu ramai orang.. isy2.. sabar je lah..

jam menunjukkan pukul 1215..

"takpelah bu.. kita amik adik dulu la.. nanti petang nanti akak pergi sendiri.."

nearly 3 p.m saya dan ibu ke JPJ tersebut.. dan, sekali lagi kami di uji.. parkir tersangat penuh.. lalu ibu turunkan saya kat depan JPJ, dan ibu round carik parkir..

nombor giliran.. 627.. sigh..

"xpela.. tunggu je la.." saya dah redha.. by hook or by crook saya kena buat jugak harituh.. with Allah's will.. sebab tak nak melepasi tarikh delayed yang bakal menginjak sebulan.. :)

pelik juga.. saya pun tidak terlalu mengharap kepada 'keajaiban' waktu tuh.. tapi, kalau dah namanye rezeki..

"nah dik.. amikla nombor ni.. tapi, lambat sikit la.."

589?????!!!!!!!

tgk kat skrin nombor giliran..

562????!!!!

segala puji bagi Allah... :)

saya tak amik pun.. pemuda tu letak kat sit sebelah saya.. memandangkan saya senyap je tanpa reaksi..

terkejut kot.. :)

tiba2, ibu saya muncul kat pintu.. datang ke arah saya..

"bu.. akak sebenarnya dapat nombor ni.. tapi, td tiba2 ader sorang lelaki ni bagi akak nombor ni.." kata saya sambil menunjukkan kedua2 nombor giliran..

"alhamdulillah.. nampak.. Allah nak permudahkan.."

saya pulang bersama lesen kereta kelas D kompeten.. dan dengan perasaan terkejut..

bukan terkejut apa.. saya malu sendiri.. tu lah, merungut lagi awal2 td.. :p

dan juga 'brother' tu.. punyela ramai perempuan2 lagi cun dalam JPJ tuh, kenapa dia bagi saya?

ahh.. yang penting.. mungkin dia sebagai wasilah dan asbab daripada Allah untuk permudahkan urusan saya..

Thank You Allah :)

Wednesday, April 7, 2010

semuanya hanya pinjaman semata2...

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

pernah tak dalam hidup anda, merasa suatu kehilangan?

barang?

kenangan?

ataupun, nauzubillah.. manusia?

saya tak berapa dengan jawapan anda, yang pasti, saya pernah..

sebenarnya, saya bukan kehilangan secara 'total' atau hakiki.. tetapi, 'perkara' itu hilang, dari pandangan mata saya..

jadi, tidaklah terlalu kritikal di sini.. jauh sekali untuk mendoakan supaya ianya bertukar menjadi kehilangan hakiki..

pada bulan Oktober yang lepas.. seorang kawan yang rapat+baik dengan saya (rapat maksudnya terlalu rapat, dan dia mampu menghuraikan siapa saya, walaupun mungkin tidak sedalam adik saya, apatah lagi Maha Pencipta) telah terbang ke Mesir bagi melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang kami berdua AMAT minati, Perubatan.. :)

tidaklah saya mengjangkakan kepergian dia, kerana saya amat yakin dia tidak mampu berjauhan dengan keluarganya.. antara saya dan dia, dia lebih tinggi 'homesickness' nye.. lagipun, dia tidak pernah berangan2 untuk ke Timur Tengah.. cukup baginya melanjutkan pelajaran dalam negara.. tak seperti saya.. yang lebih CENDERUNG ke sana.. cerita lama.. selepas SPM.. :)

"jom la anis.. bila lagi nak pergi.. ko ada aku, aku ada ko.." ajak Nabilah, atau saya lagi selesa panggil Bell..

saya pelik.. isy, peluang saya masih terbuka luas.. lagipun, bidang yang saya bakal ambil kat Kuantan nanti, masih around perubatan juga.. walaupun bukanlah originalnya Perubatan.. iaitu, insyaAllah, BioMedikal.. lagipun, saya masih berserah kepada takdir, andai itu takdirnya.. :p

Bell pula beriya2 mengajak saya.. saya kasihan sangat kat dia.. sebab, saya tahu dia pandai.. masakan tidak, dapat jurusan Sains Fizikal kat Pusat Asasi UM.. saya hanya Sains Hayat di Pusat Asasi UIA... sangat dekat.. dia pernah menyatakan hasrat nak keluar dari UM, sebab tak minat physics.. lagipun, jurusan ini tidak membukan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.. hanya kejuruteraan shj..

saya sebagai sahabat paling rapat, dan keluarga kami saling mengenali, menasihatkan dia supaya terus stay kat UM.. sebab bukan mudah untuk seseorang memasuki universiti tertua Malaysia tuh.. saya juga pernah memberitahu beliau mengenai takdir.. mungkin, pemilihan beliau ke sains fizik merupakan petanda awal dia lebih sesuai ke Bidang Kejuruteraan seperti ayahnya yang bekerja di Petronas? *nak jugak sebut..*

akhirnya, dia akur.. setelah tamat setahun pengajian kat asasi, dengan pointer yang agak baik, Bell dapat jurusan yang tak pernah terpikir pun dalam kepala kami berdua..

"Nis!!!!!!!! aku dapat Bachelor of Quantity Surveying!!!!!!! tak nak!!!!!!!!!!!" jerit Bell ketika telepon saya, pada suatu hari..

