Sunday, April 4, 2010

andakah yang kami cari? :)


in the name of Most Gracious and Most Merciful..

"Andakah yang kami cari?"

tepuk dada tanya iman.. :)

sejak terlihat akan iklan menerusi saluran Astro Oasis beberapa minggu yang lalu, yang dikendalikan oleh Jimmy Shanley, saya terus tertarik.. tertarik dengan satu program realiti terbaru yang bakal diterbitkan oleh Astro.. iaitu program bagi melahirkan Imam yang serba boleh.. Imam Muda..

saya memang ternanti2 program seperti ini dan memberi pujian untuk pihak Astro sebab berani membuat testimonial untuk menganjurkan program islamik seperti ini.. saya antara yang tidak meminati Akademi Fantasia.. dan sangat tidak mengikuti program tersebut.. dan apabila pihak Astro mengumumkan untuk menerbitkan rancangan ini,rasa happy pula.. tak tahu kenapa..

nampaknya,program ni bakal memancing minat saya untuk menunggu di hadapan t.v, setiap minggu.. :)

rasionalnya..

bagi saya, seharusnya program seperti ini dipertingkatkan... dan dikomersialkan.. sama seperti giatnya para penerbit filem dan drama, menerbitkan filem dan drama berunsur islamik.. especially yang berada di seberang.. saya amat meminati karya Habiburrahman el-Shirazy iaitu Ketika Cinta Bertasbih.. saya sangat nampak kesungguhan beliau memartabatkan karya-karya islamik.. especially dalam 2 filem tersebut.. dalam filem tersebut, para pelakonnya terpaksa menempuhi pelbagai saringan dan ujibakat tertentu untuk berlakon dalam filem tersebut.. dan kita dapat lihat, para pelakon dalam KCB (Ketika Cinta Bertasbih) bukanlah pelakon2 yang hebat dan popular di negara seberang.. tetapi, lakonan mereka begitu mantap.. dan sangat2 berkesan, dek kerana ilmu dan sifat Islamik yang memang tersemai dalam diri mereka.. mungkin, berdasarkan pemerhatian saya melalui gerak geri serta pakaian pelakon2 tersebut..

begitu juga dengan novel2 yang bersifat Islamik itu sendiri.. sudah banyak menghiasi rak2 buku dalam Bahasa Melayu yang dahulunya sepi, dan hanya dihiasi dengan novel remaja dan cinta semata.. Kini, terlalu banyak novel2, melayu dan indonesia yang bersifat Islamik, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..

nyata.. terang lagi bersuluh, kempen dakwah yang digunakan melalui novel dan televisyen amat berkesan dalam membentuk acuan remaja Muslim yang berguna untuk ummah.. selain daripada itu, majalah Islamik kontemporari juga menjadi pilihan, bukan sahaja remaja, tetapi juga ibu bapa dan golongan berusia.. majalah2 seperti majalah Solusi, menggamit iman sesiapa sahaja yang membacanya.. sangat seronok untuk membaca dan mengumpul majalah tersebut, malah terasa ruginya kalau tertinggal, walaupun satu edisi.. :)

masyarakat Malaysia kian menyedari pentingnya untuk menghidupkan kehidupan berlandaskan syariat.. saya tidak pasti kalau2 hal ini kerana saya sendiri belajar dalam suasana universiti Islam.. tetapi, yang saya lihat, usaha itu ada, tetapi 'produk'nya mungkin masih belum nampak dengan mata kasar.. insyaAllah.. di masa hadapan..

berbalik kepada program Imam Muda tadi.. menurut mStar online :

"Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan."

Antara hadiah yang ditawarkan juga amat lumayan..

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

"Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji."

seems interesting.. tetapi, yang penting, produk yang bakal di hasilkan itu, menjadi..

tapi, antara syarat2..

