Wednesday, April 21, 2010

bedah lagi.. dan lagi..

in the name of Allah.. the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. short semester saya kali ni, masa banyak di habiskan di dalam bilik..
bukanlah short semester yang dulu, dihabiskan di luar bilik.. tapi, suasana 'bilik' amat terasa semester kali ni..
setelah 2 minggu di cfs, saya boleh habiskan 2 buku yang bertebalkan sebuah novel.. itu merupakan pencapaian untuk diri saya, yang sememangnya seorang yang payah nak habiskan satu novel.. :)

buku yang berjaya saya habiskan within 2 weeks adalah:

-Denyut Kasih Medik
-Aku Terima Nikahnya

buku denyut kasih medik tuh, saya baru beli di Pesta Buku hari tuh.. mungkin 'spirit' nak baca menyebabkan saya berjaya habiskan buku ni.. Ustaz Hasrizal's Aku Terima Nikahnya saya beli November lalu.. masa tuh, ada pameran buku kat AMF.. dalam pada browse2, dari satu booth ke booth, saya pn beli la..

alhamdulillah again.. tak rugi beli+baca 2 buku ni.. sangat best!

Aku Terima Nikahnya

buku ni, kalau tak diselak pada awal2 anda melihat 'cover'nye, mesti anda beranggapan buku ni al-kisah 100% perkahwinan.. padahal sahaje.. percayalah..

saya pun, mula2 'berkenalan' dengan buku ni, dekat satu blog.. dan saya tahu pemilik blog tuh masih menuntut kat universiti, yang saya lupa kat mana.. waktu tu, saya first year lagi kalau tak silap.. so,agak sipu2 la untuk membeli, buku yang tajuknya 'agak matang' ni kan..

kalau berbicara mengenai buku-buku Ust Hasrizal, saya yakin, pembaca2 nya mesti setuju dengan konsep yang cuba disampaikan.. iaitu tarbiah via travelog, atau pengalaman kehidupan.. saya amat tertarik, dan merupakan collector-in progress of buku2 Ust ni.. cara yang beliau sampaikan, sangat 'straight to the point' yet santai..

buku ini menggambarkan tarbiah mengenai 'kefahaman' muda-mudi tentang konsep perkahwinan dalam Islam.. tapi, tak semua bab dalam buku ni berkisar perihal kawen, kawen dan kawen.. tapi,suntikan elemen 'perli' dalam realiti serta pengalaman hidup sebagai seorang 'single going to double' yang berada di perantauan dan masih bergelar pelajar, amat2 mengajar dan memberi nasihat.. buku ini khas untuk mereka yang dah berada dalam 'mood' remaja-to-dewasa.. dan yang masih mencari2 erti perkahwinan, dan yang masih 'kurang jelas' adakah konsep COUPLE itu perlu.. :)


Denyut Kasih Medik

attention to Medical students.. buku ni cam must-have la utk golongan ini! :)

setakat ni, rakan2 seperjuangan yang berada dalam course ni, semua cam ada a copy of this novel.. jangan di nilai dari muka depan novel ni.. tampak biasa mungkin. tapi,isi di dalamnya.. mahalll... :)

penulisnya juga.. mungkin dikenali kerana isterinya.. especially kat bumi UIA ni.. Ustazah Fatimah Syarha.. siapa yang tak kenal..

buku ni berkisar mengenai seorang HO atau Houseman yang masih dalam waktu praktikal kat sebuah hospital.. dalam pada ingin memenuhi tuntutan masa seorang HO, beralih kepada practicality of practising Islamic Ethics dalam kerjaya perubatan.. di selitkan jugak beberapa fiqh mengenai medic, dan juga dalam mengharungi kehidupan seharian.. yang paling best, ada hadis yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan.. dan juga quotes yang boleh dijadikan status kat FB! :p bukanlah bermakna nak menunjuk2 betapa 'islamik'nye kita.. tapi,sekadar perkongsian.. bukankah facebook itu medan dakwah yang luas.. :)

habis baca kedua-dua buku, saya merindui pulak moments semasa meng'indulge'kan diri dalam novel tadi.. sememangnya saya mengalu-alukan sesiapa yang nak mencadangkan novel Islamik yang best..

ouh.. habis short sem.. akan bermula long sem..

7 contact hours per week.. what i need to do? :p

2 comments:

Afyfa said...

anis.. memang best pun cite tuh.. ak pun dah bce gak..

Amal said...

betul2..
saya setuju. rindu saat2 mengindulgekan diri mase bc buku.
oh sinergi..
:)
silalah bc yep..

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...