"Quantity Surveying? mende tuh?" tanya saya, cool.. :p

"ala.... yang intan nak sangat tuh... aduih... macam mana ni??? any comments??" begitulah Bell, kalau frust+cuak.. sangat jelas, dia cuak dengan 'masa depannya'..

"erm.. apa kata ko try dulu.. ha, Intan punyela beriya2 nak.. ko pulak yang dapat.. kat UM pulak tuh.. Bell, ak dengar keje tuh, market dye tinggi.. senang dow dapat kerja.." pujuk saya..

sememangnya saya tidak 'berapa' mengambil tahu mengenai kerja2 luar daripada science-oriented.. bukanlah nak kata saya ni pandai, dan orang sains.. tidak.. tapi, saya tak pernah terfikir lagi, kerja di luar jangkaan ni..

memang kami sedia maklum, tyme pergi pameran 'Jom Masuk U' dulu, seorang lagi kawan kami, Intan, memang ke semua booth universiti, dan bertanyakan mengenai Quantity Surveying.. atau QS..

saya ngan Bell pulak, sibuk tanya macam mana nak belajar medik.. sampai jumpa lah pensyarah medik UiTM.. kelakar..

tapi alhamdulillah.. Intan dapat jugak.. Diploma QS kat UiTM cawangan Seri Iskandar.. akhirnya..

yang kelakarnya, saya dengan Bell.. akhirnya, Bell buat keputusan.. setelah berbincang dengan parents nya, dia nekad ke Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang kami cintai.. dengan tanggungan sendiri..

dia pergi ke kursus Bahasa Arab kat UKM.. bersama2 junior 1991 yang baru dapat result tyme tuh..

saya pula, menghitung hari, dia berlepas ke Mesir.. sedih sangat.. sebab saya tak tahu, saya nak luahkan kat siapa lagi, masalah2 study, dan nak share pandangan lepas ni.. itulah yang best pasal Bell.. dia sangat suka berbincang.. saya pernah suggest dye amik Law dulu.. tapi dye tak nak..
"takde masa depan.." katanya.. huisy.. pelik2..

akhirnya, dia dapat Universiti Alexandria.. atau Iskandariah.. kat Mesir..

dan yang paling best.. dia berlepas tatkala hari raya ke-6 tahun lepas.. dan waktu tuh, saya sedang bertarung dengan 3 paper core final exam untuk semester satu 2009/2010! ya Allah.. sabar je la.. saya sedih sangat tyme tuh.. sebab dye 'pergi' ketika saya menatap nota Biology untuk exam.. saya ingat lagi dia call.. seperti biasa, budak Mesir akan berlepas jam 1159 malam.. dan beberapa minit sebelum tuh, dia call.. mengucapkan kata2 akhir.. dengan sedu sedan dia.. huhu..

saya redha.. walaupun agak stunted tyme tuh..

itulah Bell.. kawan rapat saya.. walaupun tak 'kehilangan' sepenuhnya.. tapi saya rasa 'ketiadaan' dia.. dia selalu cakap, saya ni ego orangnya.. sebab dia selalu meluahkan kata2 manis+sayang kat saya.. wekkk.. :p
pantang ada peluang call, dulu, dia mesti 'meluahkan' la .. saya? layan je la.. dia memang romantik.. untunglah bakal suami dia nanti..

and2.. dia selalu cakap camni..

"anis.. ko jangan benci sangat.. kang ko yang dapat.. padan muka.. tengoklah.. aku balik msia.. tengok ko kawen ngan orang negeri tu, aku sponsor tau x.. sponsor!" tegas Bell.. ayat itu diulang2 setiap kali saya 'meluahkan' ketidak puasan hati kat negeri itu.. haha.. klaka..

inilah hakikat orang lahir akhir tahun.. emosional sangat.. :p

kenapa saya tulis mengenai dia, dalam entri kali ni? sebab saya sedang merindukan dia sekarang.. dia akan pulang ke Malaysia bulan julai ni, mengikut kata maknye yang saya selalu jumpa tyme beli barang dapur kat Tesco Saujana Impian.. parents Bell memang sporting.. dengan loghat utagha yang teramat pekat, saya selalu tergelak bila berbual dengan mak dia.. huhu.. kak long Bell nak kahwin bulan September ni.. so,mak dia dah 'book' saya untuk bulan 9 ni.. jom ke utagha..! :)

huhu Bell.. teramat rindu kamu.. :(

7 April 2010...

hari ni.. minggu ini.. dah masuk minggu ketiga saya di CFS.. untuk short semester.. belum sebulan lagi.. ya Allah.. lamanya sebulan.. :(

kalau dahulu, sebulan itu bagai seminggu.. malah kadang2 sehari.. begitulah, tuntutan kerja sangat mendesak saya supaya tidak mengira waktu.. hanya mengira kerja2 persatuan dan kerja2 rumah.. bukanlah niat saya nak beritahu yang saya ni amat busy orangnya.. dan bukanlah kerja itu datang kepada saya.. saya yang mencari kerja tu.. so, tidak sepatutnya saya mengeluh.. well, saya tak mengeluh pun.. jauh sekali membenci..

tetapi, kerana saya tidak mengeluh itu lah.. saya mula merindu.. saya rindu sangat2.. ingin saya luahkan di sini, setiap kali bangun tidur, setelah memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang menghirup udara PJ ni sekali lagi untuk hari itu, saya pasti bersedih.. hati ini terlalu ngilu..

ngilu kerana saya tahu, saya akan bangun tidur pada semester hadapan, tanpa roommate sejati saya.. sedihnya.. saya selalu terfikir hal itu.. tapi saya pendamkan sahaja dalam hati.. takkanlah saya nak nangis setiap hari kan.. buat tabiat ape.. huhu..

saya sedih kerana bangun saya pada hari itu, tanpa 'sapaan' siapa2 yang selalu menerjah saya dengan sms serta call mengejut.. suruh saya buat itu ini.. tapi, bukan kerja dan suruhan yang saya rindukan.. saya rindukan suasana, dan hamba Allah yang bertanggungjawab dalam hal itu.. :(

kadang2, saya pn terfikir lagi.. "nape perlu aku merindui? bukankah yang datang, mesti pergi?"

saya pernah terbaca dalam novel..