=Sesi Ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki berwarganegara Malaysia yang beragama Islam dan berusia di antara 18 hingga 27 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.=

huhu :p

sebenarnya.. sebenar-benarnya.. saya ada satu al-kisah.. mengenai Imam Muda ni..

sejak melihat iklan tersebut, di dalam pemikiran saya, hanya teringat pada sebaris nama.. *cewahh..* bukan apa.. tiada maksud pun.. kerana tuan pada nama tersebut, bagi saya, amatlah bersesuaian karakternya untuk memasuki pencarian ini..

mungkin juga beberapa nama.. *tak mahu timbul fitnah..* dan nama2 ini, kalau masuk lah semuanya.. alamat berada di tempat teratas carta lah.. huhu :p

berbalik kepada sebaris nama tadi.. dia tidaklah alim ulama' orangnya.. tapi, saya macam yakin pula dan akan menjadi antara penyokongnya..

sebab saya tahu, pasti lagi ramai yang akan menyokong..

oleh yang demikian, saya mencari jalan.. macam mana nak tanya dengan tuan punya nama ni.. mengenai perkara ni.. bukan apa.. saya sengaja mahu utarakan soalan cepumas.. mana tahu, dia mungkin terbuka hati nak masuk.. :))

dan pada suatu hari.. tiba2 dia pop-up kat YM.. *peluang2*

dia tegur.. then setelah beberapa lama, saya dengan tak malunya, bertanyakan perihal yang saya terkinja2 nak tanya tu..

"____,nak tanya.. tak nak try masuk Imam Muda ke?"

dia menunjukkan emoticon 'patah hati'.. seraya menaip..

"awak mengingatkan saya pada benda tu lagi.."

ah sudah.. nape pulak ni.. bisik hati saya.. berdebor.. :p

"kenapa pulak?" tanya saya.. kini terkinja2 menanti jawapan..

"sebenarnya, family saya semua dah suruh.. dah bagi sokongan la kira.. tapi, bila tengok kat syarat dia, 3 bulan.. mana boleh.. saya nak belajar.. saya nak ada kerjaya saya sendiri.."

hurm..

"itu kita dah sedia maklum.. memanglah 3 bulan.. so,awak nak masuk ke tak?" tanya saya lagi..

"takpelah.. saya nak belajar.. lagipun, kalau diorang tengok pakaian saya, konfem kene tolak.."

jawab beliau..

pulak pak cik nih.. ada pasal pakaian yang dijadikkan hal.. saya tak puas hati..

"kenapa mengenai pakaian? ok je saya tengok.. lagipun, takkanlah nak pakai jubah putih je sentiasa? lagipun kalau awak perasan sekarang ni, ramai ustaz n da'i semua dalam kalangan engineer, doktor.. yang professional.. semua smart2 belaka.."

dia pun agaknya tak puas hati.. pelik dengan saya yang beriya2 benor ni..

"memangla.. tapi itulah saya.. saya tak suka hipokrit.. saya akan jadik diri saya dengan sesiapa pun.. lagipun anis, nak masuk tuh, kena berkhutbah.. saya hanya boleh berdakwah melalui attitude.. tapi, saya tak boleh berkhutbah, berceramah.. saya takde kelebihan dalam bidang itu.."

jawapan yang agak melegakan.. boleh terima.. tapi, nak exxagerate lagi.. hehe..

"hurm, setakat saya mengenali awak, ok je.. maksud sy, kalau awak bagi tazkirah, ok je.. tapi, kalau berkhutbah atau ceramah.. wallahua'lam la.. huhu.."

pastu saya pn tak berapa ingat apa ayatnya in the next2 conversation.. tapi, dia nampaknya macam nak.. tapi dek kerana jadual pembelajaran yang agak padat, dan nampaknya dia ingin fokus lebih dalam pelajaran, terpaksa dia melupakan hasrat itu.. saya hanya 20% peluang untuk dia berubah hati.. takpelah.. saya redha.. :)

" takpelah.. mungkin awak boleh jadi Imam Muda untuk orang lain kot.. insyaAllah.." kata saya.. surrender.. bendera putih..

"huhu.. mungkin.. walaupun saya rasa diri saya tak layak sebenarnya.." jawab beliau.. merendah diri.. *alahai..*

begitulah.. ceritanya.. walaupun dah kalah.. tapi tak kalah mati.. mungkin dia akan terbuka hati lagi.. memandangkan ujibakat pun lama lagi nak habis.. tapi saya rasa,possibility nye, macam banyak kepada 'tidak'.. takpelah.. saya mendoakan dia terus berjaya dalam studinye.. dan bakal menjadi Imam yang baik untuk ummah, satu hari nanti.. :)

so,satu calon tak mau masuk.. anda ke orang yang saya cari? :)

wallahua'lam..




No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...