"jangan menyesali apa2 yang telah berlaku, atau apa yang telah pergi, meninggalkan.. tapi, bersyukurlah kerana kita diberi nikmat dan peluang, untuk menjengah dalam kehidupan seseorang atau perkara tersebut. Moga2 Allah memberikan petunjuk untuk kemudian hari.."

selepas baca quote tersebut.. saya relieved..

betul jugak.. siapalah saya untuk menangisi pemergian atau kehilangan, sedangkan semuanya hanyalah pinjaman daripada Maha Pencipta untuk kita..

benda yang dipinjamkan.. mestilah dipulangkan.. dan, semoga ianya memberi manfaat kepada kita..

itu adalah salah satu takdir dan iradat Allah kepada kita.. semoga dengan adanya 'pinjaman' itu, kita bermuhasabah kembali diri kita..

subhanallah.. saya amat rindukan mereka.. dia..

:'(

-insan hina-

Sunday, April 4, 2010

andakah yang kami cari? :)


in the name of Most Gracious and Most Merciful..

"Andakah yang kami cari?"

tepuk dada tanya iman.. :)

sejak terlihat akan iklan menerusi saluran Astro Oasis beberapa minggu yang lalu, yang dikendalikan oleh Jimmy Shanley, saya terus tertarik.. tertarik dengan satu program realiti terbaru yang bakal diterbitkan oleh Astro.. iaitu program bagi melahirkan Imam yang serba boleh.. Imam Muda..

saya memang ternanti2 program seperti ini dan memberi pujian untuk pihak Astro sebab berani membuat testimonial untuk menganjurkan program islamik seperti ini.. saya antara yang tidak meminati Akademi Fantasia.. dan sangat tidak mengikuti program tersebut.. dan apabila pihak Astro mengumumkan untuk menerbitkan rancangan ini,rasa happy pula.. tak tahu kenapa..

nampaknya,program ni bakal memancing minat saya untuk menunggu di hadapan t.v, setiap minggu.. :)

rasionalnya..

bagi saya, seharusnya program seperti ini dipertingkatkan... dan dikomersialkan.. sama seperti giatnya para penerbit filem dan drama, menerbitkan filem dan drama berunsur islamik.. especially yang berada di seberang.. saya amat meminati karya Habiburrahman el-Shirazy iaitu Ketika Cinta Bertasbih.. saya sangat nampak kesungguhan beliau memartabatkan karya-karya islamik.. especially dalam 2 filem tersebut.. dalam filem tersebut, para pelakonnya terpaksa menempuhi pelbagai saringan dan ujibakat tertentu untuk berlakon dalam filem tersebut.. dan kita dapat lihat, para pelakon dalam KCB (Ketika Cinta Bertasbih) bukanlah pelakon2 yang hebat dan popular di negara seberang.. tetapi, lakonan mereka begitu mantap.. dan sangat2 berkesan, dek kerana ilmu dan sifat Islamik yang memang tersemai dalam diri mereka.. mungkin, berdasarkan pemerhatian saya melalui gerak geri serta pakaian pelakon2 tersebut..

begitu juga dengan novel2 yang bersifat Islamik itu sendiri.. sudah banyak menghiasi rak2 buku dalam Bahasa Melayu yang dahulunya sepi, dan hanya dihiasi dengan novel remaja dan cinta semata.. Kini, terlalu banyak novel2, melayu dan indonesia yang bersifat Islamik, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..

nyata.. terang lagi bersuluh, kempen dakwah yang digunakan melalui novel dan televisyen amat berkesan dalam membentuk acuan remaja Muslim yang berguna untuk ummah.. selain daripada itu, majalah Islamik kontemporari juga menjadi pilihan, bukan sahaja remaja, tetapi juga ibu bapa dan golongan berusia.. majalah2 seperti majalah Solusi, menggamit iman sesiapa sahaja yang membacanya.. sangat seronok untuk membaca dan mengumpul majalah tersebut, malah terasa ruginya kalau tertinggal, walaupun satu edisi.. :)

masyarakat Malaysia kian menyedari pentingnya untuk menghidupkan kehidupan berlandaskan syariat.. saya tidak pasti kalau2 hal ini kerana saya sendiri belajar dalam suasana universiti Islam.. tetapi, yang saya lihat, usaha itu ada, tetapi 'produk'nya mungkin masih belum nampak dengan mata kasar.. insyaAllah.. di masa hadapan..

berbalik kepada program Imam Muda tadi.. menurut mStar online :

"Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan."

Antara hadiah yang ditawarkan juga amat lumayan..

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

"Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji."

seems interesting.. tetapi, yang penting, produk yang bakal di hasilkan itu, menjadi..

tapi, antara syarat2..

=Sesi Ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki berwarganegara Malaysia yang beragama Islam dan berusia di antara 18 hingga 27 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.=

huhu :p

sebenarnya.. sebenar-benarnya.. saya ada satu al-kisah.. mengenai Imam Muda ni..

sejak melihat iklan tersebut, di dalam pemikiran saya, hanya teringat pada sebaris nama.. *cewahh..* bukan apa.. tiada maksud pun.. kerana tuan pada nama tersebut, bagi saya, amatlah bersesuaian karakternya untuk memasuki pencarian ini..

mungkin juga beberapa nama.. *tak mahu timbul fitnah..* dan nama2 ini, kalau masuk lah semuanya.. alamat berada di tempat teratas carta lah.. huhu :p

berbalik kepada sebaris nama tadi.. dia tidaklah alim ulama' orangnya.. tapi, saya macam yakin pula dan akan menjadi antara penyokongnya..

sebab saya tahu, pasti lagi ramai yang akan menyokong..

oleh yang demikian, saya mencari jalan.. macam mana nak tanya dengan tuan punya nama ni.. mengenai perkara ni.. bukan apa.. saya sengaja mahu utarakan soalan cepumas.. mana tahu, dia mungkin terbuka hati nak masuk.. :))

dan pada suatu hari.. tiba2 dia pop-up kat YM.. *peluang2*

dia tegur.. then setelah beberapa lama, saya dengan tak malunya, bertanyakan perihal yang saya terkinja2 nak tanya tu..

"____,nak tanya.. tak nak try masuk Imam Muda ke?"

dia menunjukkan emoticon 'patah hati'.. seraya menaip..

"awak mengingatkan saya pada benda tu lagi.."

ah sudah.. nape pulak ni.. bisik hati saya.. berdebor.. :p

"kenapa pulak?" tanya saya.. kini terkinja2 menanti jawapan..

"sebenarnya, family saya semua dah suruh.. dah bagi sokongan la kira.. tapi, bila tengok kat syarat dia, 3 bulan.. mana boleh.. saya nak belajar.. saya nak ada kerjaya saya sendiri.."

hurm..

"itu kita dah sedia maklum.. memanglah 3 bulan.. so,awak nak masuk ke tak?" tanya saya lagi..

"takpelah.. saya nak belajar.. lagipun, kalau diorang tengok pakaian saya, konfem kene tolak.."

jawab beliau..

pulak pak cik nih.. ada pasal pakaian yang dijadikkan hal.. saya tak puas hati..

"kenapa mengenai pakaian? ok je saya tengok.. lagipun, takkanlah nak pakai jubah putih je sentiasa? lagipun kalau awak perasan sekarang ni, ramai ustaz n da'i semua dalam kalangan engineer, doktor.. yang professional.. semua smart2 belaka.."

dia pun agaknya tak puas hati.. pelik dengan saya yang beriya2 benor ni..

"memangla.. tapi itulah saya.. saya tak suka hipokrit.. saya akan jadik diri saya dengan sesiapa pun.. lagipun anis, nak masuk tuh, kena berkhutbah.. saya hanya boleh berdakwah melalui attitude.. tapi, saya tak boleh berkhutbah, berceramah.. saya takde kelebihan dalam bidang itu.."

jawapan yang agak melegakan.. boleh terima.. tapi, nak exxagerate lagi.. hehe..

"hurm, setakat saya mengenali awak, ok je.. maksud sy, kalau awak bagi tazkirah, ok je.. tapi, kalau berkhutbah atau ceramah.. wallahua'lam la.. huhu.."

pastu saya pn tak berapa ingat apa ayatnya in the next2 conversation.. tapi, dia nampaknya macam nak.. tapi dek kerana jadual pembelajaran yang agak padat, dan nampaknya dia ingin fokus lebih dalam pelajaran, terpaksa dia melupakan hasrat itu.. saya hanya 20% peluang untuk dia berubah hati.. takpelah.. saya redha.. :)

" takpelah.. mungkin awak boleh jadi Imam Muda untuk orang lain kot.. insyaAllah.." kata saya.. surrender.. bendera putih..

"huhu.. mungkin.. walaupun saya rasa diri saya tak layak sebenarnya.." jawab beliau.. merendah diri.. *alahai..*

begitulah.. ceritanya.. walaupun dah kalah.. tapi tak kalah mati.. mungkin dia akan terbuka hati lagi.. memandangkan ujibakat pun lama lagi nak habis.. tapi saya rasa,possibility nye, macam banyak kepada 'tidak'.. takpelah.. saya mendoakan dia terus berjaya dalam studinye.. dan bakal menjadi Imam yang baik untuk ummah, satu hari nanti.. :)

so,satu calon tak mau masuk.. anda ke orang yang saya cari? :)

wallahua'lam..




Sunday, March 28, 2010

mengapa saya tulis blog?



in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

mengapa saya tulis blog?

bukan tulis la actually.. tapi taip.. :)

kadang2,saya terfikir jugak.. kenapa ek?

nak kata untuk share hal peribadi, jauh sekali..

nak kata untuk kongsi resipi, jual barang, tidak juga..

tapi kenapa?

semakin lama, saya semakin faham, kenapa ramai yang semakin berminat untuk menulis blog..
again, typo here.. ada blog.. bkn tulis..

ramai yang nak share pendapat.. :)

tapi bagi saya, saya bukan sekadar nak share apa yang saya dapat.. tapi, saya ingin berkongsi apa yang saya belajar,lihat,dengar,nampak dan apa2 sahaja yang boleh memberi saya manfaat dan juga kepada org lain.. insyaAllah..

sebab itulah, selagi boleh, saya harap dengan adanya blog ini, saya boleh share anything yang bermanfaat dengan orang.. dan saya minta jauh sgt, untuk saya menge'post' anything yang berkaitan dengan peribadi saya.. yang terlalu peribadi.. minta jauh ya Allah.. siapa lah saya pun untuk orang tau perihal peribadi saya.. :)

Perlu ke orang tau blog kita?

saya terpanggil.. terkesima dengan hal ini..

sehingga kini, walaupun sudah byk entri yang saya taip, tapi saya masih tidak berapa berani untuk me'lobi' url blog saya.. tak tahu kenapa.. tapi,saya tak berani..

macam mana nak bangkitkan rasa berani tu ye?

sahabat2.. sila bagi cadangan.. :)

istiqamah kah kita dalam menulis blog?

saya sedih mengenai hal ini.. dahulunya, saya mungkin terkeluar dalam senarai untuk sentiasa mengupdate blog.. tapi,kini sepatutnya, YA!.. tapi,dek kerana wifi yang terlalu had, saya pn tidak terlalu mengupdate blog ini..

sepatutnya,dalam medan menuju dakwah sejati, tiada istilah 'Tidak' untuk perkara2 yang baik..

apatah lagi dalam mengejar redha Allah..

insyaAllah.. ingin saya update selalu..

dan yang paling penting.. tulislah dari hati, serta dengan hati yang ikhlas.. bukannya emosi semata2..

nasihat utk diri sendiri.. :)

wallahu'alam..



Saturday, March 27, 2010

iqra.....



in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.. :)

KLIBF.. :)

and also Imam Muda.. :p

huhu..

semalam saya dan roommate beserta seorang sahabat telah mengunjungi KLIBF kat PWTC.. ramai? semestinye.. seperti xperlu menjawab je persoalan itu.. :)

sebenarnye, kepergian kami, especially untuk diri saya sendiri, bermatlamat.. bukanlah mencari orang untuk menjawab survey.. tetapi, untuk mencari buku yang menjadi 'idaman hati' saya.. insyaAllah..

antara buku yang dicari.. :-

  1. Denyut Kasih Medik by Dr. Farhan Hadi :)
  2. Solusi edisi ke-16.. *kalau ada lah.. saya xberapa pasti mengenai kewujudannya..*
  3. buku2 mengisi rohani sikit..
selain daripada tu, saya dah konfirm untuk mengajak kawan 'online' saya, Farah untuk join bersama.. dah asyik ajak jumpa je, kira 2 in 1 la ni.. :)

alhamdulillah.. saya berpuas hati kerana dapat membeli semua yang saya nak, esp yang 1st tu.. walaupun agak jauh u-turn nak ke Dewan Tun Razak 3 yang menempatkan publisher Telaga Biru, tapi xpelah.. agak berbaloi..

untuk edisi Solusi.. saya tak dapat mencari yg ke-16.. kemungkinan besar xde, dan di gantikan dengan Edisi Ulangan Edisi 9, kerana terlalu mendapat sambutan.. mungkinlah.. sebab saya hanya berkemampuan beli yang ke-17 semasa di Terengganu.. takkanlah begitu cepat habis sampai di Pesta Buku pun xde kan? mungkin la.. :)

untuk buku pengisian rohani, saya akhirnya memilih 'Lembutkan Hatimu' by Ust Amaluddin.. kenapa memilih buku ini, padahal saya ada choice yang lain, iaitu 'Nota Fikir untuk Zikir' by Ust Pahrol? sebab saya suka buku bertemakan 'pengubahan diri ke arah yang lebih baik, melalui hati'.. saya tak berapa nak perasan akan hal ni, sampailah roommate saya menegur ketika membelek2 buku yang cover bewarna hitam tersebut..

"Ko memang suka kan buku2 pasal hati ni.."

huhu.. saya terfikir.. saya baru beli buku something about hati which saya tak ingat tajuknya by Ibn Qayyim al-Jauziyyah.. buku itu sangat best.. dan semuanya berkaitan HATI.. :)

entahlah.. semenjak dua menjak ni *again* saya amat terkesan mengenai perihal hati.. takut sangat.. takut sangat terjebak dalam masalah pengurusan hati.. dan, saya bukanlah orang yang 'kebal' sangat pun dalam menjaga hati.. dan, umum mengetahui, masalah hati itu pun penting.. sebab itu yang bakal conduct kita dalam menentukan tingkah kita.. tak gitu?

ouh ye.. lepas tu, saya berlari sekejap ke dalam dewan yang hanya ada Karangkraf publisher *maaf tak ingat Dewan mane.. yang penting sebelum Legar Putra*.. dalam tu tersangatlah padat.. berlanggar bahu adalah lumrah.. sebab tu malas nak browse semua, tapi sebab nak beli tabloid ILuvIslam (ILI), redah sekejap la.. masuk2 je ada tarian lagu Nobody dengan kanak2 kt pentas utama.. wah, memang gamat la.. kena pulak, kaunter ILI kat hujung sinun.. :p saya memamng boleh je mendapatkan tabloid2 tu kat uia.. sebab saya memang simpan no hp pengedar dye.. tapi kat sini, murah 50 sen.. kira berbaloi jugaklah..

and, saya beli edisi terbaru Majalah i.. huhu.. also, 50 sen off.. :)

sebenarnya, saya adalah salah seorang penggemar buku.. anda boleh spend masa dengan saya, berjam2 kat kedai buku.. especially kat MPH n Kinokuniya.. saya tahu, ramai yang berkongsi minat dengan saya.. walaupun kadang2, buku yang di browse nye banyak, terlalu banyak.. tapi yang dibeli, kadang2 satu n dua je.. tapi,menghabiskan masa kat kedai buku amat berbaloi.. kadang2 terinspired kalau tgk buku bahagian Medicine ke, Engineering ke.. yang mana, buku2 sangat tebal, dan banyak publisher dari luar negara.. tapi bagi pelajar universiti, buku2 itu adalah yang di cari kerana terdapat dalam Book Requirement kat Course Module/ Outline.. :)

dan, saya sangat menghargai dan suka kalau orang beri saya hadiah sebuah buku.. apatah lagi buku motivasi..

semalam ingat nak cari John Grey's Men are from Mars, Women are from Venus yang popular tuh.. tapi xjumpa pulak section untuk English.. bukan xjumpa, boleh je cari, tapi, tersangatlah penat untuk turun naik kt PWTC.. kami bertiga pun datang agak lewat, dan semalam masih ada curfew iaitu 7 malam.. kami batalkan je la hasrat itu..

akhirnya saya tak dapat jumpa balik ngan Farah sebelum balik.. *sorry ye Farah, I'll be missing you in Kuantan, but sure we'll meet again before then..*

and, before balik, saya n roommate sempat membeli Nasi Briyani kat Masjid India.. untuk dinner.. kene beli, takut lauk kt cafe sudah habis.. :p

yang paling best, saya telah menaiki sebuah teksi ke uia.. dan, pemandu itu sangat inspiring saya.. dye sempat pesan,

"Belajar rajin2 ye.."

ouh, sangat touched.. saya doakan yang terbaik untuk pemandu teksi itu.. moga redha Allah bersamamu.. :)


thanks to all my friends.. sebab sudi teman ke KLIBF yg sgt packed tuh..

and of course to Ummu.. *nak gi Gombak.. nak gi Gombak..* :p

p/s: wondering.. tahun depan dapat pergi KLIBF lagi ke x? :(

thank you Allah untuk nikmat semalam..

wallahu'alam..

Wednesday, March 24, 2010

Allah knows best..


Assalamualaikum..

ternyata entri saya sejak kebelakangan ni menjerumus ke arah pemikiran yang positif dan mind-set yang betul.. saya pun tak tahu bagaimana nak explain, tapi saya memang amat2 teruji dan, saya akui, ujian itu amat mematangkan saya..

bukanlah niat saya untuk tidak bersangka baik terhadap pencipta saya sendiri, Yang Maha Mengetahui.. cuma, untuk saya terima ujian itu lalu menghadamkannya, tidaklah mengambil masa beberapa saat.. saya tidak seTABAH itu.. wallahu'alam..

saya perlukan masa, penyesuaian diri, persiapan rohani dan mental, serta jasmani, serta dorongan dan motivasi sahabat2 saya untuk meneruskan kehidupan di sini, sehinggalah saya menyahut cabaran di Kuantan, insyaAllah selepas raya nanti..

bukan mudah untuk saya menerima hakikat itu.. dan saya sangat setuju, bukan mudah juga untuk orang lain walhal sahabat saya sendiri, untuk menerima hakikat itu, kalau terkena di batang hidung sendiri.. bercakap memang mudah, tapi bahu yang memikul, lagi mengetahui..

tetapi, setelah roommate sendiri memberi motivasi, dan berkata hal itu "adalah perkara biasa, dan saya wajib mensyukuri kerana diberi nikmat peluang utk belajar,serta memperbaik pointer", I was relieved.. seriously..

di tambah pula dengan saranan serta doa lecturer2 yang dikasihi dan di hormati, *Mdm Mahiran, Mdm Faizah, Mdm Sa'yah and Madam Siti Nurjannah*, saya bertambah relieve dan yakin akan keputusan yang saya buat itu..* Thank you Allah, I found them..* tetapi, saya masih di dalam peringkat 'rejuvenasi diri' di mana keyakinan diri saya *self-confident* sangat menjunam ketika ini..

saya tidak banyak bergerak keluar dari bilik.. saya tidak banyak bercakap dengan rakan2 sekelas.. saya lebih selesa menghabiskan masa dengan roommate yang amat memahami dan di library.. mungkin, itu adalah tuntutan setelah lebih 'menghabiskan banyak masa di luar bilik' untuk 2 semester yang lalu.. :)

saya banyak berfikir tentang muhasabah.. kadang-kadang sebelum tidur pun saya akan terfikir.. saya tidak suka menggunakan perkataan 'Kalau' sekarang.. saya nak hindar dari perkataan itu..

sesungguhnya, Allah lagi Maha Mengetahui.. Allah knows best..

saya kerap menggunakan ayat ini.. ianya umpama satu reliever utk saya.. :)

kadang-kadang saya terfikir, mungkin Allah menguji saya dengan cara ini kerana melalui cara ini lah, kasih sayang terhadapNya semakin bertambah?

dan saya juga terfikir, mencari hikmah yang terselit di sebalik semua ini.. apakah?

tetapi saya amat yakin, dan telah revised sesuatu dengan seorang sahabat saya menerusi blognya..

"Kadang-kadang Allah uji kita dahulu, baru Dia beri apa yang kita mahukan.."

saya terkadang seperti mahu menangis apabila terkenang ayat ini, yang saya baca di blog nya..
kenapa? kerana Allah terlalu sayangkan hamba-hambaNya.. sampaikan sanggup memberi segalanya kepada kita.. tetapi, mungkin ada segelintir impian dan kemahuan, yang perlu Allah uji kita dahulu, supaya kita lebih mensyukuri pemberianNya.. :'(

saya semakin berpegang teguh dengan janji Allah.. dan saya bertambah2 yakin yang semuanya yang terjadi, ada dalam Percaturan Allah.. dan hanya Allah yang Maha Mengetahui..

adakah kita tahu apa yang akan terjadi esok?

adakah kita tahu yang doa kita bakal dimakbulkan atau tidak?

adakah apa yang ada pada kita sekarang merupakan yang terbaik untuk kita?

bagi saya, saya akan menjawab 'tidak' untuk semua soalan.. :)

saya tidak mahu kecewa.. saya tidak mahu GAGAL.. saya hanya mahu kejayaan dunia dan akhirat.. kalau itu yang terbaik utk saya..

Wallahu'alam..

Friday, March 12, 2010

usaha menebalkan sifat redha dan qanaah..

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, yang masih memberi sy peluang, menghela nafas baru, walaupun setelah di duga dgn keputusan semalam.. insyaAllah, itu yg terbaik utk sy.. dan, segalanya terselit hikmah, yang sy cuba fahami, dan saya terima itu.. :)

"akak,mcm mana periksa *exam*?", tanya ayah sy, di suatu petang..

"em,ok je.. *dah cuak tyme nih*.. nape yah?" jawab sy.. cam acuh xacuh bunyinye..

"xdela,ayah nak tanye, selain medic,akak terpikir nak ambil ape?"

.......

saya pn mengexplain segala kemahuan hati saya yang terbuku dan memang ingin diluahkan kpd ayah sy, sebenarnya.. tapi,mahu menunggu masa yang sesuai itulah masalahnye selama ni.. tapi, bila ayah dah tanye, saya rungkaikan semuanya.. itulah sifat saya, suka bercerita..

alhamdulillah sekali lagi.. petang tu,saya amat berpuas hati.. ayah tidak expect terlalu tinggi terhadap saya.. dia cuma bimbangkan cita-cita saya xtercapai.. impian saya yang satu itu.. tetapi,hakikatnya, ayah saya xkisah pn saya nak ambil bidang apa.. asalkan saya bahagia dengan keputusan saya itu.. saya pun dah mengexplainkan sepenuhnya, yang saya tidak akan meninggalkan UIA, selagi saya boleh bertahan di universiti itu.. itu keputusan saya.. dengan izin Allah..

saya pernah memberitahu ayah, yang saya redha dengan segala yang tertulis untuk saya..

"kalau akak xditakdirkan untuk medic tyme kat kuantan nnti, akak terima.. maybe,akak ni xtough utk jd budak medic.. dan,maybe medic terlalu tough utk akak.. mgkin akak kene yang lebih 'ringan' sket.. so......." dan byk lagi yang saya luahkan pada ayah petang itu..

jawapan ayah simple je,"xpela.. ayah xkesah.. asalkan akak ada degree.."

:)

dan semalam keputusan keluar.. dan saya amat terkejut.. bukanlah terlalu terkejut.. saya dah expect hal itu..

mungkin itu yang terbaik utk saya.. tak tahulah.. kalau saya kecewa sekalipun, saya tak akan dapat ape2.. cuma,kekecewaan shj..

tapi,kalau saya redha, mungkin redha Allah pun bersama saya..

insyaAllah saya akan buat yang terLebih baik utk semester 3 ni.. dengan keadaan diri saya yang sudah tiada komitmen lain,insyaAllah.. saya akan cuba tumpukan fokus terhadap study utk kali ni.. bersyukur Allah bagi saya peluang untuk mengubah gred saya.. itu yang paling penting..

sebab itu saya tulis di sini.. supaya sy lebih serius dengan cita2 saya.. kerana,tangan Tuan yang menaip ni,lebih bertanggungjawab terhadap apa yang ditaipnya.. apetah lagi mata yang melihat.. :)

sesungguhnya, Allah Maha Adil.. setelah Dia berikan saya kesusahan dan dugaan sikit, pasti Dia membalasnya dengan kegembiraan.. dan, saya akui, saya 'gembira' untuk kebelakangan ini..

dan kerana itu, saya ingin mendoakan kegembiraan kepada kwn2 yang lain juga.. selamat bercuti korang :)

wallahu'alam..

Wednesday, March 10, 2010

mengejar redha Allah..

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful

"Biarkan Cinta Berkata Tidak.."

i love this quote.. and the contents.. Ustaz Pahrol Mohd Juoi reveals the true meaning of love in this new released Solusi of 17th edition..

definitely, i'm so touched with the story..

not because of the 'love' itself..

but because of the true meaning of 'true love' towards the Great Lover.. and the true Owner of evry loves in the universe..
pemegang hati2 kita.. :)

saya akan menyerahkan segala percaturan kepada Allah..
saya akan biarkan cinta saya yang satu itu, berkata tidak kepada semua perkara yang menidakkan hubungan kami kerana Allah..
saya ingin menjaga kesuciannya, hanya kerana ingin mengejar redha Allah..
kerana..

"Jangan sampai kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insyaAllah cinta itu sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintailah Allah dan selalu menjaga hukum hakamnya. Apabila cinta kita kerana yang Maha Baqa (Kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal. Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang menyuburkan rasa cinta kita.."

"Apabila hak Allah diabaikan, apabila hukum hakamnya dipinggirkan, katakan 'Tidak!'. Cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cintamu berkata tidak! InsyaAllah cinta itu akan kekal sampai bila-bila.."

-Ustaz Pahrol..

saya tidak akan membiarkan perkara yang boleh mencemari cinta itu dengan sewenangnya mencemari cinta saya..
biarlah kami bersatu, dalam naunganNya.. insyaAllah..
amin.. :)


wallahu'alam...


Tuesday, March 9, 2010

kita dipertemukan utk dipisahkan..


dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

*tarik nafas...*

macam dah boleh agak kan, entri kali ni pelik sikit sebab saya memulakan entri dengan Basmalah dalam bahasa yang saya cukup faham.. bahasa Melayu.. :)

insyaAllah.. 'tugas' saya sebagai Setiausaha semakin menghampiri 'pengakhiran'.. apabila Final Report FSCC dihantar ke STAD pada akhir Short Semester nnti,insyaAllah, berakhir lah segala tugas saya.. di CFS..

dan, saya mengakui di sini.. saya merindui 'kerjaya' saya yang satu itu..

:'(

pada mula2 kene interview utk post dulu, masih segar dalam ingatan, saya ingin post utk Leadership and Training Bureau.. klaka betul.. padahal, biro 2 dah dimansuhkan.. lepas tu, saya mencuba nasib utk Discipline and Welfare Bureau.. tapi, bila saya suarakan hasrat utk memegang jawatan tyme study ni, ayah saya beriya2 utk saya mencuba memegang jawatan Setiausaha.. banyak perkara boleh dipelajari,katanya.. :)

alhamdulillah.. mungkin berkat doa seorang ayah, saya ditaklifkan menjadi Setiausaha..

dan,saya gerun dengan jawatan itu sebenarnya.. saya mula ketaq tangan bila nama saya tak disebut utk Exco Biro.. dan pada masa itu,hanya tinggal jawatan Majlis Tertinggi je..

secara jujurnya, saya bukan nak mengulang ayat2 tipikal ni, tapi memang jujur dari hati, saya tidak layak utk jawatan ini.. siapalah saya berbanding orang2 yang terpilih untuk Ketua dan Penolong Ketua Biro yang lain.. saya tidak pernah memegang jawatan dalam persatuan jurusan saya sendiri, apatah lagi bagi Kolej Kediaman.. atau pun Hisbah.. apetah lagi Musyrifah utk bilik saya sendiri.. saya nobody..

selalunya, Setiausaha dikaitkan dengan komited, mendengar arahan, organized, teliti, punctual.. tapi, bila islah balik diri ni, tyme mula2 dapat dulu, tiada satu pun yang 'lekat' pada saya.. orang pn pernah cakap, setiausaha ni calon isteri terbaik.. ape2 la.. :p

tapi, saya tak rasa semua tu ader pada saya.. kerdilnya diri saya tyme 2.. saya rasa,semua exco mungkin pandang and toleh kat saya.. and maybe wondering," siapa la dia ni? tak pernah nampak pn.." .

detik nak mengadjust diri daripada pelajar biasa kepada pelajar yang ada komitmen lain, memberi 1001 pengalaman kepada saya sendiri.. betapa susahnya menadjust masa.. tapi, bila saya rasa stress atau tertekan dengan meeting yang banyak atau kerja yang menimbun, saya akan tanya diri saya balik.. "siapa yang hantar borang utk jawatan ni dulu?" .. lepas tuh, saya akan malu sendiri, and akan teruskan balik kerja saya..

bukan sahaja perlu mengadjust masa dengan komitmen.. begitu juga dengan ahli keluarga yang 'baru'.. dengan penerapan cara kerja 'Work as a Family', saya merasakan FSCC ni macam keluarga saya setelah roommate saya, di CFS..

orang kata, kalau kita nak kenal dengan orang itu, lihat cara dye bekerja.. or, bekerja lah dengannya.. serius.. antara pengalaman saya adalah, saya dapat kenal and belajar cara nak 'mingle' ngan berbagai ragam orang.. dari pelbagai negeri, loghat, sampailah kepada cara bekerja.. semuanya berbeza mengikut orang.. walaupun ianya berlaku dalam satu family..

dan itulah cara belajar yang tidak saya dapati dalam mana2 kelas..

saya gembira kerana menyertai dan menjadi sebahagian dalam keluarga ni.. secara jujur,semua kenangan, sedari McLead sampailah ke Baktisiswa, kenangan yang saya susah untuk ungkapkan dalam bentuk kata2.. dan mungkin tidak cukup walaupun sy spend satu malam, hanya untuk sy terjemahkan segalam memori dlm bentuk kata2..

biarlah semuanya tersimpan kemas dalam hati dan memori saya sendiri..

thank you to all my dear family members of FSCC.. for being in a chapter of my life..

semoga perpisahan ini, perpisahan yang diredhai Allah.. dan insyaAllah dipertemukan jua, akhirnya.. di Sana..

salam sayang kerana Allah :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...